Home Kdrama/Kmovie 8 Senarai Tayangan Terbaru di Netflix, Buat Tidak Berganjak Dari Skrin

8 Senarai Tayangan Terbaru di Netflix, Buat Tidak Berganjak Dari Skrin

0

Menjelang akhir tahun makin banyak tayangan dari Netflix yang akan menghiburkan anda. Bukan hanya genre komedi yang biasanya boleh buat penonton pecah perut kerana ketawa, tetapi juga genre-genre yang lain yang memang menarik seperti genre aksi, misteri dan fantasi yang membuatkan jantung berdebar.

Contohnya yang anda boleh dapat dari Netflix adalah, dari bertarung melawan kuasa supernatural, mengharungi dunia selepas kiamat, atau menghadapi suasana kacau bilau yang penuh kesukaran.

Tayangan-tayangan terbaru Netflix ini boleh membuatkan anda tidak beranjak depan televisyen walaupun jantung anda berdegup kencang!

Berikut ini merupakan 8 tayangan mendebarkan yang boleh anda tonton di Netflix hingga akhir tahun 2023 ini.

1. Sweet Home musim 2

NetflixSelepas berjaya mencuri perhatian dunia melalui kemunculan berbagai-bagai makhluk raksasa hodoh dan ganas, siri seram Korea iaitu Sweet Home kembali dengan musim keduanya pada 1 Disember 2023 di Netflix.

Sweet Home musim 2 mengupas kisah ketika keinginan menjadi sesuatu yang membawa maut dan mengikuti para survivor dari apartment Green Home. Kisah berlanjutan tentang Hyun Su yang sama-sama berjuang untuk bertahan hidup di tempat baru apabila banyak makhluk lain muncul dan fenomena misteri mula terjadi.

 

2. Yu Yu Hakusho

8dbc46e4 e78f 4b7c bcb0 c6aaabd65af2Siri manga Jepun, Yu Yu Hakusho ditayangkan di Netflix bermula 14 Disember 2023.

Menceritakan tentang Yusuke yang merupakan seorang remaja keras kepala yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ngeri sewaktu dia cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak.
Dia diberi peluang untuk hidup kembali dan menjadi ejen dunia roh yang bertugas menyiasat kegiatan supernatural yang berlaku dunia manusia.

 

3. Rebel Moon — Part One: A Child From Fire

39136cda d385 4297 992c f280631dad08Filem Rebel Moon – Part One: A Child From Fire akan ditayangkan pada 22 Disember 2023. Filem fantasi fiksyen ini telah disiapkan selama bertahun-tahun oleh Zack Snyder yang dikenali melalui filem-filem seperti 300, Man of Steel, dan Army of the Dead.

Sebuah koloni yang aman damai di pinggir galaksi terancam oleh pasukan tentera dari pemerintah Regent Balisarius yang kejam, Kora (Sofia Boutella) yang merupakan orang asing dan misteri menjadi harapan supaya mereka boleh bertahan hidup.

 

4. The Brothers Sun

229dbbbe d88e 4531 af26 0e8faed4b3c0Siri drama kekeluargaan penuh aksi, The Brothers Sun bakal ditayangkan pada 4 Januari 2024 nanti. Siri arahan Brad Falchuk dan Bryon Wu ini dibintangi oleh pemenang Academy Award Michelle Yeoh.

Cerita bermula apabila ketua mafia Taiwan yang berkuasa dibunuh oleh seorang pembunuh misteri. Anak sulungnya yang juga merupakan pembunuh legenda pergi ke Los Angeles untuk melindungi ibu dan adik lelakinya. Seiring dengan meningkatnya ketegangang antara geng paling berbahaya di Taiwan dengan sebuah kumpulan baru, ketiga-tiga sekeluarga ini perlu memahami makna keluarga yang sebenar sebelum musuh membunuh mereka.

 

5. Avatar: The Last Airbender

efe0c8fd a733 42a9 9e86 f71e5b2f830fAvatar: The Last Airbender akan ditayangkan pada 22 Februari 2024.

Adaptasi live action ini diangkat dari siri animasi popular yang mengikuti kisah Aang, seorang Avatar muda yang berusaha menguasai empat elemen (Air, Bumi, Api, dan Udara). Aang melakukan semua itu demi mengembalikan keseimbangan dunia yang terancam oleh kehadiran Negara Api yang mengerikan.

 

6. The Umbrella Academy musim 4

400f9b70 e542 485b a431 8f5605403fb9Bersatu kembali kerana kematian ayah mereka, tiga belas saudara Hargreeves yang masing-masing memiliki kemampuan luar biasa membongkar rahsia keluarga yang mengejutkan serta berhadapan dengan bahaya yang mengancam umat manusia.

Dalam minggu pertama penayangan musim ketiganya, The Umbrella Academy berjaya menduduki tangga pertama senarai global Top 10 Netflix dan mengajak penonton mengembara melintasi waktu serta bersua dengan berbagai-bagai cabaran, kehilangan, dan juga kejutan. Namun cerita belum habis di situ. Ingin tahu sambungannya? Jangan lupa untuk menonton The Umbrella Academy musim 4 pada awal tahun 2024 nanti di Netflix.

 

7. Damsel

99429df9 7d3b 4a73 a5c7 aac9c50be9c2

Seorang gadis yang setuju berkahwin dengan seorang putera tampan kemudian mengetahui bahawa keluarga putera telah memilihnya sebagai korban untuk membayar hutang di masa silam. Sewaktu dilempar ke dalam gua yang dihuni naga yang menyemburkan api, gadis tersebut perlu menggunakan kepintarannya dan keberaniannya untuk bertahan hidup.

Jangan lupa saksikan filem fantasi thriller yang dibintangi bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown ini ya!

 

8. The Witcher: Sirens of the Deep

df0c93a9 f15b 45d9 8e75 51f7815a1796Sewaktu pemburu raksasa Geralt of Rivia ditugaskan untuk menyiasat beberapa siri serangan di sebuah kampung berhampiran laut, dia terlibat dalam konflik yang berusia ratusan tahun antara manusia dan orang duyung. Geralt bergantung dengan kawan-kawannya untuk memecahkan misteri tersebut sebelum permusuhan antara dua kerajaan ini meningkat menjadi perang besar-besaran.

Saksikan The Witcher: Sirens of the Deep tahun depan ya.

Pasti anda sudah tidak sabar untuk menonton cerita-cerita baru yang bakal muncul di Netflix nanti! Jangan terlepas tarikh tayangan ya!

Baca lagi: Yu Yu Hakusho Adaptasi Aksi Langsung dari Manga Jepun, Tayang 14 Disember 2023
Baca juga: 5 Ramalan Sweet Home 3 Berdasarkan Webtoon Shotgun Boy