Home Artis Korea 11 Kpop Idol Buat ”Debut” Dalam Kdrama Tahun 2023

11 Kpop Idol Buat ”Debut” Dalam Kdrama Tahun 2023

0

Selain berbakat dalam seni muzik, sebilangan KPop Idol juga tampil sebagai pelakon dalam Kdrama siri. Mereka memiliki kebolehan yang luar biasa dalam dunia muzik dan lakonan, pendek kata, serba boleh!

Bahkan beberapa orang dari mereka lebih dikenali sebagai pelakon yang tampil dalam drama dan filem berbanding dengan kerjaya mereka dalam bidang muzik.

Pada tahun 2023 ini, ada beberapa orang KPop Idol yang membintangi beberapa buah Kdrama popular. Beberapa orang dari mereka tampil sebagai pelakon utama dan ada juga yang muncul sebagai pelakon pembantu.

1. Pertama adalah SooYoung SNSD dalam drama siri Not Others. Dia membawa watak sebagai seorang polis yang berdedikasi tinggi yang bernama Kim Jin Hee

ef9cdc15 ae68 40cf b741 8a4538f60ced

2. Digambarkan sebagai seorang yang misteri, Minhyun bekas anggota kumpulan NU’EST berlakon dalam Kdrama My Lovely Liar sebagai seorang komposer muzik

e7bd99cd d580 4892 9941 5616023c3dba

3. Di antara counter yang lain, Sejeong bekas anggota kumpulan Gugudan mempunyai kebolehan bela diri yang baik dalam drama siri The Uncanny Counter 2

196833b6 7e32 4fff 96d8 9b022b432255

4. Dalam drama siri My Lovely Boxer, Kim So Hye bekas anggota kumpulan I.O.I membawa watak sebagai seorang petinju berbakat yang juga bekerja sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak

fc49efcd 4bf2 4b11 9f99 aa83f05c21b2

5. Masih dalam Kdrama yang sama iaitu My Lovely Boxer, Kim Jin Woo Winner adalah wakil guru besar sekolah tadika yang menawan. Sayang sekali sifatnya sangat dingin

0d383cfb ceb1 4fd1 aee1 960e72658a4b

6. Suho EXO membuat kemunculan semula (comeback) melalui drama siri Behind Your Touch sebagai Kim Sun Woo, seorang tetamu misteri di Kampung Mujin

922cff58 8eb0 482a 88f2 d9cfa3d907d4

7. Rowoon SF9 tampil dalam drama siri Destined with You sebagai peguam berbakat dan popular yang bernama Jang Shin Yu

473b5826 5a2b 48a3 a07b 5131ec8d76f6

8. Mask Girl menampilkan Nana bekas anggota kumpulan After School sebagai Kim Mo Mi, dia adalah pegawai biasa yang tidak mempunyai kepercayaan diri

ba55bcd7 c0c2 4974 90ff 6db245e3c26e

9. Yoon Kye Sang bekas anggota kumpulan G.O.D tampil dalam drama siri komedi bertajuk The Day. Dia membawa watak sebagai seorang penculik yang bernama Kim Myung Joon

9b064729 cbbe 4d42 a66d b80dc1e5bf61

10. Uee bekas anggota kumpulan After School membintangi drama siri Self-Reliance of Hyo-Sim’s Family sebagai anak yang menjadi tulang belakang keluarga

338dade3 5331 4677 820b b2e7b13f0084

11. Park Hyung Sik ZE:A muncul dalam drama siri Dr. Slump. Dia membawa watak sebagai seorang doktor bedah plastik yang masalah dan kejatuhan dalam hidup

Idol

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan KPop Idol sebagai bintang drama selalu ditunggu-tunggu oleh para peminat. Mereka biasanya boleh melakonkan setiap watak dengan baik dan sangat berkesan.

Jadi, kemunculan siapa yang paling anda nantikan?

 

Baca lagi: 6 KPop Idol Ini Rasa Bertuah Jumpa Hantu, Percaya Tahyul?
Baca juga: Kontrak Lisa Blackpink Berisiko Tidak Disambung