Home Entertainment 10 Still Cuts ‘Dr. Cheon and The Lost Talisman’, Tayang Oktober

10 Still Cuts ‘Dr. Cheon and The Lost Talisman’, Tayang Oktober

0

Webtoon Naver bertajuk Possessed akan direalisasikan dalam bentuk filem bertajuk “Dr. Cheon and The Lost Talisman”.

“Dr. Cheon and The Lost Talisman” adalah tentang seorang pengusir syaitan palsu yang akhirnya dihadapkan pada kes kerasukan berbahaya.

Kang Dong Won akan muncul sebagai pelakon utama dalam filem yang bertajuk “Dr. Cheon and The Lost Talisman” ini.

Menjelang tayangan Dr. Cheon and The Lost Talisman pada bulan September nanti, pihak CJ ENM Movie sebagai distributor filem ini telah berkongsi still cuts dari para pelakon utamanya.

“Dr. Cheon and The Lost Talisman” dibintangi oleh Kang Dong-won, Heo Jun Ho, Esom, Lee Dong Hwi, Kim Jong Soo, hingga pelakon cilik Park Soi. Jom kita lihat di bawah ini!

 

fcd52246 1e48 4e2d ac30 5e75841d22c5
1. Dr. Cheon yang dilakonkan oleh Kang Dong Won adalah seorang pengusir syaitan terkenal. Namun, dia menggunakan helah tersendiri di sebalik setiap aksinya

 

Dr. Cheon and The Lost Talisman
2. Dia sebenarnya tidak percaya pada kewujudan syaitan dan menganggap kerasukan hanyalah masalah yang timbul dari keadaan mental dan pemikiran seseorang

 

fb8b08e2 aadc 434a 827e 32a351a4f022
3. Suatu hari, Yoo Kyung (Esom) menjumpai Dr. Cheon dan memberikan duit yang banyak supaya Dr. Cheon menolong adiknya yang dirasuk syaitan

 

d1a62bfb 9181 4d8f 8dbe 0a8ed7c16840
4. Namun, Yoo Kyung cukup unik. Dia sebenarnya dapat melihat makhluk halus yang merupakan kebolehan yang tidak dimiliki oleh Dr. Cheon

 

ef5c6d0e 09bc 445a b6e0 77297ca457ec
5. Adik Yoo Kyung bernama Yoo Min dilakonkan oleh Park Soi. Kini Yoo Min juga menghilang entah ke mana dan Yoo Kyung berusaha mencarinya

 

5d8f3bfa 55b9 42d9 ad1f 291fc0076146
6. Dalam melakukan pengusiran syaitan palsunya, Dr. Cheon dibantu oleh In Bae (Lee Dong Hwi). Dia adalah juru teknik yang menyediakan berbagai-bagai peralatan

 

a79c2a42 3a22 4940 9c2d 80d21a593d9d
7. In Bae telah mengikuti Dr. Cheon ke mana sahaja dia pergi. Di samping itu, In Bae juga bertanggung jawab mengelola saluran YouTube Dr. Cheon

 

ec3b1f2c cc31 4c62 9b3d 2e3669dd37e6
8. Bukan cuma In Bae, CEO Hwang yang menjaga kedai barang antik juga bakal turut membantu Dr. Cheon menangani kes kerasukan Yoo Min

 

8d43a30b cec1 4184 873f e9609fa982b7
9. Kes kerasukan yang dideritai adik Yoo Kyung itu berbeza dari kes yang pernah diambil oleh Dr. Cheon. CEO Hwang bahkan merasa ragu bahawa Dr. Cheon akan berjaya

 

299df213 2357 473a bce0 0ebda50c6f0d
10. Mereka akan menghadapi Beom Cheon (Heo Jun Ho), orang misteri yang memburu kekuatan spiritual dukun melalui kes kerasukan

Selain enam pelakon di atas, Park Jung Min, Cho Yi Hyun, Park Myung Hoon, dan Lee Jung Eun juga tampil sebagai cameo. Penayangan filem Dr. Cheon and The Lost Talisman akan dibuat sekitar sambutan Chuseok (salah satu perayaan dan cuti paling penting di Korea Selatan). Tarikh sebenar Dr. Cheon and The Lost Talisman belum dapat disahkan, kita tunggu maklumat lanjut yang akan datang ya.

Baca lagi: 5 Kdrama ini ditayangkan secara perdana di BIFF 2023, menyaksikan kemunculan Nam Joo Hyuk
Baca juga: 16 Sedutan Rakaman Arthdal Chronicles Musim 2, Tayang 9 September