Home Kdrama/Kmovie 6 Drama Korea ini Tonjol Kisah Cinta Tiga Segi yang Bukan Toksik,...

6 Drama Korea ini Tonjol Kisah Cinta Tiga Segi yang Bukan Toksik, Perjuangan Cinta Sebenar

0

Salah sebuah drama Korea yang kini sedang popular iaitu Lovely Runner, menampilkan kisah cinta tiga segi watak-watak utama yang indah. Ada persaingan dalam merebut cinta pertama dengan cara yang adil dan tidak menyakitkan hati. Ramai penonton berpendapat bahawa kisah cinta tiga segi ini bebas dari hubungan toksik.

Ternyata masih ada drama Korea lain yang juga mengejutkan penonton dengan kisah cinta tiga segi menarik yang ditampilkan. Mari sama-sama kita lihat senarai drama di bawah ini.

 

1. Lovely Runner (2024)

KdramaDalam drama Lovely Runner ada kisah cinta tiga segi antara Ryu Sun Jae ( Byun Woo Seok), Kim Tae Sung (Song Geon Hee), dan Im Sol (Kim Hye Yoon). Sun Jae dan Tae Sung mencintai gadis yang sama. Namun ketika Sun Jae berjaya merebut hati Im Sol, Tae Sung tetap berjuang dengan caranya tersendiri.

Watak Tae Sung dianggap sangat positif kerana boleh menerima keadaan jika pujaan hatinya tidak membalas cintanya. Tentu sahaja dia sakit hati, namun sokongan tetap diberikan kepada hubungan Im Sol dan Sun Jae.

 

2. Castaway Diva (2023)

4aea014e 28cf 4090 b637 6b23d2e4b346Castaway Diva menceritakan tentang kisah cinta dua orang sahabat masa kecil yang saling memperjuangkan impian mereka. Cinta diantara Kang Bo Geol (Chae Jong Hyeop) dan Seo Mok Ha (Park Eun Bin) tetap kuat untuk satu sama lain. Perkara ini membuat Kang Woo Hak (Cha Hak Yeon) yang ternyata dalam diam menyukai Mok Ha patah hati.

Melihat perjuangan Bo Geol, Wook Hak akhirnya memilih untuk menyerah. Dia melepaskan cintanya demi kebahagiaan orang yang paling dia sayangi. Woo Hak tetap bersemangat dalam menyokong impian Mok Ha.

Baca juga: 4 Drama Korea Romantik Tentang Cikgu dan Pelajar, Pelbagai Rintangan Kerana Berbeza Usia

3. Crash Course in Romance (2023)

Drama koreaDrama Korea Crash Course in Romance juga mempersembahkan kisah cinta tiga segi yang tidak toksik walau kisah merek adalah semasa di bangku sekolah. Mereka belum matang mengenali apakah itu cinta, tetapi Seo Geon Hu (Lee Min Jae), Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo), dan Lee Sun Jae (Lee Chae-min) menunjukkan bagaimanakah cinta menjadi pemacu diri untuk menjadi lebih baik.

Kehadiran perasaan yang disebut cinta pada mereka, membuatkan mereka belajar bagaimana cara berjuang dan menerima diri sendiri. Tentu bukan hanya yang indah-indah sahaja, ada perasaan sedih dan kecewa kerana cinta tidak berbalas. Namun itu bukan alasan untuk melakukan perkara buruk yang merugikan diri.

 

4. Our Beloved Summer (2021)

efc942e0 f618 4e7d 8508 66327cc38fddDalam drama Korea ini, ada kisah dua sahabat yang seperti saudara, namun menyukai gadis yang sama. Watak Kim Ji Ung (Kim Sung Cheol) merupakan second lead yang tidak mampu meluahkan rasa cintanya. Walau dia telah memendam cinta tersebut sekian lama.

Dia berhadapan dengan pilihan antara persahabatan dan cinta. Namun akhirnya dia memilih jalan terbaik yang membawanya pada perkara yang lebih membahagiakan.

 

5. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

0722dff5 b38f 4f8e 90f7 e03a3fbd37abKali ini kisah cinta tiga segi dengan second lead adalah sahabat pelakon utama wanita. Ji Seong Hyun (Lee Sang Yi) telah lama menjadi kawan baik yang selalu menyokong Yoon Hye Jin (Shin Min Ah). Namun sayangnya Hye Jin tidak pernah menaruh hati padanya.

Hye Jin jatuh cinta dengan individu yang sangat berbeza sifat dengannya iaitu Hong Du Sik (Kim Seon Ho). Walau telah berjuang namun ternyata cinta Seong Hyun tetap harus dilepaskan kerana keutamannya adalah Hye Jin hidup bahagia.

 

6. While You Were Sleeping (2017)

e06f329f 0081 4dbf ab1b 0e3258f16cabDrama Korea ini juga berjaya menjadikan second lead sebagai sorotan. Han Woo Tak (Jung Hae In) memiliki semua kesempurnaan yang diidamkan wanita, namun sayangnya Nam Hong Joo (Suzy) tetap memilih Jung Jae Chan ( Lee Jong Suk) sebagai lelaki yang dicintainya.

Woo Tak menerima cintanya ditolak dengan berlapang dada. Sikapnya yang terus menyokong Hong Joo juga mendapat banyak pujian. Hingga sekarang wataknya itu masih diingati sebagai second lead idaman.

Jika melihat kisah cinta tiga segi yang disenaraikan dalam drama-drama di atas, pasti ramai yang cemburu dengan watak-watak utama wanita ini bukan? Drama Korea manakah yang paling anda sukai dan membuatkan anda jatuh cinta?

Baca lagi: 10 Watak Menarik yang Pernah Dibawa Kim Hye Yoon dalam Kdrama, Pernah Jadi Antagonis
Baca juga: 10 Filem Jenayah yang Sangat Genius, Kejahatan Dunia Digital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here