Drama China “The Immortal Ascension” kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. Drama yang telah tersedia untuk ditonton di platform penstriman Viu ini turut dijangka menjadi antara karya wuxia fantasi yang mencetuskan fenomena, dengan gabungan watak ikonik, kisah yang memikat dan visual yang memukau.
Siri ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Han Li (Yang Yang) seorang pemuda miskin yang berjuang demi mencapai keabadian. Dia diterima sebagai murid dalam sebuah sekte seni bela diri dan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, termasuk ancaman daripada manusia serta makhluk langit purba.

Dengan Yang Yang membawa watak Han Li dan Gina Jin sebagai gandingan utama, drama ini menjanjikan pelbagai kejutan yang menakjubkan. Berikut ialah beberapa fakta menarik tentang “The Immortal Ascension” yang harus anda tahu!
Adaptasi Daripada Novel Popular

Drama ini diadaptasi daripada novel terkenal berjudul A Record of a Mortal’s Journey to Immortality karya Wang Yu. Adaptasi ini mencuri tumpuan peminat setia novel tersebut, apatah lagi dengan kehadiran Yang Yang sebagai pelakon utama.
Penggambaran bermula pada awal tahun 2024, dengan latar lokasi yang eksotik serta penggunaan teknologi CGI canggih yang menghidupkan elemen ajaib dan berskala besar dalam cerita ini.
Gabungan Genre yang Memikat

“The Immortal Ascension” menyatukan beberapa genre menarik iaitu xianxia (fantasi dan seni bela diri), sejarah dan sedikit unsur percintaan. Membawa tema perjuangan dari bawah, pertempuran antara sekte seni mempertahankan diri, serta pencarian kuasa abadi. Melalui watak utama Han Li, penonton dibawa meneroka dunia persilatan yang penuh misteri, cita-cita dan keindahan zaman silam China. Kisah ini sesuai untuk mereka yang menggemari genre pengembaraan rohani yang sarat dengan konflik dalaman yang mendalam.
Barisan Pelakon Penuh Bintang

“The Immortal Ascension” menampilkan barisan pelakon tersohor yang memegang watak penting dalam kisah Han Li:
● Yang Yang sebagai Han Li
● Gina Jin sebagai Nangong Wan
● Wang Duo sebagai Wang Chan
● Zhao Xiao Tang sebagai Chen Qiao Qian
● Zhao Qing sebagai Mo Cai Huan
● Jin Jia Yue sebagai Dong Xuan Er
● Hu Yu Xuan sebagai Zhang Tie
● Cao Zan sebagai Mang Er
● Li Xi Zi sebagai Chen Rong
● Liu Tian Bao sebagai Chen Mu
● Zhang Xiang sebagai Liu Jing
● Dailiha Nayiman sebagai Zhong Wei Niang
● Li Sheng Jia sebagai Wu Xuan
Turut serta: Kenji Chen, Marco Chang, Natas Asoka, dan lebih 20 pelakon lain yang memainkan peranan penting. Setiap watak membawa cerita dan latar belakang tersendiri, menjadikan konflik dalam drama ini semakin rumit dan menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton “The Immortal Ascension” di Viu ya! Dengan adegan pertarungan yang epik, jurus tempur yang luar biasa, pertembungan antara sekte dan konspirasi rohani yang rumit, setiap episod pasti mengujakan dan membuatkan anda tidak sabar untuk menonton yang seterusnya.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama China tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca juga: “Seadanya Kita”, Kisah Cinta Emosi Antara Ibu Tunggal dan Rockstar, Lakonan Emma Maembong dan Mierul Aiman
Baca lagi: Love, Take Two, Kisah Ibubapa Tunggal yang Sarat Emosi, Mencuit Hati dan Penuh Kejutan








