Home Entertainment 5 Artis Lelaki Yang Pernah Terpalit Isu Hamilkan Teman Wanita

5 Artis Lelaki Yang Pernah Terpalit Isu Hamilkan Teman Wanita

0

Artis lelaki yang pernah terpalit isu hamilkan teman wanita. Siapakah mereka? Jom semak!

Baru-baru ini, isu tidak enak telah melanda salah seorang anggota EXO iaitu Sehun. Jejaka itu dituduh telah menghamilkan teman wanitanya setelah sebuah media Korea Selatan mendapati seorang wanita yang disangka kekasihnya yang sedang menunggu giliran di sebuah klinik ibu dan anak.

Namun, tuduhan itu langsung ditepis oleh SM Entertainment selaku agensi Sehun. Mereka juga tegas mahu membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

Baca Lagi: Sehun EXO Dituduh Hamilkan Teman Wanita

Tentunya ini bukan kali pertama isu menghamilkan teman wanita menerpa artis kenamaan Korea Selatan. Selain Sehun, berikut merupakan senarai artis Korea Selatan yang pernah diterpalit isu menghamilkan teman wanita mereka.

1. Sehun EXO

053E4031 7830 41B9 AC5C F98CFA31486DKontroversi ini bermula melalui salah satu hantaran netizen dalam forum komuniti online dengan tajuk ‘Teman Wanita Sehun Hamil Sebelum Berkahwin’ pada Isnin, 27 Mac 2023. Hantaran tersebut lantas telah membuatkan media sosial heboh dan kecoh. Seterusnya isu ini menjadi hangat di seluruh negara.

Lebih-lebih lagi terdapat gambar-gambar Story Instagram yang didakwa merupakan teman wanita Sehun yang menonton konsert EXO dengan bantuan ‘orang dalam’. Original Poster (OP/ hantaran asal) ini pun menyatakan bahawa Yu Ni adalah teman wanita kepada anggota kumpulan EXO tersebut. “Konsert EXO, terima kasih kepada Yu Ni,” tulis hantaran tersebut.

SM Entertainment pun turut membantah isu tersebut. Pada hari yang sama, agensi yang menaungi EXO tersebut mengeluarkan kenyataan dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang.

“Khabar angin yang akhir-akhir ini melibatkan Sehun telah beredar pantas adalah sama sekali tidak berasas. Dakwaan palsu, dan menyebarkan kandungan tulisan yang berniat jahat serta berbeza dari kebenaran adalah tindakan jenayah. Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, kami tetap memantau situasi dan penyebar fitnah tersebut, dan kami akan mengambil tindakan tegas melalui undang-undang,” kata wakil SM Entertainment.

2. Kim Seon Ho

11A8EAEA 6A24 4463 AEFA D9852AFEEB58Aktor yang menempa nama melalui K-drama Hometown Cha Cha Cha dan Start Up ini dituduh oleh bekas teman wanitanya sebagai lelaki yang melakukan pemaksaan pengguguran kandungan. Kim Seon-ho dituduh memaksa teman wanitanya menggugurkan kandungan apabila dia tidak sanggup untuk memberikan komitmen terhadap anak tersebut. Kemarahan orang ramai akibat tuduhan tersebut menyebabkannya Kim Seon-ho dikeluarkan dari projek iklan dan projek-projek lainnya.

Bintang Hometown Cha-Cha-Cha (2021) menyaksikan reputasinya terjejas dan dia digugurkan daripada filem dan rancangan televisyen, serta pengiklan.

Akhirnya Kim Seon-ho kembali ke laman Instagram miliknya untuk membuat satu permohonan maaf kepada para peminatnya, setelah dia menghilangkan diri selama hampir tujuh bulan.

Tetapi kemudian lebih banyak pendedahan muncul. Dispatch, sebuah tabloid yang terkenal dengan menyiasat kehidupan peribadi selebriti Korea, menerbitkan perbualan antara Kim dan bekas teman wanitanya, Penerbitan itu kemudiannya menyiarkan laporan yang mempertikaikan dakwaan teman wanitanya, memperincikan bahawa Kim mengambil tanggungjawab sepenuhnya walaupun terpaksa menangguhkan kerjayanya.

3. Kim Yong Gun

5091AA04 E9DE 4803 A5EE 43BC42306391Kim Yong Gun merupakan pelakon veteran Korea Selatan yang juga pernah terjerat masalah dengan seorang wanita yang telah menjalin hubungan dengannya selama 13 tahun. Gosip liar yang bertiup mendakwa pelakon ini memaksa teman wanitanya untuk menggugurkan kandungannya.

Namun, kini Kim Yong Gun dikabarkan telah berdamai dengan wanita tersebut dan akan bertanggung jawab ke atas kedua-dua ibu dan anaknya. Dia juga sudah kembali aktif dalam dunia lakonan serta tampil dalam pelbagai projek yang popular. Walau begitu, kes ini sempat menggegar dunia hiburan Korea Selatan.

4. Song Joong Ki

39B38577 1189 4457 A75A 20C057FC36B0Sebelum secara resmi mengumumkan perkahwinannya dengan Katy Louise Saunders, Song Joong Ki ternyata pernah dituduh telah menghamilkan teman wanita berbangsa Inggerisnya tersebut. High Zium Studio, selaku agensi Song Joong Ki pada waktu itu menyebut bahawa mereka kurang mengetahui tentang informasi tersebut.

Namun, Song Joong Ki akhirnya mengesahkan kehamilan Katy sekaligus mengumumkan perkahwinannya dengan bekas pelakon itu pada akhir Januari 2023.

5. Go Se Won

420D3AB6 115D 4E88 8DF8 04CC1FD599E8Selain itu, netizen juga pernah digegarkan dengan kes yang menimpa salah seorang pelakon Korea Selatan iaitu Go Se Won. Bintang drama siri Fatal Promise (2020) itu dituduh mencampak teman wanitanya yang sedang hamil.

Tidak menunggu waktu lama, jejaka kelahiran Seoul itu juga menyampaikan permohonan maafnya atas kes tersebut melalui agensinya, Hunus Entertainment. Bahkan, Go Se Won mengaku perbuatannya dan mahu bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukannya.

Baca Juga: 9 Watak Antagonis Yang Berpura Baik Dalam Kdrama