Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Segar yang Menenangkan, Sesuai untuk Relaks

5 Drama Korea Segar yang Menenangkan, Sesuai untuk Relaks

0

Kadang kala jika fikiran terlalu kusut, kita memerlukan hiburan untuk menenangkan jiwa bukan? Salah satunya, menonton drama Korea. Kebiasaannya, waktu lapang di rumah diisi dengan aktiviti menonton filem-filem atau drama kegemaran. Memang ada drama yang sesuai untuk menghilangkan tekanan, rasa bosan dan juga kepenatan seharian.

Kadang kala latar belakang suasana dalam sesebuah drama memainkan peranan yang sangat penting. Sinematografi menawan di kawasan-kawasan yang indah dan kisah-kisah yang menyentuh perasaan, ataupun kisah-kisah masa muda yang menyegarkan juga mampu menghadirkan mood relaks dalam diri para penonton. Pastinya anda dapat melupakan sejenak segala tekanan dan masalah dengan melayan drama-drama Korea dibawah ini.

Berikut dibawah ini adalah senarai drama-drama Korea yang segar dan menenangkan yang sesuai untuk ditonton bagi merasakan suasana relaks dan mendamaikan.

 

1. ECCENTRIC! CHEF MOON (2020)

18e6a327 64cb 49ce bfe0 c7b56a6550c9Eccentric! Chef Moon mengisahkan tentang perjalanan Moon Seung Mo, seorang tukang masak hebat yang berpindah ke kampung Seoha selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kebakaran. Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Yoo Yoo Jin, seorang pereka fesyen yang hilang ingatan.

Penduduk kampung memutuskan untuk menempatkannya di rumah Moon Seung Mo. Seung Mo tidak senang dengan kehadiran Yoo Yoo Jin. Namun, apabila dia mengetahui bahawa Yoo Yoo Jin masih mempunyai minat yang besar terhadap makanan, semangatnya untuk memasak bangkit kembali.

Drama ini menawarkan kisah yang menghiburkan dan menghangatkan hati, penampilan watak-watak yang unik di Kampung Seoha membantu antara satu sama lain dalam pencarian erti hidup.

 

2. WHEN THE WEATHER IS FINE (2020)

cb328aed 8b30 4a59 a71a 3ea9a99a3cabDrama Korea ini sesuai untuk menghilangkan tekanan. Drama ini menceritakan tentang Hae Won seorang jurulatih cello yang selama ini tinggal di bandar besar dan tiba-tiba mengalami kesukaran dalam kerjayanya.

Dia kembali ke kampung halaman yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Di kampungnya, Hae Won bertemu dengan Eun Seob, seorang pemilik kedai buku yang hidupnya dihabiskan dengan membaca dan menulis. Semasa mereka berkongsi minat mereka, mereka belajar untuk melihat dunia di sekeliling mereka dari perspektif yang berbeza.

 

3. ONE DAY OFF (2023)

7a950312 6df8 4464 a4e7 6d5e00af916fMengisahkan tentang Park Ha Kyung, seorang guru sastera Korea di sebuah sekolah menengah. Melupakan sejenak rutin seharian yang memenatkan, Park Ha Kyung memutuskan untuk mengambil satu hari cuti pada setiap hari Sabtu.

Selama perjalanan satu hari tersebut, dia menjelajahi tempat-tempat indah, menikmati makanan unik yang berbeza, dan bertemu dengan ramai orang. Melalui perjalanan ini, dia mula menyedari bahawq dia merasa bahagia dengan pengalaman tersebut.

Drama Korea One Day Off memberikan penonton momen yang menenangkan. Drama ini menampilkan pesanan tentang pentingnya meluangkan waktu untuk diri sendiri, menikmati kehidupan, dan menemui kebahagiaan dalam perkara-perkara kecil.

 

4. CHOCOLATE (2019)

Drama koreaChocolate mengisahkan tentang Lee Kang, seorang lelaki yang dibesarkan di sebuah kampung di tepi laut dan bercita-cita mahu menjadi seorang tukang masak. Suatu hari, Lee Kang bertemu dengan Moon Cha Young, seorang wanita yang menyerupai seseorang yang pernah dikenalinya pada masa kecil.

Mereka pertama kali bertemu di sebuah restoran di kampung tepi laut, dimana Lee Kang menyediakan hidangan khas untuk Cha Young. Drama ini menawarkan cerita yang penuh dengan emosi, kesedihan, dan kehangatan, sambil mengeksplorasi hubungan dan kekuatan penyembuhan melalui makanan.

Dengan latar belakang kampung tepi laut yang indah, Chocolate mengajak penonton untuk merasakan kenikmatan dan ketenangan dalam kehidupan di perkampungan.

 

5. IT’S OKAY, THAT’S LOVE (2014)

a4442567 2937 440f 94d0 a8c5ccae199bDrama Korea It’s Okay That’s Love adalah kisah yang mengikuti perjalanan Jang Jae-yeol, seorang penulis novel misteri dan DJ yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif akibat pengalaman trauma di masa lalu.

Waktu dia bertemu dengan Ji Hae-soo, seorang pakar psikiatri yang mempunyai masalah kepercayaan dan ketakutan soal hubungan yang intim, awalnya mereka berdua banyak selisih faham. Namun, seiring berjalannya waktu, kedua-duanya jatuh cinta dan berusaha untuk menyembuhkan luka emosi yang mereka bawa.

Melalui drama ini, pesanan yang ingin disampaikan adalah pentingnya menjaga kesihatan mental dan bagaimanakah cara supaya boleh menghadapi serta mengatasi masalah psikologi yang mungkin dihadapi. Selain itu, drama ini juga menggambarkan bahawa cinta memiliki kekuatan penyembuhan yang luar biasa terhadap luka hati yang paling dalam. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Kim So Hyun Berjaya Meraih Anugerah Melalui 7 Watak yang Dibawanya Ini, Lakonannya Selalu Luar Biasa
Baca juga: 11 Drama Korea Popular Tentang Keluarga Chaebol Hidup Berantakan Walau Mewah, Harta Bukan Segalanya