Home Cdrama Drama Cina Eat Run Love, Menyajikan Kisah Cinta Antara 2 Jiwa Yang...

Drama Cina Eat Run Love, Menyajikan Kisah Cinta Antara 2 Jiwa Yang Penuh Emosi

0

Drama Cina adaptasi novel A Billion Dollar Romance berjudul Eat Run Love yang ditayangkan di Viu ini telah berjaya mencuri perhatian peminat. Selain dibintangi oleh pelakon popular, drama Eat Run Love turut menyajikan jalan cerita yang penuh emosi tentang kerumitan kisah cinta merentas status sosial.

Memfokuskan hubungan Gan Yang dan Ding Zhi Tong yang pernah menjalinkan hubungan tetapi gagal akibat tekanan dan realiti kehidupan. 10 tahun kemudian, mereka berdua bertemu semula ketika mesyuarat perniagaan.

Eat run love

Pertemuan profesional itu mengungkit semula luka lama yang belum benar-benar sembuh, lalu mengubah cinta menjadi dendam dan rasa bersalah. Lakonan dua pelakon utamanya sangat berkesan sehingga emosi yang dirasai oleh Gan Yang dan Ding Zhi Tong terasa begitu hidup dan nyata.

Ingin tahu lebih banyak butiran tentang drama ini? Mari semak dibawah!

Sinopsis Drama Eat Run Love

IMG 1600 scaled

Eat Run Love mengisahkan seorang wanita bijak dan berwawasan tinggi, Ding Zhi Tong (Sabrina Zhuang), yang baru menamatkan pengajian kolej dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya. Namun, hidupnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Gan Yang (Arthur Chen), seorang lelaki yang peramah, optimis dan penuh keceriaan, yang tidak pernah berhenti mengejar cintanya walaupun mereka datang dari dua dunia yang berbeza.

Selain itu, Gan Yang sebenarnya berasal dari keluarga konglomerat ternama. Disebabkan keserasian yang wujud antara mereka, hubungan cinta mula berputik. Namun, kemanisan itu tidak kekal lama apabila realiti kehidupan mula menguji kekuatan cinta mereka.

Salah satu konflik paling besar yang menggugat hubungan mereka berlaku apabila perniagaan keluarga Gan Yang mengalami kemerosotan. Demi melindungi maruah dan menyembunyikan kesulitan yang dihadapi, Gan Yang memilih untuk merahsiakan segala-galanya daripada Zhi Tong dan akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka. Tindakannya itu telah merobek hati Zhi Tong, meninggalkan luka dan kekecewaan yang mendalam dalam dirinya.

Masa berlalu, dan Zhi Tong berubah menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan berdikari. Dalam masa yang sama, Gan Yang juga berjaya bangkit daripada kejatuhan dan kembali menapak dalam dunia perniagaan.

Tanpa diduga, takdir mempertemukan mereka semula dalam dunia profesional. Pertemuan itu membuka kembali luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Rasa cinta, dendam dan bersalah bertembung, menjadikan hubungan mereka kini jauh lebih rumit – bukan sekadar profesional, tetapi juga peribadi.

Senarai Pelakon Eat Run Love

IMG 1599 scaled

  • Arthur Chen sebagai Gan Yang
  • Sabrina Zhuang sebagai Ding Zhi Tong
  • Denny Huang sebagai Qin Chang
  • Lin Bo Yang sebagai Song Ming Mei
  • Yi Da Qian sebagai Feng Sheng
Eat Run Love mempunyai 28 episod, setiap episod berdurasi 45 minit. Anda boleh tonton drama ini setiap hari di platform penstriman Viu.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Cina tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Kenali 10 Watak Unik dalam Drama “The Haunted Palace”, Tampilkan Bona (WSJN) dan Sung Jae (BtoB)
Baca juga: Crushology 101, Drama Romcom Terbaru Roh Jeong Eui, Terjerat dengan 4 Jejaka Kacak