Watak Jahat Dalam Kdrama Yang Paling Tidak Dapat Dimaafkan!
Sebahagian besar drama siri Korea Selatan menonjolkan watak-watak jahat sebagai watak penting. Kejahatan yang mereka lakukan cenderung mempunyai ciri-ciri khas, kejahatan yang mewakili perwatakan mereka. Mengerikan dan membuatkan para penonton merasa benci serta sakit hati.
Sebut sahaja Park Yeon Jin dalam drama siri The Glory yang ikonik dengan cara mendera mangsanya dengan menggunakan pelurus (iron) rambut.

Selain Park Yeon Jin, jom kita lihat beberapa watak jahat lain dalam Kdrama, kejahatan mereka memang tidak dapat dilupakan dan tidak boleh dimaafkan. Sangat berjaya membuat para penonton naik angin dan geram! Siapakah mereka?
Baca Lagi: The Tale Of A Nine Tailed Fox 1938 Bakal Tayang Mei Ini
1. Park Yeon Jin (The Glory, 2022-2023)
Drama siri The Glory (2022–2023) memang dipenuhi dengan banyak karakter jahat. Namun, dalam ramai-ramai watak jahat dalam drama tersebut, watak Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) yang merupakan ketua kaki buli dianggap sebagai karakter yang paling jahat.
Perlakuannya sangat sardis! Bermula dengan mengejek, menyeksa dengan pelurus rambut, hingga sanggup membunuh dua rakannya. Tiada satu perkara baik yang boleh ditemui dari karakternya. Memang sangat kejam!
Dia juga rela meninggalkan suami dan satu-satunya anak perempuannya! Dia tidak mahu meminta maaf kepada mangsanya, iaitu Moon Dong Eun (Song Hye Kyo). Walaupun dia menyedari kesalahannya pada masa lalu, Park Yeon Jin tetap berniat mahu menghancurkan kembali hidup Moon Dong Eun.
2. Nam Gyu Man (Remember: War of the Son, 2015)
Kejahatan Nam Gyu Man (Nam Goong Min) dalam Remember: War of the Son (2015) memang tidak dapat dilupakan. Dia menjadi dalang sebenar kejahatan yang telah memerangkap ayah Jin Woo (Yoo Seung Ho), wataknya juga ditonjolkan mempunyai hobi menyeksa musuh, sahabat, bahkan orang asing yang tidak dikenali!
Syarikat Gyu Man juga mempunyai pasukan khas untuk melindungi dirinya dari pihak berkuasa. Selepas kejahatannya terbongkar, Gyu Man memilih untuk membunuh diri dalam tahanan. Kematian Gyu Man yang terasa mudah ini membuatkan para penonton geram dan merasa tidak adil.
3. Jung Ba Reum (Mouse, 2021)
Drama siri Mouse menampilkan antara lakonan terbaik Lee Seung Gi. Dalam drama Mouse (2021), lakonannya sangat hebat! Membawa watak sebagai seorang anggota polis, dia berjaya menipu para penonton dengan perwatakannya yang tampak meyakinkan.
Lee Seung Gi yang melakonkan watak sebagai Jung Ba Reum juga berkata bahawa kejahatannya dalam drama ini tidak dapat dimaafkan. Walau bagaimanapun, Karakter pembunuh bersiri ini turut menuai simpati para penonton dan sebelum sisi gelapnya terungkap, wataknya begitu disenangi. Rupa-rupanya dia adalah pembunuh kejam yang licik bersembunyi disebalik kebaikan.
4. Mo Tae Gu (Voice, 2017)

Berbicara tentang drama siri Youth of May (2021), penonton tentu tidak dapat melupakan betapa tragisnya nasib pasangan Hwang Hee Tae (Lee Do Hyun) dan Kim Myung Hee (Go Min Si). Semua penderitaan mereka disebabkan oleh ayah Hee Tae, iaitu Hwang Gi Nam (Oh Man Seok).






