Peminat drama wuxia dan fantasi, tahun ini iQIYI menghadirkan deretan drama aksi memukau terbaru dari dunia persilatan, sarat dengan tipu muslihat dan disulam kisah romantis yang menguatkan jalan cerita. Dengan latar yang unik serta barisan pelakon utama ternama, empat drama wuxia dan fantasi berikut bukan sekadar menyajikan adegan pertempuran, tetapi juga memaparkan kisah emosional setiap watak.
Salah satunya ialah Legend of the Female General, drama yang menyoroti perjuangan seorang wanita tabah yang menyamar sebagai lelaki demi mempertahankan maruah serta merampas kembali kehidupannya yang dirampas.
Semua drama wuxia dan fantasi ini boleh ditonton di iQIYI. Berikut senarai cadangan untuk anda terokai!
1. Legend of the Female General

Drama Wuxia epik ini menyingkap kisah keberanian dan pengorbanan di sebalik identiti yang disembunyikan. He Yan, puteri sulung keluarga bangsawan He, terpaksa menyamar sebagai lelaki demi melindungi maruah keluarga.
Dalam penyamarannya sebagai “He Ru Fei”, dia menyertai Akademi Xianchang dan bertemu Xiao Jue, seorang cendekiawan bijak yang kelak memainkan peranan penting dalam hidupnya. Selepas meninggalkan akademi dan berjuang di medan perang, He Yan kembali sebagai wira, namun dikhianati oleh keluarganya sendiri apabila abang kandungnya yang sebenar pulang.
Tidak mahu tunduk pada nasib, He Yan mencipta identiti baharu sebagai anak seorang penjaga pintu kota, sekali lagi menyamar sebagai lelaki untuk menyertai ketenteraan di Yezhou. Di situ, dia bertemu semula dengan Xiao Jue, yang kini mula mencurigai identitinya.
2. The Unclouded Soul

Berlatar dunia fantasi yang memusatkan konflik abadi antara manusia dan iblis, drama wuxia dan fantasi The Unclouded Soul menawarkan pengembaraan penuh debaran. Selama ratusan tahun, kedua-dua bangsa ini bertelagah demi merebut Mata Air Anggur Giok, sumber kekuatan yang melambangkan ribuan keinginan dunia.
Xiao Yao, seorang gadis bebas dan penuh rasa ingin tahu, secara tidak sengaja memasuki Lembah Sepuluh Ribu Iblis. Di sana, dia mengubah keadaan dunia iblis dengan sifatnya yang polos dan tidak tamak. Dia bertemu Hong Ye, Raja segala Iblis, yang bereinkarnasi untuk melindungi lembah itu. Hong Ye, yang memahami bahaya keinginan manusia, akhirnya tersentuh oleh ketulusan Xiao Yao. Bersama, mereka menyiasat pelbagai kes misteri dan menentang musuh yang sukar dikesan.
3. Shadow Love

Shadow Love mengisahkan Jeneral wanita bernama Li Shuang dari Taijin yang gagah berani dan menerima misi mengesan seorang perisik dalam masa sebulan. Dalam pencariannya, dia menemui seorang lelaki yang cedera parah dan hilang ingatan. Lelaki itu dibawa ke kem tentera dan diberi nama “Jin An”, lambang harapan bagi keamanan abadi.
Jin An membantu Li Shuang berdepan cabaran daripada pegawai atasan yang memandang rendah, serta ancaman dari negeri jiran Dayao. Kehebatannya dalam strategi menjadikan mereka pasangan yang serasi di medan tugas, lalu menumbuhkan perasaan cinta yang tersembunyi.
Namun, masa lalu menghantui apabila Jin An mengingati dirinya sebenarnya ialah Raja Zhenshi dari Dayao, musuh utama Taijin.
4. Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved

“Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved” adalah sebahagian daripada siri “Fox Spirit Matchmaker”. Mengisahkan Wangquan Fu Gui, seorang pahlawan berkuasa yang digelar “senjata tentera,” dan Qing Tong, seorang roh misteri, dan kisah cinta mereka yang menyakitkan. Hubungan mereka digambarkan sangat sukar, diibaratkan seperti dicederakan berulang kali.
Cerita ini berkisar tentang cabaran dan kesedihan yang mereka hadapi dalam hubungan mereka, terutamanya pertembungan antara tradisi tegar puak Wangquan Fu Gui dan keinginan mereka untuk dunia di mana manusia dan roh boleh hidup bersama secara harmoni.
Itulah empat drama wuxia dan fantasi terbaharu dan yang akan datang pada 2025 yang penuh aksi, misteri, dan percintaan. Semua boleh anda saksikan dengan mudah melalui platform iQIYI. Selamat menonton!








