Home Artis Korea 10 Pilihan Kdrama Lakonannya, Ham Eun Jung Muncul dalam Kdrama Baru Mac...

10 Pilihan Kdrama Lakonannya, Ham Eun Jung Muncul dalam Kdrama Baru Mac ini!

0

Pelakon Ham Eun Jung bakal membuat kemunculan dalam dalam drama terbaru KBS yang bertajuk A Profitable Cage. Dalam drama ini, dia diberi kepercayaan sebagai pelakon utama bersama pelakon terkenal Baek Sung Hyun, Oh Hyun Kyung, Kang Byul, dan juga Shin Jung Yoon.

IMG 0047

Dalam Kdrama A Profitable Cage, Ham Eun Jung membawa watak sebagai Jin Soo Ji, seorang pakar psikologi popular yang selalu muncul di televisyen. Dia bekerja lebih keras dari orang lain supaya dia tidak ditinggalkan seperti ibunya yang meninggalkannya ketika masih muda.

Berikut ini sepuluh Kdrama yang pernah dibintangi oleh Ham Eun Jung.

 

Kdrama

1. Tampil dalam Coffee House (2010), Ham Eun Jung membawa watak sebagai setiausaha Kang Ji Hwan, seorang penulis novel thriller yang berbakat

 

200e94dc 24cf 4074 93a7 4082d4e64455

2. Dulu bersahabat rapat, Ham Eun Jung dan Suzy menjadi pesaing untuk menjadi bintang idola popular dalam drama Dream High (2011)

 

9ef45db8 5cf4 4632 b359 d45df69e544c

3. Dalam drama Insu, The Queen Mother (2012), Han Eun Jung membawa watak Ratu Insu muda, ketika dewasa dibawa oleh Chae Shi Ra

 

2c91f54c d824 46d6 91e8 861c024a767d

4. Sementara, Ham Eun Jung membawa watak sebagai seorang wanita kaya yang melamar Kim Joon dalam drama Endless Love (2014)

 

7eaf9139 7bb5 4fa7 ac67 dcac72b6f29a

5. Ham Eun Jung menjadi salah seorang pelakon pembantu dalam drama Love on a Rooftop (2015), Im Se Mi dan Park Jin Woo adalah pelakon utama

 

4d1632d1 4ee6 4079 9cc4 6bfe3e4480f3

6. Ham Eun Jung adalah pelakon utama drama All Kinds of Daughters-in-Law (2017) bersama pelakon tampan Lee Joo Yeon, Kang Kyung Joon, dan Cha Do Jin

 

2d26e756 afaa 408d 9c9b 3eb895c297db

7. Dalam drama Lovely Horribly (2018), Ham Eun Jung membawa watak sebagai artis popular yang bercinta dengan Park Si Hoo

 

21a1b4f6 593c 4e70 b2a4 a542de6bc990

8. Tampil dalam drama Be My Dream Family (2021), Ham Eun Jung membawa watak sebagai adik kepada Wang Ji Hye. Dia adalah juru latih judo

 

08c9a8f6 109a 41d9 9408 34d8b12f82f2

9. Dalam drama kekeluargaan Love Twist (2021), Ham Eun Jung membawa watak sebagai CEO online shopping mall yang dikenali sebagai Kkwabaegi

 

7f85ddf4 08b4 46ea b11c 77035c5deb5d

10. Muncul dalam drama A Profitable Cage (2024), Ham Eun Jung membawa watak sebagai pakar psikiatri popular yang bertemu dengan Baek Sung Hyun, seorang doktor pelatih baru

Bukan hanya sebagai artis, Ham Eun Jung juga merupakan bintang idol KPop yang debut bersama kumpulan T-ara. Namanya sebagai pelakon semakin popular semasa membintangi drama Coffee House dan Dream High. Pada tahun 2024 ini, Ham Eun Jung menjadi pelakon utama dalam Drama terbaru KBS A Profitable Cage pada 25 Mac Ini. Nantikan ya!

Baca lagi: 12 Kdrama dengan Soundtrack paling Indah, Mengasyikkan dan Sukar Dilupakan
Baca juga: 5 Pilihan Kdrama Fantasi yang Berbaloi untuk Ditonton