Home Anime Chainsaw Man The Movie: Reze Arc Telah Diumumkan Semasa Jump Festa 2024

Chainsaw Man The Movie: Reze Arc Telah Diumumkan Semasa Jump Festa 2024

0

Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc Diumumkan Secara Rasmi

Filem ini diumumkan di pentas Chainsaw Man Jump Festa 2024

IMG 6826

Setelah mendapat teaser untuk arc Reze selepas tamatnya siri anime Chainsaw Man, MAPPA telah mengumumkan bahawa arc baharu akan ditayangkan dalam bentuk filem!

Tahun lepas, anime Chainsaw Man muncul di skrin di seluruh dunia dan menarik perhatian dunia. Kini ia akan ditayangkan ke skrin besar. Di pentas khas Chainsaw Man Jump Festa 2024, siri ini mendedahkan bahawa filem anime seterusnya akan mengadaptasi arka Reze dari manga asal.

Di bawah tajuk Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc, treler penggoda dan visual untuk filem itu telahpun dikeluarkan.

Pelakon suara watak turut kembali dalam menyuarakan watak-watak utama seperti:

  • Kikunosuke Toya sebagai Denji
  • Tomori Kusunoki sebagai Makima
  • Shogo Sakata sebagai Aki
  • Fairouz Ai sebagai Power
  • Reina Ueda sebagai Reze

IMG 6829

Untuk filem ini kita akan melihat gadis yang telah muncul dan cuba mendekati Denji. Apa yang akan menanti pemuda tersebut nanti. Adakah yang membuatkan Reze mendekatinya? Kenalah nantikan tayangan filem ini! Buat masa ini tiada tarikh tayangan yang diumumkan. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada MAPPA pada masa akan datang.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

Chainsaw man

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza. Tetapi kehidupan Denji akan berubah apabila dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Biro Keselamatan Awam sebagai salah seorang daripada mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Kalau anda tidak sabar untuk mengetahui sambungan siri anime, bolehlah anda membaca manganya melalui Mangaplus bermula bab 39. Jika anda ingin membeli versi fizikal, anda boleh membeli jilid 5.

Sumber: GamerSantaiMY, Crunchyroll, Pentas Jump Festa 2024, Chainsaw Man di Twitter

Baca lagi: 12 Drama Jepun Terbaik 2023 dengan Cerita Mengujakan
Baca juga: 5 Manga Seinen Menarik Untuk Anda yang Suka Kisah Samurai