Home Kdrama/Kmovie Ending Tergantung, “The Escape of the Seven” Sambung Musim 2

Ending Tergantung, “The Escape of the Seven” Sambung Musim 2

0

The Escape of the Seven telah berakhir pada hari Jumaat (17/11/2023). Walaupun sudah menayangkan episod akhir, drama ini masih meninggalkan tanda tanya dan meningkatkan emosi penonton.

IMG 3042

Nampaknya berkemungkinan besar siri ini akan meneruskan musim baharunya. Apakah yang perlu kita tahu “The Escape of the Seven musim 2”? Jom ketahui melalui artikel ini!

 

1. Pengakhiran The Escape of the Seven Tergantung

IMG 3035

Watak utama melarikan diri meninggalkan Min Do Hyuk (Lee Joon) cedera pada pengakhiran The Escape of the Seven. Nasib baik, Kang Ki Tak (Yoon Tae Young) dan Lee Hwi So (Min Young Ki) menyelamatkan lelaki itu.

Penonton yang menyokong kemenangan Min Do Hyuk pastinya tidak akan berpuas hati dengan penamat episod 17. Jangan risau, pengakhiran ini menandakan masih banyak misteri yang menanti di masa hadapan.

 

2. Telah disahkan akan ada Musim 2

The escape of the seven

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada akan ada sekuel pengakhiran “The Escape of the Seven” , jawapannya ya. Pasukan produksi mengesahkan bahawa akan ada The Escape of the Seven musim 2 lama sebelum drama itu tamat.

Selain itu, pada penghujung episod 17, pengumuman musim kedua turut dikongsikan bersama penonton.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, musim 2 akan disiarkan pada Mac 2024. Bagaimanapun, pengarah Joo Dong Min dilaporkan tidak akan terlibat lagi. Walaupun begitu, The Escape of the Seven tetap akan ditulis oleh Kim Sun Ok.

3. Jalan cerita yang mungkin berdasarkan pengakhiran episod 17

IMG 3037 IMG 3038

 

Jika dilihat dari episod 17, kemungkinan The Escape of the Seven musim 2 akan menceritakan tentang misi balas dendam Min Do Hyuk. Lagipun dia dah ada semua maklumat tentang LUKA, AI dari TIKITAKA.

Min Do Hyuk dan Kang Ki Tak mungkin memburu Matthew Lee (Uhm Ki Joon), Geum La Hui (Hwang Jung Eum), Han Mo Ne (Lee Yoo Bi), Cha Ju Ran (Shin Eun Kyung), Yang Jin Mo ( Yoon Jong Hoon), Go Myoung Ji (Jo Yoon Hee), dan Nam Chul Woo (Jo Jae Yun) yang melarikan diri. Hmm, teka di mana mereka bersembunyi?

Selain pengarah dan penulis, adakah semua pelakon akan kembali atau ada yang akan diganti? Sama-sama kita tunggu kemas kini seterusnya ya!

Bagi anda yang belum lagi layan drama ini, pastikan anda strim di Viu ya!

IMG 3041

Baca lagi: The Escape of the Seven: 8 Persoalan Yang Akan Terjawab di Episod Akhir
Baca juga: Pasukan Penerbitan Castaway Diva Dikritik Tidak Bertanggungjawab