Home Kdrama/Kmovie 5 Bintang Korea Yang Menolak Tawaran Berlakon Dalam Drama Hit

5 Bintang Korea Yang Menolak Tawaran Berlakon Dalam Drama Hit

0

Jun Ji Hyun

c 1

Aktres jelita ini pernah menolak tawaran untuk membintangi K-Drama My Girlfriend is a Gumiho. Akhirnya peranan utama tersebut jatuh kepada Shin Min Ah.

Won Bin

a 1

Sebelum dimainkan oleh Song Joong Ki, watak Yoo Si Jin dalam Descendant of The Sun asalnya hendak diberikan kepada Won Bin tetapi ditolaknyan kerana berasa tidak selesa mengenakan seragam tentera.

Selain Won Bin, terdapat beberapa lagi aktor lain yang tidak mahu menerima watak tersebut:

Baca lagi: Watak Kapten Yoo Si-jin Dalam ‘Descendants of the Sun’ Asalnya Bukan Untuk Song Joong-ki

Baca lagi: 9 Pelakon Lelaki Terkaya Di Korea Selatan

Kim Ah Joong

d 1

Kim Ah Joong menolak watak utama sebagai heroin dalam Coffee Prince kerana tidak mahu memotong rambut. Ketika itu, dia masih terikat dengan kontrak promosi dengan syarikat syampu.

Jung Yong Hwa

e 1

Peminat kecewa dengan Yong Hwa. Hal ini kerana dia menolak watak Choi Young Do dalam drama The Heirs dengan alasan dia sudah pernah berlakon dengan Park Shin Hye dalam drama sebelum ini, He is Beautiful (2009). Watak yang ditolaknya itu diambil alih oleh Kim Woo Bin.

Jang Geun Suk

b 1

Watak Gu Jun Pyo dalam Boys Over Flowers asalnya ditawarkan kepada Jang Geun Suk. Namun dia menolaknya dan memilih Beethoven Virus. Akhirnya peranan ketua F4 itu jatuh ke tangan Lee Min Ho dan terus melambungkan namanya.