Home Entertainment 12 Pelakon Yang Melakonkan Watak Sebagai Jurulatih Sukan

12 Pelakon Yang Melakonkan Watak Sebagai Jurulatih Sukan

0

Industri perfileman Korea Selatan banyak kali juga mengangkat tema kesukanan sebagai tema utama penceritaan. Perjuangan daripada karakter yang awalnya tidak berpotensi ditambah pula dengan suasana dan orang sekeliling yang langsung tidak menyokong mereka merebut kemenangan dalam setiap pertandingan menjadikan jalan ceritanya lumrah seperti itu, tetapi masih disukai oleh ramai penonton. .

Salah satu karakter sememangnya akan wujud dalam filem bertemakan sukan adalah watak jurulatih sukan. Watak jurulatih sukan ini dianggap penting untuk sesebuah filem kesukanan. Jom kita lihat senarai 12 orang pelakon yang berjaya membawa watak sebagai jurulatih sukan dalam filem lakonan mereka:

1. Menyentuh hati, Lee Ki Young dalam filem Marathon (2005) membawa watak sebagai jurulatih lari marathon seorang pemuda autisme yang dilakonkan oleh Cho Seung Woo.

87483918 DED5 4116 87CF D4BB2B764C4D

2. Uhm Tae Woong dalam filem Forever the Moment (2008) jurulatih pasukan bola baling kebangsaan menggantikan Kim Jung Eun yang kembali menjadi pemain.

8DA78F19 D080 45B4 89A3 0B385DD9372F

3. Sung Dong Il sebagai jurulatih Bang dalam filem Take Off (2009) adalah orang yang merekrut Bob (Ha Jung Woo) untuk bergabung dalam pasukan ski jump kebangsaan.

C955EAB5 4175 44DF B117 A97CDDF1C0FF

4. Jurulatih pasukan besbol Lotte Giants iaitu Sung Ki Yeong yang dilakonkan oleh Lee Do Kyung dalam filem Perfect Game (2011) dikatakan adalah merupakan benar-benar wujud.

04D3D202 94C7 43F8 A5C9 5642ABE948EC

5. Karakter jurulatih pasukan besbol Haitai Tigers bernama Kim Eung Ryong yang dilakonkan oleh Son Byung Ho dalam filem Perfect Game (2011) juga wujud di dunia nyata.

C1FF98CA FB87 42DC AC74 2972D2D15FB7

6. Dalam filem As One (2012), pasukan ping pong Korea Utara dan Selatan bersatu untuk kejuaraan dunia. Lee Chul Min melakonkan watak sebagai jurulatih dari Korea Selatan.

42312D27 4FEE 4495 A7F2 90B100BCA43F

7. Sementara itu untuk filem yang sama iaitu As One (2012), jurulatih dari pasukan Korea Utara dilakonkan oleh Kim Eung Soo.

FDE86841 A783 4464 95E2 B830B2AA92F8

8. Oh Dal Soo membawa watak sebagai bekas atlet hoki ais dalam filem Run Off (2016). Dia kemudiannya diarahkan untuk menjadi jurulatih pasukan hoki ais wanita kebangsaan.

0FA5CC8D 1D3C 4E3A 89D6 89AC2B7EAFDC

9. Sukan curling jarang diketengahkan, filem ini memberi pendedahan mengenai sukan curling. Heo Sung Tae tergerak untuk melatih pasukan tersebut dalam filem The Unstoppable Curling Team (2018).

13958BE8 6990 4AFA 96E0 4D7B939A9029

10. Bekas atlet tinju yang menjadi guru di sebuah sekolah tinggi, Jin Sun Kyu dalam filem Count (2023) bertemu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang ingin belajar tinju dengannya.

6C8540A9 C58D 4F3D 91A1 A5C3207F1D17

11. Pasukan bola keranjang Sekolah JungAng dalam filem Rebound (2023) berada dalam krisis pembubaran. Ahn Jae Hong ditugaskan untuk menjadi jurulatih mereka.

46CC1B23 F222 4507 97A6 5D8BECE7A706

12. Park Seo Joon dalam filem Dream (2023) dipaksa melatih sebuah pasukan amatur.

F562FFE1 E2DD 4FA7 BACE DB8169A1E89E

Bulan April 2023 menjadi bulan pelancaran untuk filem Rebound yang menampilkan Ahn Jae Hong dan filem Dream yang dibintangi oleh Park Seo Joon. Kedua-duanya adalah filem kesukanan dengan cabang dan jalan cerita yang berbeza. Nantikan tayangannya!

Baca Lagi: 9 Kdrama Baru Dibintangi Para Pelakon Kokdu: Season of Deity

Baca Juga: 5 Watak Jahat Kdrama Yang Tidak Dapat Dimaafkan