Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 12 Drama Korea Slice of Life Pada Awal 2025, Sarat Nilai, Sarat...

12 Drama Korea Slice of Life Pada Awal 2025, Sarat Nilai, Sarat Emosi

0
Drama korea

Setiap penonton pasti mempunyai genre kegemaran masing-masing. Ada yang lebih gemar cerita ringan, ada pula yang menggemari cerita penuh ketegangan dan misteri yang membuat penonton berfikir bersama jalan ceritanya yang tidak dijangka.

Justeru, pihak produksi Korea menghasilkan pelbagai drama Korea bersiri dengan genre berbeza agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu genre yang mendapat tempat dalam kalangan penonton ialah slice of life, drama yang memaparkan kisah harian yang santai tetapi penuh dengan pengajaran.

Berikut ialah 12 drama Korea bergenre slice of life yang ditayangkan pada awal tahun 2025:

1. Resident Playbook (Netflix)

Drama Korea ini merupakan kesinambungan kepada Hospital Playlist (2020–2021) dan memfokuskan kepada kehidupan doktor pelatih di jabatan obstetrik dan ginekologi.

2. Heavenly Ever After (Netflix)

258220e6 fa28 480d 9316 7bf9da5b0dd1

Menampilkan pertemuan semula antara seorang nenek dengan suaminya selepas kematian, drama Korea ini mengisahkan kehidupan selepas dunia fana.

3. When Life Gives You Tangerines (Netflix)

fd1340fb 2f31 457f 88ef a74ddaba77ef

Berlatar di Pulau Jeju, drama Korea ini memaparkan perjuangan seorang gadis muda yang memberontak demi mengejar impiannya, sambil mencerminkan hubungan antara tiga generasi.

4. Second Shot at Love (Ditayangkan pada 12 Mei di tvN)

Mengisahkan cinta pertama antara seorang mekanik veteran yang sering mabuk dengan seorang doktor muda berbakat yang pulang ke kampung halamannya.

5. The Divorce Insurance (Prime Video)

Drama korea

Dibintangi oleh Lee Dong Wook, drama Korea ini mengetengahkan isu insurans perceraian serta nilai-nilai kehidupan dalam alam perkahwinan.

6. Melo Movie (Netflix)

Ditayangkan di Netflix, drama Korea ini mengikuti kisah anak muda yang mengejar impian dan cinta dalam industri perfileman, sambil mencari jati diri mereka.

7. Love Scout (Netflix & Viu)8dd5fcaf 7d72 4597 8d0c 1427f7b5a3d1

Mengangkat tema pemerkasaan wanita, drama ini menceritakan kisah cinta antara seorang ketua pegawai eksekutif yang bercita-cita tinggi namun ceroboh, dan setiausahanya yang serba boleh.

8. Iron Family (KBS2)

Selesai dalam 36 episod, drama ini berkisar tentang keluarga tiga generasi yang mengusahakan perniagaan dobi. Dibintangi oleh Geum Sae Rok dan Kim Jung Hyun.

9. Namib (Viu)

478a9fa3 9666 48d1 af43 058d023e3de2

Mengangkat tema kehidupan pelatih industri hiburan, drama ini mengisahkan seorang penerbit terkenal yang diberhentikan secara tidak adil dan berusaha bangkit dengan melatih kumpulan baharu.

10. Motel California (MBC)

a420bc0e 9c6e 4aca 8dee 9c3aaf859c64

Seorang pereka dalaman pulang ke kampung halamannya dan terjebak dalam cinta lama yang berputik kembali bersama sahabat lamanya.

11. Mother and Mom (Genie TV)

Mengupas isu pendidikan awal kanak-kanak dan memaparkan pelbagai gaya keibubapaan, drama ini tampil dengan pendekatan berbeza dan menyentuh emosi.

12. Study Group (Viu)

Walaupun berlatarkan aksi, drama ini turut menonjolkan kehidupan sekolah, tentang sekumpulan pelajar menubuhkan kumpulan belajar sambil berdepan ancaman samseng sekolah.

Kesemua drama yang tersenarai di atas menampilkan pelbagai sisi kehidupan dengan pendekatan ringan namun menyentuh hati. Sangat sesuai untuk penonton yang mencari cerita santai tetapi penuh makna, tanpa perlu pening kepala dengan jalan cerita yang terlalu kompleks.

Baca lagi: Drama Cina Eat Run Love, Menyajikan Kisah Cinta Antara 2 Jiwa Yang Penuh Emosi
Baca juga: Drama Korea Makjang Terbaru “Queen’s House”, Tayang 28 April Ini