Home Entertainment Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?

Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?

0

Heartbeat ialah sebuah drama siri Korea Selatan yang sedang berlangsung dibintangi Ok Taec-yeon, Won Ji-an, Park Kang-hyun dan Yoon So-hee. Ia ditayangkan di KBS2 dan Prime Video pada 26 Jun 2023.

IMG 3662

Setelah kali terakhir dilihat membintangi kdrama siri “Blind”, Ok Taec-yeon kali ini kembali sebagai pontianak separuh manusia. Heartbeat, yang juga dikenali sebagai My Heart Is Beating, ialah drama fantasi terbaharu yang membawa tema percintaan, komedi, cinta segi tiga dan sekumpulan pontianak moden yang menghiburkan!

Recap Minggu Pertama

Joo In-hae, seorang wanita yang bersikap dingin mewarisi bangunan lama selepas kematian bapanya. Hidupnya berubah dalam satu malam sahaja apabila dia menjumpai keranda di ruang bawah tanah bangunan miliknya. Dia yang diulit dengan perasaan ingin yang kuat membuatkan dia telah membuka keranda itu tanpa mengetahui pontianak separuh manusia Seon Woo-hyul sedang tidur dalam keranda itu.

IMG 3666

Nasib malang menimpa Seon Woo-hyul apabila dia yang telah tidur hampir 100 tahun cuba untuk berubah menjadi manusia tetapi rancangannya telah digagalkan oleh In-hae, yang membuka keranda hanya sehari sebelum transformasi selesai.

IMG 3667

Seon Woo-hyeol yang tersedar berasa begitu terkejut dan marah dengan In-hae kerana telah mengejutkannya kurang sehari dari genapnya 100 tahun.

IMG 3670

Seon Woo-hyeol terus menyerang dan cuba menggigit In-hae tetapi In-hae yang tidak merasa takut terus membalas dengan menggigit Woo-hyeol kembali. Woo-hyeol jatuh pengsan, In-hae menyangka Woo-hyeol telah mati dan menjadi panik kerana tidak dapat merasa degupan jantung Woo-hyeol.

Heartbeat

Ketika dibawa ke hospital, ternyata Woo-hyeol masih hidup lagi dan mengejutkan semua yang berada di hospital ketika itu. Woo-hyeol mengajak In-hae balik semula ke bangunan rumah mereka tetapi In-hae terus meninggalkan Woo-hyeol terkontang-kanting merayau berseorangan di kawasan bandar.

IMG 3671

Tak sangka, Woo-hyeol akhirnya menemukan jalan balik ke bangunan rumah itu dan bertemu semula dengan In-hae. Mereka bertekak dan cuba mempertahankan apa yang menimpa diri mereka masing-masing. Mereka berdua akhirnya terpaksa tinggal serumah. Apakah yang berlaku setelah itu?

IMG 3669

Kdrama siri “Heartbeat” telah tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah di seluruh dunia mulai Isnin, 26 Jun. Episod baharu siri 16 episod itu akan tersedia setiap minggu pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, pastikan anda tidak lupa untuk tonton episod seterusnya pada minggu akan datang ya!

Baca lagi: HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak
Baca juga: 10 Filem dan Kdrama Tentang Perjuangan Bapa, Pasti Mengundang Emosi