Home Artis Korea 10 Selebriti Korea, Umum Perkahwinan Tahun 2023

10 Selebriti Korea, Umum Perkahwinan Tahun 2023

0

Tahun 2023 nampaknya cukup meriah dengan berita gembira daripada para selebriti Korea Selatan, cukup ramai selebriti Korea Selatan yang mengumumkan khabar tentang perkahwinan mereka pada tahun ini.

Bermula dari bintang idol K-Pop sampai kepada barisan pelakon drama ternama Korea Selatan. Pasti ramai peminat industri hiburan Korea Selatan sudah mengetahui tentang perkahwinan beberapa orang bintang ternama seperti Lee Seung Gi, Song Joog Ki dan Nam Sang Ji.

Bukan hanya 3 orang selebriti ini sahaja, ramai lagi artis ternama Korea yang berkongsi berita bahagia mereka. Siapakah selebriti Korea Selatan yang berkahwin pada tahun ini? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

Selebriti korea1. Penyanyi Lady Jane dan pelakon lelaki Lim Hyun Tae dikhabarkan akan berkahwin pada 22 Julai 2023

Perkahwinan2. Pelakon Flower Queen, Yoon Park mengumumkan akan mendirikan rumah tangga dengan model Kim Soo Bin pada tahun ini

212a570f 3d3e 4e44 81eb 4bcb6ccf079d3. Pada April 2023 lalu, Lee Seung Gi dan Lee Da In sudah melangsungkan resepsi perkahwinan yang sangat mewah

7e0b3b88 5949 4c72 b83e fff1aa72386a4. Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders juga memang diketahui sudah berkahwin dan kini menerima kehadiran anak pertama mereka

ee20fe24 5d0f 4af2 8f61 5441eea5e7ee5. Uhm Hyun-kyung telah mengumumkan berita kehamilannya dan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya pada tahun hadapan

2c994688 3fdd 4a37 8d6a c123331aa2c36. Berkahwin dengan sebuah majlis resepsi yang cukup indah, perkahwinan SE7EN dan Lee Da Hee juga dihadiri oleh ramai selebriti popular Korea Selatan!

b6982a7f f30d 4afa 85f1 b4600dabca577. Bekas ratu cantik Korea Selatan iaitu Choi Yeon Cheong berkongsi gambar pre-wedding di laman Instagram miliknya dan mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin pada Jun ini

bd3de3fe 815e 4768 bf8e eb397ab78b708. Setelah lama menjalin hubungan cinta, Choiza Duo Dynamic mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan kekasih pujaan hatinya pada bulan Julai 2023

6d3dbe54 576f 46e4 a35b b8bc6cbad1409. Pelakon wanita terkenal Nam Sang Ji telah berkahwin dengan kekasihnya setelah 13 tahun menjalin hubungan cinta pada 14 Mei 2023 yang lalu

79c520db b3cc 44a5 b008 3a95980ba44510. Terbaru adalah Son Dongwoon Highlight yang mengumumkan perkahwinannya pada bulan September 2023 nanti, kekasihnya adalah golongan bukan selebriti

Demikian sahaja senarai beberapa selebriti Korea popular yang mengejutkan ramai peminat dengan berita perkahwinan mereka pada tahun 2023. Pasangan mana satukah yang paling anda minati?

Baca lagi: Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?
Baca juga: 10 Filem dan Kdrama Tentang Perjuangan Bapa, Pasti Mengundang Emosi