Home Artis Korea Kim So Hyun Berjaya Meraih Anugerah Melalui 7 Watak yang Dibawanya Ini,...

Kim So Hyun Berjaya Meraih Anugerah Melalui 7 Watak yang Dibawanya Ini, Lakonannya Selalu Luar Biasa

0

Kim So Hyun merupakan salah seorang pelakon wanita berbakat dari Korea Selatan yang telah mula berkecimpung dalam dunia seni sejak masih di usia kanak-kanak. Ia debut pada tahun 2006, semasa usianya masih tujuh tahun melalui drama bertajuk Ten Minute Minor sebagai pelakon pembantu. Sejak waktu itu, dia sering kali diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai versi remaja kepada pelakon utama dalam sebuah drama Korea.

Namun, seiring berjalannya waktu, kini pelakon yang dilahirkan pada tahun 1999 ini telah menginjak ke usia dewasa. Watak yang dibawakan juga telah berkembang. Kini, dia sering diberi peluang sebagai pelakon utama. Telah bergelumang selama berbelas tahun dalam dunia seni membuatkan lakonan Kim So Hyun sangat berkembang. Perkara ini dibuktikan dengan trofi dan anugerah yang diperolehinya.

Berikut ini adalah senarai watak yang dibawa oleh Kim So Hyun dalam drama Korea yang berjaya meraih anugerah.

 

1. Yoon Bo Kyung (The Moon Embracing the Sun)

0cc20e49 1f8e 4ee2 8fe0 4f3b1e2834b9

Sewaktu masih menjadi pelakon kanak-kanak, Kim So Hyun selalu dipilih untuk membawa watak versi remaja bagi beberapa watak dalam drama Korea. Salah satunya adalah ketika dia membawa watak sebagai Yoon Bo Kyung muda dalam drama sageuk The Moon Embracing the Sun. Waktu itu, dia juga bergandingan dengan pelakon cilik lain yang kini sudah dewasa, seperti Yeo Jin Goo, Kim You Jung, dan Jin Ji Hee.

Yoon Bo Kyung digambarkan sebagai seorang anak gadis bangsawan yang anggun dan cerdas. Dia berjaya mendapat takhta sebagai Puteri Mahkota setelah menyingkirkan gadis-gadis lain yang sebelum ini menduduki takhta tersebut.

Hasil lakonannya sebagai watak antagonis dalam drama ini, Kim So Hyun berjaya meraih anugerah sebagai Best Child Actress di MBC Drama Awards.

 

2. Eun Han Gyeol (The Suspicious Housekeeper)

08c92509 ab02 4eed b53b c6a92b67951a

Drama The Suspicious Housekeeper menceritakan tentang seorang pembantu rumah misteri yang boleh membawa kembali kehangatan dalam sebuah keluarga yang baru sahaja dirundung kesedihan. Kim So Hyun membawa watak sebagai Eun Han Gyeol yang merupakan anak pertama dari empat bersaudara dalam drama tersebut. Menjadi salah satu watak penting, Eun Han Gyeol adalah pusat konflik bagi cerita ini. Dia ternyata telah mengetahui sebuah rahsia yang menjadi penyebab kematian ibunya.

Selepas membintangi drama ini, Kim So Hyun berjaya membawa pulang trofi New Star Awards di SBS Drama Awards

 

3. Ryu Ji Hye (Drama Istimewa: We All Cry Differently)

2bd89b0a 7f8c 491b 9e18 83e742a031ab

Pada tahun 2014, Kim So Hyun pernah membintangi sebuah drama istimewa bertajuk We All Cry Differently yang hanya berjumlah satu episod. Walau begitu, hasil drama ini, dia berjaya meraih anugerah dari KBS Drama Awards kategori Special Short Drama Actress.

Drama yang mengusung genre melodrama ini menampilkan kisah hidup Ryu Ji Hye (Kim So Hyun) yang merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolahnya. Kerana prestasinya, dia berjaya mendapat tawaran untuk belajar ke luar negara. Sayangnya, keadaannya waktu itu benar-benar menjadi penghalang buatnya.

 

4. Lee Eun Bi dan Go Eun Byeol (Who Are You: School 2015)

98adcfba 5b7c 49ef a9e1 6dd2888a95f3

Kim So Hyun berjaya menggondol tiga anugerah KBS Drama Awards, di antaranya adalah Netizen Awards, Best Couple Awards, dan Best New Actress. Dia telah menunjukkan bakat hebatnya dalam lakonan dengan membawa dua watak berbeza dalam drama Who Are You: School 2015. Waktu itu, dia membawa watak sebagai Lee Eun Bi dan Go Eun Byeol yang merupakan saudara kembar yang terpisah dengan sikap dan sifat yang sangat berbeza.

Lee Eun Bi merupakan seorang pelajar yang tinggal di sebuah rumah anak yatim. Di sekolah, dia selalu dibuli kerana tidak mempunyai ibu bapa. Walau begitu, dia pasrah dan enggan melawan. Go Eun Byeol tinggal bersama ibu angkat yang benar-benar menyayanginya. Berbeza dengan Lee Eun Bi, watak Go Eun Byeol digambarkan sebagai seseorang yang dingin. Sebuah kejadian membuatkan Lee Eun Bi mengalami amnesia dan tiba-tiba dia menjalani hidup sebagai Go Eun Byeol.

 

5. Han Ga Eun (The Emperor: Owner of the Mask)

ae617559 04ab 4cde abed 67f8ef4c56de

Kim So Hyun kembali mengambil bahagian dalam drama dengan genre sageuk. Kali ini, dia berlakon sebagai pelakon utama dan bergandingan dengan Yoo Seung Ho dalam drama The Emperor: Owner of the Mask.

Drama ini menceritakan tentang Putera Mahkota Lee Sun (Yoo Seung Ho) yang berjuang menyingkirkan sebuah organisasi rahsia yang meragut kesejahteraan rakyatnya. Konflik dengan organisasi ini pula yang membuatkan ayah Han Ga Eun (Kim So Hyun) terpaksa dihukum mati kerana dianggap sebagai pengkhianat. Menampilkan kisah yang menarik dengan konflik istana, drama ini berjaya meraih rating yang sangat tinggi.

Para pelakon juga berjaya meraih anugerah, termasuk Kim So Hyun yang dinobatkan sebagai Most Popular Actress di MBC Drama Awards.

 

6. Dong Dong Ju (The Tale of Nokdu)

bc45de88 1e32 4518 8302 6ba6a04aa0beThe Take of Nokdu merupakan drama Korea berlatarkan era pemerintahan Joseon. Drama ini mengisahkan tentang Jeon Nok Du (Jeon Do Yeon) yang singgah dan bersembunyi di sebuah kampung keeana dikejar oleh seseorang yang ingin membunuhnya. Kampung tersebut ternyata dihuni oleh para balu dan lelaki dilarang masuk ke sana. Nok Du menyamar menjadi seorang wanita bernama Puan Kim.

Di sana, dia bertemu dengan Dong Dong Joo (Kim So Hyun) yang merupakan seorang gadis yang dipaksa untuk menjadi gisaeng, walau dia tidak memiliki bakat sebagai penghibur atau penari. Dong Ju dan Nok Du kemudian menjadi akrab dan terlibat dengan ikatan romantik.

Keserasian yang dijalin oleh kedua-dua watak utama berjaya membuatkan mereka memenangi anugerah Best Couple Awards di KBS Drama Awards. Selain itu, Kim So Hyun juga meraih anugerah sebagai Excellent Actress di majlis anugerah yang sama.

 

7. Puteri Pyong Gang/Yeom Ga Jin (River Where the Moon Rises)

Kim so hyunKim So Hyun kembali membintangi drama bergenre sageuk. Kali ini dia membawa tiga watak sekaligus iaitu Ratu Yeon, Puteri Pyong Gang, dan Yeom Ga Jin. Drama ini adalah adaptasi cerita rakyat Korea Selatan tentang kisah cinta antara Puteri Pyong Gang dan On Dal. Pyong Gang merupakan seorang puteri raja yang memiliki impian untuk menjadi pewaris takhta. Sementara itu, On Dal yang merupakan anak seorang jeneral digambarkan sebagai seseorang yang tenang dan mencintai kedamaian.

Dia berjaya membawa pulang tiga trofi di KBS Drama Awards iaitu Best Couple Awards, Netizen Awards, dan juga Best Actress yang merupakan anugerah tertinggi yang pernah diperolehinya.

Anugerah yang berjaya diraihnya ini membuktikan kehebatan Kim So Hyun dalam bidang lakonan, jangan lupa tonton semua drama lakonannya ya!!

Baca lagi: Kim Hye Yoon Dianak Tirikan oleh Agensinya, Knetz Kecewa dan Tidak Puas Hati
Baca juga: Filem Korea Dengan Rating Boleh Tahan, Sudahkah Anda Menonton 10 Filem Korea 2023 Ini?