Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Korea Popular dengan Genre Jenayah dan Penyiasatan, Kejahatan Tersembunyi yang...

7 Drama Korea Popular dengan Genre Jenayah dan Penyiasatan, Kejahatan Tersembunyi yang Sukar Dibongkar

0

Bosan dengan drama Korea yang bergenre romantik atau komedi? Mungkin ini masanya untuk anda beralih ke drama Korea yang bergenre jenayah. Drama Korea genre jenayah ini memang membuatkan penonton memerah otak, tambahan pula para pengkarya Korea Selatan tidak menyukai kes jenayah yang mudah dan terlalu sederhana.

Biasanya penonton akan diajak untuk melihat tempat kejadian yang membuatkan bulu roma merinding. Seterusnya, pengarah akan menampilkan beberapa watak yang mencurigakan beserta alibi mereka. Dari sinilah para penonton akan mula rasa bingung tentang siapakah pembunuh yang sebenarnya. Paling mengejutkan adalah apabila anda yakin bahawa watak tersebut adalah penjahat sebenar, rupa-rupanya ada plot twist yang mengubah keseluruhan cerita!
Menarik bukan?

Buat anda yang ingin menonton drama Korea dengan genre jenayah, berikut dibawah ini adalah pilihan beberapa buah drama Korea yang boleh anda tonton.

 

1. Mask Girl

00bcc134 ce8c 4461 98c4 5c7443e8eeaaMask Girl diangkat dari webtoon bertajuk sama karya Mae Mi, diangkat sebagai mini siri Netflix oleh pengarah Kim Young Hoon. Kim Young Hoon juga turut menjadi penulis skrip untuk drama Korea Mask Girl ini.

Mengisahkan tentang Kim Mo Mi (dibawa oleh 3 pelakon wanita berbeza dalam 3 fasa kehidupan yang berbeza juga), yang menurut standard orang Korea mempunyai wajah yang hodoh, Mask Girl mengikuti perkembangan watak Mo Mi dari wanita yang biasa-biasa sahaja dan kemudian kemudian menjadi wanita paling berbahaya.

 

2. The Good Bad Mother

473a3b3e ec29 46ee 813b 2af93c23d90cThe Good Bad Mother adalah sebuah siri TV dari JTBC yang mengisahkan tentang hubungan seorang ibu dan anaknya. Si anak bernama Choi Kang Ho yang dilakonkan oleh Lee Do Hyun tiba-tiba sahaja berkelakuan seperti kanak-kanak akibat terlibat dengan sebuah kemalangan. Keadaannya yang seperti itu membuatkan dirinya terpaksa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibunya yang sangat tegas iaitu Jin Young Soon (Ra Mi Ran).

Siapa sangka, hidup ibu dan anak ini sejak dulu dibelenggu dengan penaniayaan. Mereka dianiaya oleh penjenayah kejam yang sanggup membunuh ketua keluarga mereka. Choi Kang Ho mengorbankan segalanya untuk membalas dendam atas kematian ayahnya dan segala penindasan yang mereka terima selama ini. Pastinya jalan yang dipilih itu sangat sukar, kerana penjenayah sebenar sangat licik dan kejam!

 

3. Big Mouth

5fde5924 35cb 4855 ac37 a78ab8ecfb00Hampir sama dengan Vincenzo, drama Korea bertajuk Big Mouth ini mengisahkan tentang usaha seorang peguam melawan kejahatan. Inilah kisah Park Chang Ho (Lee Jong Suk), seorang peguam biasa yang sebenarnya tidak terlalu handal tetapi banyak bercakap. Drama ini menceritakan Park Chang Ho, seorang peguam yang dituduh menjadi pembunuh dan berbagai-bagai penipuan dengan nama samaran Big Mouth.

Sementara itu, Yoona dalam drama ini berlakon sebagai Go Mi Ho, seorang juru rawat yang hebat. Dia membantu suaminya, Park Chang Ho, untuk bebas dari segala tuduhan dan dapat keluar dari penjara.

 

4. Bad and Crazy

b46ffb30 5173 43ea 9559 851a6ae3d17cSesuai dengan tajuknya, Bad and Crazy mengisahkan tentang seorang penegak undang-undang yang pada awalnya memiliki reputasi buruk, namun kini sangat gilakan kerja demi membanteras kejahatan dan jenayah.

Sool Yeol (Lee Dong Wook) adalah seorang detektif yang sangat handal tetapi dia sangat materialistik. Dia handal menangkap pencuri dan penjenayah lain, tetapi dia menutup mata untuk kes rasuah yang menguntungkannya.

Suatu hari, Soo Yeol diberi perkhabaran bahawa dia ada peluang untuk naik pangkat. Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhinya, sayangnya semua usaha Soo Yeol selalu gagal.

Pegawai atasan Soo Yeol sekali lagi memberikan peluang terakhir untuknya, waktu itulah dia bertemu dengan K (Wi Ha Joon). Pemuda ini boleh dikatakan memiliki banyak pengalaman unik dalam hidupnya, dan dia sangat konsisten dalam menegakkan keadilan.

Bergaul dengan K, Soo Yeol mula memahami erti menjadi seorang polis dan maksud keadilan untuk masyarakat. Soo Yeol yang awalnya sangat gilakan duit, kini menjadi seorang polis contoh dan sanggup membantu masyarakat.

 

5. Inspector Koo

e497a6f8 c13b 448d af70 541a7aaaa32eInspector Koo adalah drama yang diarahkan oleh Lee Jung Heum dengan jumlah 12 episod, drama ini dibintangi oleh Kim Hae Sook, Kim Hye Jun dan Lee Young Ae. Inspector Koo menceritakan tentang Koo Kyung Yi yang merupakan bekas pegawai polis, dia bekerja sebagai penyiasat persendirian dan detektif swasta. Dia mampu menyelesaikan pelbagai kes dengan kebolehannya.

 

6. Insider

b92a0423 bcb0 4172 84d5 beae8e65111eMemang ada pelbagai cara untuk membalas dendam, tetapi Kim Yo Han (Kang Ha Neul) memilih jenayah judi sebagai batu loncatannya. Dalam drama jenayah bertajuk Insider ini, kita akan melihat aksi menegangkan semasa Kang Ha Neul berusaha membongkar jenayah judi haram terbesar di Korea Selatan.

Semuanya dimulakan sekitar setahun yang lalu, waktu itu Kim Yo Han adalah pendakwa raya muda yang mengikuti latihan undang-undang. Kim Yo Han diarahkan untuk menjadi pengintip dan masuk dalam jaringan judi haram yang diketuai oleh Yang Joon (Heo Dong Won).

 

7. Stranger

Drama koreaStranger bakal membongkar kes rasuah dan sisi gelap mereka-mereka yang bekerja dalam bidang undang-undang di Korea Selatan.

Drama ini mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang pendakwa raya yang bernama Hwang Shik Mo (Cho Seung Woo). Lelaki ini dikenali sebagai seorang pendakwa raya yang sangat dingin. Suatu hari, Hwang Shik Mo mendapat tugas untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang lelaki. Bekerjasama dengan detektif wanita bernama Han Yeo Jin (Bae Do Na), penyiasatan mereka membawa kepada kes yang lebih besar.

Jika anda menyukai genre jenayah dan penyiasatan. Jangan lupa untuk menonton senarai drama-drama Korea di atas ya! Pasti anda turut sama memerah otak memikirkan cara untuk menangkap setiap penjenayah yang ada dalam drama-drama tersebut. Sediakan pop corn!

Baca lagi: 5 Drama Korea Segar yang Menenangkan, Sesuai untuk Relaks
Baca juga: Viu Original The Midnight Romance in Hagwon, Tampilkan Wi Ha Jun Kali Pertama dalam Genre Romantik