Song Hye-kyo telah membintangi banyak drama sejak debutnya dahulu. Dia juga sering berjaya menjalin hubungan emosi yang baik dengan setiap gandingannya dalam drama. Selain itu pelakon jelita ini juga sempat terbabit dengan cinta lokasi bersama Song Joong Ki yang menjadi gandingannya dalam drama Descendants of the Sun.
Pada 30 Januari 2023 yang lalu, Song Joong Ki mengumumkan bahawa dia telah mengakhiri zaman duda dan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.
Rupa-rupanya bukan hanya Song Joong Ki, beberapa orang pelakon lain yang pernah bergandingan dengan Song Hye-kyo juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan jelitawan itu, dan mereka kebanyakannya sudah berkahwin.
Jom kita lihat senarai pelakon lelaki bertuah yang pernah bersama si cantik Song Hye-kyo!
1. Song Joong Ki
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo membawa watak sebagai pasangan kekasih yang berasal dari latar belakang kerjaya yang berbeza iaitu seorang doktor dan seorang lagi tentera dalam siri drama Descendants of the Sun (2016).
Drama siri itu juga telah mengeratkan lagi hubungan mereka berdua dan ternyata mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Namun, perkahwinan tersebut putus pada tahun 2019 dan masih membuatkan para peminat patah hati sehingga ke hari ini.
Empat tahun kemudian iaitu pada 30 Januari 2023, Song Joong Ki mengumumkan dia telah mengahwini Katy Louise Saunders, bekas artis Inggeris. Hubungan kedua mereka mula dihidu ketika Song Joong Ki dan Katy dilihat menghadiri majlis perkahwinan saudara Katy di Bali.
Bukan itu sahaja, Katy juga menjadi tumpuan lensa kamera wartawan sewaktu sedang menunggu kepulangan Song Joong Ki, mereka berjalan beriringan dan kelihatan sangat mesra. Kebahagiaan dan kehidupan mereka semakin lengkap apabila Katy dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
2. Hyun Bin
Hyun Bin dan Song Hye Kyo pernah menjalin hubungan cinta setelah sama-sama berlakon dalam drama siri Worlds Within. Kedua-duanya bercinta sejak tahun 2008 dan putus pada tahun 2011 kerana Hyun Bin perlu menjalani latihan wajib ketenteraan.
Hyun Bin menjalin hubungan romantik dengan Son Ye Jin setelah membawa watak sepasang kekasih dalam drama Crash Landing on You (2019). Drama itu juga berjaya mengikat Hyun Bin dan Son Ye Jin menuju ke jinjang pelamin pada tahun 2022. Sekarang keduanya sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
3. Rain


Lee Byung Hun dan Song Hye Kyo pernah menjadi pasangan kekasih setelah membintangi drama All In pada tahun 2003. Pasangan yang mempunyai jarak usia 11 tahun itu sempat menjalin hubungan selama 21 bulan, sebelum putus ditengah jalan akibat kesibukan dan komitmen masing-masing.
Won Bin pernah bergandingan dengan Song Hye Kyo dalam Autumn in My Heart. Dia memegang watak sebagai Han Tae Seok, pemilik hotel tempat Yoon Eun Seo (Song Hye Kyo) bekerja. Tae Seok menyukai Eun Seo. Sayangnya, dia perlu memendam kekecewaan karena Eun Seo jatuh cinta dengan Yoon Joon Seo (Song Seung Heon).






