Home Kdrama/Kmovie 10 Pilihan Filem Aksi Korea, Penuh Adegan Pertarungan

10 Pilihan Filem Aksi Korea, Penuh Adegan Pertarungan

0

Bagi sesetengah peminat yang menyukai tontonan yang menguji adrenalin, filem aksi merupakan tontonan yang menjadi pilihan. Filem-filem ini menawarkan aksi yang memacu adrenalin, plot yang penuh kejutan, dan watak yang berkesan.

Dari adegan pertarungan yang menegangkan hingga kejar mengejar yang mencemaskan, filem aksi Korea selalunya berjaya membuat penonton terpaku. Berikut ini adalah 10 pilihan filem aksi Korea yang boleh anda tonton:

 

1. Tomb of the River (2021)

Sebuah filem aksi tentang cita-cita, konspirasi, dan pengkhianatan berbagai-bagai organisasi jenayah, akan membuat penonton berdebar kencang dengan adegan aksi yang menarik dan menegangkan. Ditambah dengan lakonan Yoo Oh Seong dan Jang Hyuk yang sanggat memukau.

 

2. The Point Men (2023)

Filem tentang kumpulan ekstremis di Timur Tengah yang menahan sekumpulan pelancong Korea di Afghanistan. Kerajaan Korea menghantar Jae Ho (Hwang Jung Min), yang dikenali sebagai salah seorang diplomat paling komited di Korea untuk menangani situasi ini.

 

3. Project Wolf Hunting (2022)

Filem yang dibintangi oleh Jang Dong Yoon dan Seo In Guk ini menampilkan aksi brutal dan penuh darah, watak yang kompleks dan menarik, serta plot yang penuh kejutan.

 

4. Hunt (2022)

Dua ejen perisik Korea Selatan, Park Pyung-ho dan Kim Jung-do, bersaing untuk menangkap pengintip Korea Utara Donglim yang bersembunyi di dalam badan perisikan mereka.Pencarian penuh pengorbanan ini membawa mereka pada kebenaran mengejutkan tentang Donglim.

 

5. Seoul Vibe (2022)

Di tengah-tengah kemeriahan Sukan Olimpik Seoul 1988, sekumpulan pemandu teksi muda terjebak dalam operasi rahsia yang melibatkan penggelapan wang haram. Mereka adalah Dong-Wook ( Yoo Ah-in) ketua, Woo-Sam (Go Kyung-pyo) yang merupakan seorang DJ, Bok-Nam (Lee Kyoo-hyung) ahli jalanan, Yoon-Hee (Park Ju-hyun) adik Dong-Wook dan ketua kelab, dan Joon-Ki (Ong Seong-wu) yang merupakan mekanik. Filem ini menampilkan aksi kejar mengejar kenderaan yang mendebarkan, nuansa retro yang kental, dan soundtrack yang penuh bertenaga.

 

6. Carter (2022)

Menceritakan tentang seorang ejen yang terbangun dan tidak mengingati apa-apa tentang dirinya malah namanya sendiri. Pada waktu itu, dia menerima panggilan telefon dan berkata, “Nama kamu adalah Carter (Joo Won).” Dia kemudian mengikuti arahan untuk menjalankan misi khas yang cukup berbahaya.

Baca juga: 10 Filem Korea Paling Berjaya Pada Tahun 2023, Semua Merajai Box Office

7. The Roundup (2022)

Ma Suk-Do mengejar Kang Hae-Sang (Son Suk-Ku) di Vietnam dan membawanya kembali ke Korea Selatan. Filem ini menawarkan aksi menarik dan brutal, lawak yang menghiburkan, serta watak yang berkarismatik.

 

8. Special Delivery (2022)

Menceritakan tentang Jang Eun-Ha (Park So-Dam) yang merupakan seorang pemandu khas untuk membuat penghantaran. Dia akan menghantar barang dan juga manusia dengan harga yang dikehendakinya. Dia tidak pernah gagal setiap kali menjalankan misinya. Oleh sebab kerjanya yang lancar dan cara pemanduan yang hebat, dia menjadi antara pemandu dan penghantar barang yang paling handal.

 

9. Pipeline (2021)

Gun Woo (Lee Soo Hyuk) seorang lelaki kaya raya yang tidak puas dengan kekayaannya, mengajak Pindol (Seo In Guk), seorang pencuri, untuk melakukan rompakan minyak dari paip bawah tanah terpanjang. Misi ini perlu diselesaikan dalam waktu satu bulan, dan Gun Woo membentuk pasukan yang terdiri dari Jeobsae (Eum Moon Suk), Chief Na (Yoo Seung Mok), Keunsab (Tae Hang Ho), dan Counter (Bae Da Bin). Jika gagal, mereka semua akan menghadapi kesan yang sangat dahsyat.

 

10. Mission: Possible (2021)

Yoo Da Hee (Lee Sun-Bin) adalah ejen rahsia dari Cina yang ditugaskan untuk menghentikan jaringan penyelundupan senjata di Korea Selatan.

Filem

Dia sepatutnya bertemu ejen Korea Selatan, tetapi kerana satu kesalahan, dia bertemu Woo Soo Han (Kim Young-Kwang) seorang pemilik ejen detektif persendirian yang menangani kes-kes kecil. Da Hee, tanpa mengetahui identiti sebenar Soo Han, melibatkannya dalam rancangannya.

Demikian 10 filem aksi Korea yang penuh dengan adegan pertarungan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Pelakon Drama Korea Terkaya dengan Bayaran Tertinggi Sehingga 2024
Baca juga: Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu