Home Kdrama/Kmovie 10 Perkembangan Watak Han Dong Soo dalam Evilive, Berubah Jadi Jahat Hingga...

10 Perkembangan Watak Han Dong Soo dalam Evilive, Berubah Jadi Jahat Hingga ke Akhirnya?

0

Evilive (2023) adalah drama siri yang membawa genre jenayah yang baru sahaja melabuhkan tirainya di saluran ENA TV.

Evilive mempunyai 10 episod, dengan dua episod dikeluarkan seminggu. Rancangan ini yang ditayangkan pada 14 Oktober dan telah berakhir pada 13 November.

IMG 3087

Walaupun bukan genre baru dalam dunia drama Korea, potret perubahan hidup seorang peguam yang pada mulanya sangat idealistik dan penuh integriti ditunjukkan dengan baik dalam drama siri ini. Penceritaan tentang peguam ini berubah lebih realistik demi meraih kekayaan dan perkembangan watak peguam ini memang berjaya menarik perhatian ramai.

Perkembangan watak yang dialami oleh peguam yang bernama Han Dong Soo (Shin Ha Kyun) tersebut menjadi kekuatan utama untuk jalan cerita, sehingga konflik menjadi semakin memuncak. Inilah beberapa tahap perkembangan watak yang dilalui oleh Han Dong Soo sehingga ke pengakhiran cerita:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

 

816fd375 fc7d 4f8c bfcf 64394e61cea61. Han Dong Soo hidup dengan imej sebagai seorang peguam yang mempunyai taraf hidup rendah yang mengemis pelanggan dari satu penjara ke penjara lain untuk membela para penjahat

 

 

40843edb 8df8 40b6 ad65 aadfb2d864062. Wibawanya sebagai penegak keadilan seolah-olah telah hilang sejak dia dipecat dari sebuah firma guaman terkenal iaiatu Moon Law Firm

Baca juga: Ending Tergantung, “The Escape of the Seven” Sambung Musim 2

1ef2da9d 54a3 446e 8738 a67f6434844d3. Wataknya yang sangat idealistik itu terpaksa menanggung akibat buruk dan ketidak adilan, walau dia sudah mengabdikan diri sepenuh hati selama ini kepada firma guamannya

 

ca5ea0ce bc6d 4695 a8dd 108699b531844. Selepas itu, tidak ada lagi firma guaman yang mahu menerimanya hingga dia mengalami masalah kewangan kerana dia dibelit hutang

 

366f1131 573b 463c 9668 7518ba063d255. Adiknya iaitu Han Beom Jae (Shin Jae Ha) juga tidak mampu memperbaiki ekonomi keluarga dengan kerja biasanya di kedai komputer dan juga sebagai seorang penggodam amatur

 

005c3eaf af73 44c5 8500 eacc938ba1af6. Peranan adiknya adalah mencari maklumat tentang penjahat di penjara yang memerlukan peguam. Dari maklumatnya itu, Han Dong Soo bertemu dengan Seo Do Young (Kim Young Kwang)

 

e7b25f9f bb27 40c9 8925 3be239431ea5

7. Namun, Seo Do Young bukan sekadar penjahat biasa, tetapi lelaki itu adalah psikopat berbahaya. Walaupun begitu, Han Dong Soo tetap bekerja untuknya demi upah dan bayaran yang lumayan

 

10582ef2 21f2 4834 85db ea4fb4110dda8. Nasib malang, Han Dong Soo dan adiknya secara tidak sengaja menjadi saksi pembunuhan yang dilakukan oleh Seo Do Young. Pembunuhan ganda yang meragut nyawa dua mangsa!

 

fa7644cd eb66 496e ad2b e790c637ed669. Ketakutan dan putus harapan, kedua-dua pasangan abang dan adik ini rela menjadi kaki tangan yang bertugas menguruskan mayat-mayat itu

 

Evilive10. Bermula dari terjebak dengan keadaan, sisi gelap Han Dong Soo mula muncul hingga dia mula menormalisasikan kejahatan, termasuk membunuh bekas pegawai atasannya

Perkembangan watak Han Dong Soo dari masa ke semasa membuatkan jalan cerita Evilive semakin menarik untuk disaksikan. Dari kisah seorang peguam, penonton boleh memahami bahawa manusia sebaik manapun boleh berubah menjadi sadis dan kejam jika ada keterpaksaan dan dendam yang memaksa.

Baca lagi: 3 Perbezaan Watak Psikopat Kim Young Kwang dalam Somebody vs Evilive
Baca juga: Evilive: 3 Sebab Utama Seo Do Young Pilih Han Dong Soo Jadi Rakan Subahat