Home Artis Korea 12 Perkara Menarik Tentang Seo Eun Soo, Kemunculan Semula Yang Semakin Bersinar

12 Perkara Menarik Tentang Seo Eun Soo, Kemunculan Semula Yang Semakin Bersinar

0

Pelakon wanita cantik manis Seo Eun Soo akan kembali menemui para peminatnya melalui drama terbaru. Dia bakal membintangi drama terbaru tvN yang bertajuk Chief Detective 1958 (2024).

Drama Chief Detective 1958 mengisahkan tentang Park Young Han (Lee Je Hoon), seorang detektif polis dengan rekod tangkapan penjenayah tertinggi yang bekerja sama dengan rakannya untuk melanggar dan mencekup orang-orang yang rasuah. Sementara itu, Seo Eun Soo membawa watak sebagai Lee Hye Joo, pemilik kedai buku Jongnam Seorim, kedua-dua mereka akan menjadi pasangan suami isteri.

IMG 7559

Berikut ini adalah 12 perkara menarik tentang Seo Eun Soo, pasangan Lee Je Hoon dalam drama Chief Detective 1958.

 

Seo Eun Soo

1. Seo Eun Soo lahir dengan nama asal Lee Jeong Min di bandar Busan pada 2 Mac 1994. Genap berusia 30 tahun

 

fefdb429 fab1 422a bfe3 c7a18a101e81

2. Seo Eun Soo memulakan debut lakonannya dalam drama Jealousy Incarnate (2016), dia membawa watak sebagai ibu tiri Gong Hyo Jin dan Kim Jung Hyun

 

e0bb8e55 b3ee 48c6 bffb e7d39500057c 1

3. Pada tahun yang sama, Seo Eun Soo membintangi drama popular Dr. Romantic (2016), membawa watak sebagai pekerja di Hospital Doldam

 

4a9cbdc0 dc10 467e b7fd 20d8c9bdd0b8

4. Seo Eun Soo membawa watak sebagai second female lead dalam drama Duel (2017), bergandingan dengan Jung Jae Young, Yang Se Jong dan Kim Jung Eun

 

2d3ff95b 8852 402d aa18 aa498a1318de

5. Namanya mula dikenali dan popular ketika dia membawa watak sebagai saudara kembar Shin Eun Hye dalam drama My Golden Life (2017)

 

1effbd2e 4618 428d 8d90 8b34c74f4e81

6. Seo Eun Soo menjadi anak kepada keluarga kaya raya yang terlibat pula dalam hubungan dengan Seo In Guk dalam drama The Smile Has Left Your Eyes (2018)

 

7a7787a1 9fac 4962 b10d 7357b08edd0a

7. Drama Legal High (2019) menjadi drama pertama Seo Eun Soo sebagai pelakon utama. Dia bergandingan dengan pelakon kacak Jin Go

 

5f56d621 5611 447d 8ad6 c818f67e74bf

8. Seo Eun-soo beberapa kali tampil sebagai cameo dalam drama popular Hotel Del Luna (2019), Itaewon Class (2020) dan Dinner Mate (2020)

 

 

1ea7f207 2eb2 4ab4 bd30 5501e910402a

9. Tampil dalam drama Missing: The Other Side (2020), Seo Eun-soo adalah tunang Ha Jun yang diculik hingga rohnya terperangkap di sebuah kampung misteri yang dikenali sebagai Kampung Duon

 

bade012e fa85 496e bf84 9f130e6a0b55

10. Seo Eun-soo dipilih sebagai pelakon utama drama Unlock My Boss (2022), setiausaha Park Sung Woong yang bekerja sama dengan Chae Jong Hyeop

 

98d37d52 eb43 42bb a490 386680e068ad

11. Seo Eun-soo juga tampil dalam beberapa buah filem Korea seperti On Your Wedding Day (2018), Kingmaker (2022) dan The Witch: Part 2. The Other One (2022)

 

27328060 9536 45cd afea 9b281145d06b

12. Seo Eun-soo merupakan artis naungan agensi HighZium Studio. Dia berada di bawah agensi yang sama dengan Kim Ji Won, Song Joong Ki, Lee Jong Suk dan juga Geum Sae Rok

Seo Eun-soo memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2016 melalui drama Jealousy Incarnate. Namanya mula popular semasa dia membintangi drama My Golden Life. Artis yang berusia 30 tahun ini akan muncul dalam drama terbaru MBC yang bertajuk Chief Detective 1958. Drama ini bakal ditayangkan pada 19 April 2024 akan datang.

Baca lagi: 10 Pilihan Kdrama Lakonannya, Ham Eun Jung Muncul dalam Kdrama Baru Mac ini!
Baca juga: 12 Kdrama dengan Soundtrack paling Indah, Mengasyikkan dan Sukar Dilupakan