Home Anime 5 Watak Paling Kuat dalam Siri Yu Yu Hakusho, Siapakah Mereka?

5 Watak Paling Kuat dalam Siri Yu Yu Hakusho, Siapakah Mereka?

0

Diciptakan oleh pelukis anime yang juga menciptakan Hunter x Hunter, Yu Yu Hakusho adalah salah satu siri shonen klasik karya Yoshihiro Togashi.

Pertama kali diterbitkan pada tahun 1990, Yu Yu Hakusho mula dijadikan adaptasi anime pada tahun 1992 oleh Studio Pierrot.

Menampilkan pengembaraan Yusuke Urameshi di dunia roh, tentu sahaja siri Yu Yu Hakusho ini menampilkan begitu banyak watak yang kuat.

Dari watak-watak yang muncul dalam siri ini, berikut ini adalah lima watak yang paling kuat dalam siri Yu Yu Hakusho. Jom kita lihat ulasan berikut.

 

1. Yusuke Urameshi

Yu yuSebagai protagonis utama, tidak hairanlah jika Yusuke berada di tangga teratas dalam senarai ini. Bermula sebagai remaja yang biasa-biasa sahaja, kekuatan Yusuke terus meningkat secara signifikan selepas melalui pertarungan yang banyak selama empat arc. Pada akhir siri, Yusuke mendapat kebolehan Super Demon Gun dari moyangnya, Raizen. Sayangnya, Yusuke dikalahkan oleh Yomi di Perlawanan Dunia Iblis.

 

2. Raizen

ff499d3d 7b64 4396 a258 8af3c0f98ea3Merupakan moyang kepada Yusuke, Raizen adalah watak kedua paling kuat dalam siri ini. Perkara yang menjadi sebab utama dia tidak berada di tempat teratas adalah kerana dia hampir maut sewaktu pertama kali diperkenalkan dalam siri ini.

Walaupun begitu, Raizen tetap antara watak yang terkuat di antara tiga raja. Raizen mampu menghancurkan Sensui dengan sangat mudah. Kecuali Botan, Raizen juga satu-satunya watak yang dapat terbang, seperti yang diperlihatkan sewaktu dia menyeret Yusuke melintasi setengah benua sewaktu dia sangat marah.

 

3. Shinobu Sensui

9e59ce44 5457 4f3b b278 ac528563e85cPerkara yang membuatkan Sensui sangat kuat adalah kerana dia memiliki kekuatan yang membolehkannya untuk mengalahkan iblis terkuat, iaitu Sacred Energy. Dengan kekuatan ini, Sensui dapat menahan serangan Dragon of the Darkness Flame milik Hiei dengan menutup dirinya menggunakan Sacred Energy.

Bukan hanya itu saja, Sensui juga dapat menandingi Yusuke dengan menggunakan reinkarnasi Mazoku yang sudah berada pada kelas-S. Walaupun begitu, Sensui akhirnya dapat dikalahkan oleh Raizen.

 

4. Genkai

bfdc18b9 5c9a 428f 9382 b82ad4bac118

Walaupun Genkai mungkin lebih lemah dari ketiga-tiga karakter di atas, kebijaksanaannya dapat membuatnya memenangi pertarungan yang mustahil, contohnya sewaktu dia bertarung dengan Shishiwakamaru. Walaupun Genkai sudah memindahkan sebahagian besar tenaganya kepada Yusuke, dia tetap dapat memenangi pertarungan dengan menggunakan Spirit Reflection Blast.

Kemampuan ini membolehkan Genkai untuk menyedut tenaga roh lawannya dan memantulkannya kembali ke arah lawannya. Selain itu, Spirit Wave milik Genkai juga cukup kuat untuk menghancurkan sebuah gunung.

 

5. Mukuro

Yu yuKerana kekuatannya berkaitan dengan barannya, Mukuro disebut sebagai karakter paling berbahaya dalam siri ini. Amarahnya juga dapat menghasilkan tekanan roh yang sangat kuat kerana dia masih mengalami trauma masa kecilnya.

Selain dapat meniru iblis kelas-S hanya dengan kehadirannya, Mukuro juga memiliki kemampuan yang membolehkannya untuk memotong dimensi dan melakukan telepati. Selepas memenangi pertarungan melawan Hiei, Mukuro juga mengaku bahawa dia hanya menggunakan 50 peratus dari kekuatannya.

Demikian sahaja lima watak paling kuat dalam siri Yu Yu Hakusho. Selain kelima-lima watak di atas, ada juga watak lain yang sangat kuat seperti Yomi, Hiei, dan juga Toguro. Jadi, siapakah watak kegemaran anda dari siri shonen klasik ini?

Anda juga boleh tonton siri anime Yu Yu Hakusho: Ghost Files (4 Musim) di Netflix!

Baca lagi: 8 Senarai Tayangan Terbaru di Netflix, Buat Tidak Berganjak Dari Skrin
Baca juga: Yu Yu Hakusho Adaptasi Aksi Langsung dari Manga Jepun, Tayang 14 Disember 2023