Home Anime 15 Anime MAPPA Studio Terbaik, Beragam Genre dengan Rating Tinggi

15 Anime MAPPA Studio Terbaik, Beragam Genre dengan Rating Tinggi

0

MAPPA Studio merupakan studio animasi asal ditubuhkan pada Jun 2011 oleh Masao Maruyama. MAPPA Studio sendiri merupakan singkatan dari Maruyama Animation Produce Project Association.

Sehingga kini, MAPPA Studio telah menggarap puluhan anime dari beragam genre.

Terdapat sejumlah anime terbaik yang diciptakan oleh MAPPA Studio, diantaranya Jujutsu Kaisen, Shingeki no Kyojin: The Final, Days, Yuri!!! On Ice, sehingga Attack on Titan: The Final Season.

Berikut ini adalah cadangan 15 anime garapan MAPPA Studio yang harus ada dalam senarai tontonan korang!

 

1. Chainsaw Man

Mappa studio

Salah satu anime terbaik dari MAPPA Studio ini diadaptasi dari siri manga yang ditulis dan diilustrasikan oleh Tatsuki Fujimoto.

Chainsaw mengisahkan tentang seorang pemuda miskin bernama Denji yang tubuhnya digabungkan dengan iblis menyerupai anjing bernama Ponchita.

Hal tersebut membuat Denji memiliki kemampuan untuk mengubah bahagian tubuhnya menjadi mesin gergaji. Denji akhirnya bergabung dengan pemburu iblis, iaitu ejen kerajaan yang berfokus kepada pertempuran melawan iblis yang menjadi ancaman bagi Jepun.

 

2. Jujutsu Kaisen

IMG 1899

Musim pertama anime ini telah ditayangkan pada Oktober 2020, dan musim keduanya ditayangkan pada Julai 2023. Bagi peminat anime aksi, Jujutsu Kaisen boleh menjadi salah satu pilihan yang tepat untuk anda tonton.

Cerita pada anime ini berpusat pada seorang pelajar bernama Yuji Itadori yang tidak sengaja menemukan dan memakan sebuah jari iblis yang terkutuk. Akibatnya, Yuji memiliki kekuatan yang disebut dengan ‘jujutsu’. Yuji kemudian bergabung dengan sekolah jujutsu agar mampu mempelajari dan mengawal kekuatan yang baru dimilikinya.

Yuji bersama beberapa rakannya dilatih oleh Gojo Satou, seorang guru jujutsu yang sangat kuat. Bersama-sama, mereka bekerjasama untuk menghapuskan iblis-iblis yang ingin menyerang manusia.

 

3. Attack on Titan: Final Season Part 2 (2022)

IMG 1884

Salah satu anime terbaik yang pernah diproduksi oleh Mappa Studio adalah Attack on Titan atau Singeki no Kyojin, walaupun anime ini sudah menginjak tahun ke 10 sejak penayangan dan sampai sekarang masih menjadi salah satu anime yang paling dinanti-nantikan.

Musim terakhir untuk siri ini diambil alih oleh MAPPA Studio. Anime ini dianggap sebagai salah satu anime Mappa Studio terbaik kerana animasinya yang ditingkatkan, penggunaan CGI yang terbatas untuk raksasa tertentu, dan muzik skor serta arahan suara yang bagus.

Seperti yang telah menjadi premis siri, musim terakhir melanjutkan perang pasca-apokaliptik antara manusia dan Titan. Musim akhir ini menjadi puncak perjuangan penduduk Paradise, terutama Eren dan yang lainnya dalam memperjuangkan kebebasan mereka dari belenggu titan setelah ribuan tahun lamanya.

Finalnya telah tayang perdana pada 5 November baru ini.

Baca juga: 14 Urutan Menonton Attack on Titan, Lengkap dari OVA hingga Spin-off

4. Hell’s Paradise: Jigokuraku

IMG 1887Hell’s Paradise: Jigokuraku merupakan siri anime dari MAPPA studio yang ditayangkan pada April 2023. Anime ini diadaptasi dari manga karya Yuji Kaku yang terdiri dari 13 volume.

Hell’s Paradise: Jigokuraku mengisahkan tentang Gabimaru the Hollow yang dijatuhi hukuman mati setelah ditangkap melakukan misi pembunuhan. Namun setelah usaha untuk membunuhnya gagal secara misteruli, serang algojo bernama Sagiri Yamada Asaemon diminta untuk menghabisi nyawa Gabimaru.

Tetapi Sagiri menawarkan Gabimaru kesempatan untuk mendapatkan pengampunan penuh ke atas kejahatannya, Gabimaru diminta untuk melakukan perjalanan ke Pulau Shinsekyo dan mendapatkan Elixir of Life.

Anime ini diperuntukkan bagi anda yang sudah berusia 17+ kerana memiliki cukup banyak adegan gore. Jadi, bagi yang tidak menyukai adegan berdarah dan kekerasan, tidak disarankan untuk menonton anime ini.

 

5. Vinland Saga Season 2

IMG 1894

Musim pertama Vinland Saga sebenarnya dibuat oleh Wit Studio. Namun, sama seperti Attack on Titan, anime Vinland Saga Season 2 diambil alih oleh MAPPA Studio. Meskipun studio animasinya berubah, tapi staff produksinya tetap sama dengan musim pertama anime ini.

Cerita pada Vinland Saga Season 2 mengambil kisah satu tahun setelah peristiwa pada musim pertama. Pada musim ini, ceritanya berfokus kepada seorang budak bernama Einar yang berasal dari Inggeris. Einar bertemu dengan Thorfinn saat bekerja di sebuah ladang. Mereka pun menjadi kawan dan bekerjasama untuk mencari kebebasan.

 

6. Kakegurui

IMG 1906

Kakegurui merupakan anime adaptasi dari manga dengan tajuk yang sama karya Homura Kawamoto dan Toru Naomura. Musim pertama anime ini dikeluarkan pada September 2017 dan musim keduanya pada Januari 2019. Kemudian pada Ogos 2022, siri spin-off anime ini anda boleh saksikan di Netflix.

Cerita pada anime ini mengambil latar di sebuah sekolah elit bernama Hyakkaou Private Academy. Di sekolah tersebut, semua pelajar tidak hanya belajar akademik, tetapi terlibat juga dengan perjudian yang sangat intens. Semua pelajar yang ada di sekolah tersebut tidak hanya mempertaruhkan wang, tetapi juga kehormatan, status sosial, bahkan hidup mereka sendiri.

Yumeko,adalah seorang pelajar pindahan yang dengan cepat menarik perhatian OSIS di sekolah itu. Kemampuan analisis dan intuisinya yang luar biasa, membawa Yumeko ke dalam dunia perjudian yang berbahaya.
Bahkan Yumeko berani beradu strategi dengan dewan OSIS, kumpulan elit yang mengendalikan kehidupan sekolah elit Hyakkaou Private Academy.

 

 

7. Terror in Resonance

IMG 1892

Terror in Resonance dalam bahasa Jepun dikenali dengan tajuk Zankyō no Teroru. Anime ini dikenali juga sebagai tajuk Terror in Tokyo. Ia memiliki cerita yang penuh misteri, konflik politik, dan pertempuran antara kebenaran dan keadilan.

Ceritanya mengikuti dua remaja lelaki yang memiliki nama samaran Nine dan Twelve. Keduanya menggelar diri mereka sebagai Sphinx, yang tiba-tiba muncul dan memulakan serangkaian aksi kekecohan di Tokyo. Mereka mengatakan akan berhenti jika teka-teki yang mereka berikan dapat diselesaikan.

Namun, ternyata Nine dan Twelve merupakan dua anak yang berhasil melarikan diri dari eksperimen rahsia kerajaan, Rising Peace Academy. Ditengah-tengah aksinya, mereka bertemu dengan Lisa, seorang gadis remaja yang kesepian. Lisa pun terjebak sama dalam rancangan jahat mereka untuk membongkar kegiatan jahat Rising Peace Academy.

 

8. Dororo

IMG 1890

Dororo adalah anime adaptasi dari manga karya Osamu Tezuka yang di-remake ulang dari siri tahun 1969. Cerita pada anime ini masih mengikuti premis utama dalam manga, cuma penggambaran karakter utamanya, Hyakkimaru, berbeza dengan ciptaan Tezuka.

Latar pada anime ini mengambil pada masa period Sengoku atau masa peperangan di Jepun. Ceritanya mengikuti Hyakkimaru, seorang lelaki yang terlahir tanpa anggota badan yang sempurna. Hal ini terjadi kerana ayahnya yang tamak mengorbankan Hyakkimaru kepada iblis.

Namun, bak sebuah keajaiban, Hyakkimaru mendapatkan sebuah kekuatan supernatural, tubuh prostetik, dan juga senjata. Hyakkimaru pun mula melakukan perjalanan untuk merebut kembali sebahagian tubuhnya yang hilang dengan melawan iblis.

Dalam perjalanannya, Hyakkimaru bertemu dengan seorang gadis muda bernama Dororo yang kemudian menjadi rakannya. Hyakkimaru dan Dororo adalah dua orang anak buangan yang sama-sama berjuang demi kelangsungan hidup mereka.

 

9. Banana Fish

IMG 1895

Banana Fish merupakan anime adaptasi manga dengan tajuk yang sama karya Akimi Yoshida. Anime ini mengambil latar di kota New York pada tahun 1980-an. Cerita pada Banana Fish ini mengikuti sekumpulan geng jalanan yang dipimpin oleh Ash Lynx.

Suatu hari, Ash Lynx menemukan sebuah konspirasi kejahatan yang melibatkan Banana Fish, ubat misteri yang boleh mencuci otak pemakainya. Di sebuah bar, Ash bertemu dengan seorang jurufoto dari Jepun, Eiji Okumura, yang dikenalkan oleh rakannya.

Ketika sedang berbincang, Ash diberi peringatan oleh sekutunya untuk berhati-hati terhadap Dino. Dan tak lama kemudian, orang-orang suruhan Dino datang dan membuat kekacauan.

 

10. Sakamichi no Apollon

IMG 1879

Anime garapan MAPPA Studio yang satu ini mengangkat genre muzik, bercerita tentang seorang pelajar pindahan bernama Kaoru Nishimi. Dia merupakan seorang anak yang pendiam tetapi berbakat bermain piano. Suatu hari dia berkenalan dengan Sentarou Kawabuchi yang berbakat dalam bermain muzik jazz. Keduanya pun mula mencipta pelbagai karya.

 

12. Hajime no Ippo: Rising

IMG 1878

Diadaptasi dari manga, anime Hajime no Ippo: Rising memiliki jalan cerita tentang kelanjutan perjuangan Ippo yang ingin menjadi lebih kuat.

Sebelum memasuki dunia tinju, Ippo merupakan anak yang lemah dan sering kali dibuli. Pada akhirnya, seorang petinju profesional yang bernama Takamura menyelematkan Ippo dari menjadi mangsa buli dan pukul. Hal ini membuatkan Ippo ingin mengikuti jejak tersebut dan bertekad menjadi lebih kuat.

 

 

12. Dorohedoro

IMG 1902

Salah satu anime Mappa Studio terbaik yang kurang dikenali, Dorohedoro. Ia berfokus di area dunia bawah tanah yang lembap dan dystopian yang disebut “The Hole”.

Orang-orang diculik ke dalam The Hole oleh penyihir untuk dijadikan eksperimen, seperti protagonis utama, Kaiman. Kaiman menderita amnesia dan kepalanya berubah menjadi reptilia, dan terpaksa memburu penyihir untuk mendapatkan kembali ingatannya.

Meskipun animenya hanya memuat 12 episod dari siri manga yang berjalan selama 18 tahun dan memiliki lebih dari 160 chapter, visual dan tontonan berdarah yang dipamerkan sudah cukup untuk menjadikannya salah satu yang terbaik.

Jika penonton menyukai humor gelap, darah, dan banyak kekerasan tanpa membuat karakter utama menjadi penjahat seutuhnya dan menampilkan karakter penjahat mempunyai sisi baik, maka Dorohedoro adalah pilihan yang bagus untuk anda.

 

13. Yuri!!! on Ice

IMG 1904

Seorang skater ternama Jepun bernama Yuuri Katsuki gagal memenangkan Grand Prix Final. Dia pun kembali ke kampung halamannya untuk beristirehat sejenak dari kariernya. Yuuri sempat merakam aksinya yang meniru koreografi Viktor Nikiforov, iaitu skater idola Yuuri yang berasal dari Rusia.

Rakaman tersebut dimuatnaik dan mendapat banyak perhatian pengguna internet. Sehingga akhirnya video tersebut ditonton oleh Viktor. Viktor memutuskan untuk menjadi jurulatih Yuri. Tujuan mereka adalah mendapatkan medal emas di Grand Prix Final selanjutnya.

 

14. Zombie Land Saga

IMG 1901

Anime daei Mappa Studio ini adalah anime idola zombie yang melibatkan pelbagai karakter gadis yang sudah mati, seperti seorang pelajar sekolah menengah bernama Sakura Minamoto, yang baru mati selama 10 tahun, dibangkitkan untuk menghidupkan kembali industri hiburan yang sedang menurun.

 

15. Inuyashiki

IMG 2015Mengisahkan tentang pahlawan super dan penjahat yang ada di mana-mana sahaja. Walaupun My Hero Academia mungkin salah satu yang paling terkenal dengan kisah pahlawan super Shonen, Inuyashiki juga layak mendapat sorotan sebagai pahlawan super versi Seinen.

Inuyashiki Ichiro adalah seorang lelaki tua yang terkena cahaya meteor dan memutuskan untuk menjadi pahlawan super. Di sisi lain, seorang remaja bernama Shishigami Hiro mengalami ledakan yang sama dan menggunakan kemampuannya untuk membunuh, mencuri, dan menjadi penjahat.

Itulah beberapa cadangan anime garapan MAPPA Studio terbaik yang harus korang tonton. Anime MAPPA Studio manakah yang paling korang suka?

Baca lagi: Attack on Titan: 6 Fakta Tentang Ymir Fritz, Pencipta Titan

Baca juga: 10 Kematian Watak Jujutsu Kaisen Paling Brutal dan Mengejutkan