Home Artis Korea 10 Variety Show Menghiburkan Yang Disertai Cha Tae Hyun

10 Variety Show Menghiburkan Yang Disertai Cha Tae Hyun

0

Cha Tae Hyun dikenali sebagai pelakon Korea Selatan yang telah membintangi banyak drama dan filem popular.

Salah satu drama yang sedang hits sekarang adalah Moving yang memang menarik perhatian para peminat Kdrama. Dalam drama ini, Cha Tae Hyun membawa watak sebagai Jeon Gye Do yang mempunyai kuasa untuk menghasilkan elektrik.

Selain berlakon, pelakon ini juga selalu tampil dalam pelbagai variety show. Dengan perwatakannya yang ramah dan ceria, penampilan Cha Tae Hyun membuatkan para penonton merasa terhibur.

Pasti menarik, berikut 10 adalah buah variety show yang dibintangi dan disertai oleh Cha Tae Hyun.

 

f3e12c04 59e8 4783 a419 5b0ccc8372b1

1. Beberapa kali tampil dalam Running Man, anda boleh menonton telatah Cha Tae Hyun di episod 10, 57-58, 532 dan 643-644

 

6301d7da 5422 40c9 b0d3 350d94a785072. Cha Tae Hyun pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan tetap dalam 2 Days & 1 Night musim 2 dan 3

Cha Tae Hyun

3. Dragon’s Club: Overgrown Bromance menampilkan detik bersama dan percutian Cha Tae Hyun dan empat sahabatnya yang sudah bersahabat lebih dari 20 tahun

 

341989d5 879a 4a6c b2d7 38edb8aea7c3

4. Selain pernah menjadi bintang undangan dalam I Can See Your Voice musim 6, Cha Tae Hyun juga tampil sebagai pengacara khas di episod 5 I Can See Your Voice musim 9

 

baf5b748 67b7 4ab0 95a0 9a641e2e5dfd

5. Memandu Hometown Flex, Cha Tae Hyun dan Lee Seung Gi berkunjung dan menjelajahi kampung halaman para selebriti yang menjadi bintang undangan

 

dad59f2f 0d77 417b 956c 1220c6eac3b76. Menjadi bintang undangan terakhir untuk Sixth Sense musim 1, Cha Tae Hyun turut mencari dan telah meneka satu restoran palsu dari tiga pilihan yang diberikan

 

121d3e2f 96fb 441c 8b30 547768051bfe

7. Cha Tae Hyun dan Jo In Sung beralih menjadi pemilik pasaraya di sebuah kampung dalam rancangan Unexpected Business

 

63bf42aa 63a6 43a7 8c15 b8c879c952c3

8. Cha Tae Hyun dan artis lain menunjukkan kebolehan mereka dalam memasak dan saling bersaing dalam National Bang Bang Cook Cook

 

8c14ffec 24e2 4d83 af93 a34c49c96870

9. Bergabung dalam variety show Team Up 072 musim 5, Cha Tae Hyun menyertai beberapa pertandingan pertandingan golf yang menyeronokkan bersama artis-artis lain

 

Variety show

10. Membintangi variety show Express Delivery: Mongolia Edition, kelima-lima ahli Dragon Club dan Kang Hoon bertugas menjadi penghantar barang di Mongolia

Sangat sesuai membintangi dan menyertai variety show, tidak hairanlah jika kemunculan Cha Tae-hyun selalu ditunggu-tunggu oleh penonton. Semua rancangan hiburan di atas boleh menjadi tambahan untuk senarai tontonan kegemaran anda juga!

Baca juga: 10 Still Cuts ‘Dr. Cheon and The Lost Talisman’, Tayang September
Baca lagi: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving