Home Artis Korea 10 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Kim Hye Yoon dalam Kdrama, Pernah...

10 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Kim Hye Yoon dalam Kdrama, Pernah Jadi Antagonis

0

Lakonan hebat dan memukau Kim Hye Yoon dalam drama terbarunya Lovely Runner nampaknya mendapat respons positif. Pelakon wanita berbakat ini berjaya membawakan karakter Im Sol yang ceria, tetapi juga penuh beban yang dipikulnya sendirian.

Dikenali dengan imej comel dalam drama ini, ternyata Kim Hye Yoon pernah berlakon sebagai pelajar sekolah yang merupakan watak antagonis dalam drama Sky Castle.

Mari sama-sama kita lihat pelbagai watak yang pernah dibawa oleh Kim Hye Yoon dalam beberapa buah drama Korea dibawah ini ya!

 

Kim Hye Yoon
1. Si cantik manis Hye Yoon bermula dengan watak dalam The Tunnel (2016) yang membawa genre jenayah thriller. Pelakon Ini membawa watak sebagai mangsa pembunuh bersiri

 

 

 

c15582b9 1c7e 417d 9021 3d6b512d1333
2. Sering mengambil peranan kecil di awal kerjaya, Hye Yoon muncul dalam Goblin (2016). Penampilannya singkat sahaja, tetapi sangat membekas di hati penonton

 

 

 

e3277e66 c55d 4b95 9ae8 91a09bfae4dc
3. Tonton lakonan Hye Yoon dalam The Legend of the Blue Sea (2016). Dalam drama ini, Kim Hye Yoon membuat ramai penonton sakit hati kerana dia membawa watak sebagai pelajar sekolah yang nakal

 

 

 

5a171465 42f6 4041 a398 9c9a6064842f
4. Namanya terus meletup apabila dia membintangi Sky Castle (2018). Kim Hye Yoon merupakan anak chaebol yang sombong dan jahat. Dibenci ramai orang!

 

 

 

f8a51dcb d67f 4f3e 935d 19abf4d33fba
5. Ubah imej secara drastik, Kim Hye Yoon merupakan gadis yang gila-gila tapi tetap comel dalam Extraordinary You (2019). Popularitinya makin meningkat waktu ini!

 

 

 

bba8b8f4 84da 4761 be8a 8e96b17d99ac
6. Muncul sebagai cameo bersama pelakon Extraordinary You yang lain, Hye Yoon tampak mempesona dalam drama True Beauty (2020)

 

 

 

30bd6935 aea8 4891 90bf 5a908657990b
7. Kembali dengan watak antagonis, lakonan Kim Hye Yoon dalam Snowdrop (2021) meraih pujian. Watak yang lucu dan juga licik

 

 

 

d300cfec aa81 4838 b2b7 272a0671512d
8. Berlakon drama saeguk, anda perlu tonton penampilan elegan Kim Hye Yoon memakai hanbok dalam Secret Royal Inspector & Joy (2021). Bawa watak gadis yang bijak dan berani

 

 

 

6d8ec2f2 db6f 493c bc88 68762dcf418b
9. Muncul sebagai cameo untuk menyokong pelakon yang berlakon bersamanya dalam Sky Castle dulu, Hye Yoon muncul dalam drama Cleaning Up (2022). Menarik!

 

 

 

19d170f8 2164 48cd aaee 9e6976b4a894
10. Penampilannya dalam Lovely Runner (2024) adalah yang paling terbaru. Watak Im Sol benar-benar sesuai dengan Kim Hye Yoon bukan?

Anda paling sukakan watak dan penampilan Hye Yoon saat yang mana? Jangan lupa untuk menonton drama-drama lakonan pelakon si cantik manis ini ya!

Baca lagi: Rating Tinggi & Semakin Trending, Adakah Sun Jae dan Im Sol dalam Lovely Runner Bakal Berkahwin Seperti dalam Versi Web Novel?
Baca juga: 9 Artis Korea ini Terseret Skandal, Burning Sun Buka Luka Lama