Home Entertainment Fakta-fakta Menarik Tentang Lim Ji Yeon

Fakta-fakta Menarik Tentang Lim Ji Yeon

0

BANYAK FAKTA MENARIK TENTANG LIM JI YEON!

Watak kaki buli dalam drama siri The Glory telah berjaya membuat semua netizen geram dan sakit hati dengan perlakuannya yang tidak bermoral. Nama Park Yeon Jin meledak dan meletus selepas berjaya membuat ramai orang marah dengan lakonannya sebagai kaki buli yang kejam.

Bukan hanya membuatkan para peminat mual dan menyampah dengannya, lakonannya yang berkesan itu juga telah memberi ruang buatnya membawa pulang pelbagai penghargaan besar dalam dunia seni.

Terbaru pula, kisah percintaan Lim Ji Yeon sedang hangat diperkatakan kerana ternyata dia mempunyai hubungan romantik dengan pelakon gandingannya dalam The Glory iaitu Lee Do Hyun.

654B83C8 DC9C 4096 B6D1 092B5E2F04AC

Baca Lagi: Bintang “The Glory” Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Disahkan Bercinta

Jom kita lihat serba sedikit info menarik mengenai pelakon yang semakin melonjak-lonjak namanya ini:

1. Biodata

744875C3 9F4D 49C1 837B D1FFD41AFC93

● Nama: Lim Ji Yeon
● Nama pentas: Jiyeon
● Tempat lahir: Seongdong, Korea Selatan
● Tarikh lahir: 23 Jun 1990
● Umur: 33 tahun
● Tinggi: 166 cm
● Pendidikan: Korea National University of Arts

2. Perjalanan karier

ADA02C8E 6F46 4042 B794 82356509297B

Lim Ji Yeon memulakan kariernya dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon teater. Pada usianya yang baru menginjak 17 tahun, Lim Ji Yeon berjaya mendapatkan watak dalam drama teater muzikal yang bertajuk Sea Fog Haemoo.

Selepas itu, pelakon ini berpeluang membuat debut sebagai watak utama dalam filem Obsessed. Lakonannya yang luar biasa hebat telah membuahkan hasil apabila Lim Ji Yeon dihujani pujian daripada Kim Dae Woo iaitu pengarah filem Obsessed.

Baru-baru ini pelakon ini bergandingan dengan Song Hye Kyo dalam drama siri terbarunya iaitu The Glory. Dalam drama siri tersebut, Lim Ji Yeon membawa watak sebagai kaki buli yang sangat jahat dan kejam.

3. Filem dan drama siri lakonan Lim Ji Yeon

Berikut merupakan senarai filem dan drama siri yang dibintangi oleh pelakon wanita ini:

8C55C1D7 1B73 4F4B B207 247AB5A485ED

● Spiritwalker
● Tazza: One Eyed Jack
● Luck-Key
● The Treacherous
● Obsessed
● The Glory
● Money Heist: Korea – Joint Economic Area
● Rose Mansion
● Midnight Thriller
● The Magic
● Welcome 2 Life
● Blow Breeze
● Doctors
● The Royal Gambler
● High Society

4. Pencapaian

EF1C6422 C08D 4B6C 9C71 2D686FFC0E25

Selama 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Lim Ji Yeon telah berjaya membolot banyak anugerah. Berikut merupakan pencapaian yang telah dikecapi oleh Lim Ji Yeon:

● Winner Top Excellence Award for an Actress in a Monday-Tuesday Special Project Drama, MBC Drama Awards
● Winner Best Emotive Award, Asia Artist Awards
● Winner Korean Model Star, Asia Model Awards
● Winner New Star Award, SBS Drama Awards
● Winner Best New Actress, APAN Star Awards
● Winner Best New Actress, Korean Film Actors’ Guild Awards
● Winner Best New Actress, Daejong (Grand Bell) Film Awards
● Winner Best New Actress, Korean Association of Film Critics Awards
● Winner Best New Actress, Buil Film Awards

5. Fakta menarik lain

8F5EA2B9 F732 40F8 B5DA ABAC1A193CAD

● Lim Ji Yeon dan Suho EXO merupakan lulusan dari jurusan yang sama iaitu Jurusan Seni Lakon. Berdasarkan sebuah wawancara dalam variety show If I Go Just Once, kedua-duanya mengaku tidak pernah rapat .

● Sewaktu membintangi drama High Society bersama Park Hyung Sik, kedua-duanya pernah digosipkan saling bercinta karena gandingan mereka berdua yang sangat mesra dah menjadi dalam drama tersebut. Lim Ji Yeon dan Park Hyung Sik hanya tertawa dan menegaskan bahawa mereka berdua hanya bersahabat baik sahaja.

● Pada bulan Januari 2018, Lim Ji Yeon pernah mengumumkan hubungan cintanya dengan ketua Wu Foundation yang bernama Lee Wook. Sayangnya, 6 bulan kemudian, hubungan mereka kandas di tengah jalan kerana mereka berdua mempunyai jadual yang sangat padat dan tidak sempat menghabiskan waktu bersama.

● Pada 1 April 2023, portal Dispatch telah melepaskan gambar-gambar yang didakwa adalah Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun. Kedua-dua pelakon dalam drama The Glory ini dikabarkan menjalin hubungan istimewa dan sedang hangat bercinta.

Baca Juga: Park Hae Jin Park Sung Woong dan Lim Ji Yeon Membintangi Drama Jenayah Thriler Terbaru