Home News 3 Perbezaan Watak Psikopat Kim Young Kwang dalam Somebody vs Evilive

3 Perbezaan Watak Psikopat Kim Young Kwang dalam Somebody vs Evilive

0

Evilive yang merupakan drama siri noir thriller ini dibintangi oleh tiga orang pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Shin Ha Kyun, Kim Young kwang, dan Shin Jae Ha sebagai pelakon utama.

Kim Young Kwang merupakan salah seorang pelakon utama dalam Kdrama Evilive. Dalam Kdrama tersebut, dia membawa watak sebagai Seo Do Young, seorang psikopat yang sanggup membunuh sesiapa sahaja yang dianggap penghalang bagi dirinya.

Sebelum ini, Kim Young Kwang juga pernah membawa watak yang serupa iaitu dalam Somebody (2022), drama siri original Netflix. Dia membawa watak sebagai Seong Yoon Oh.

Namun, watak psikopat dalam kedua-dua drama ini ada sedikit perbezaan. Apakah perbezaan kedua-dua watak ini?

 

1. Identiti ibu bapa dan pekerjaan

fed9fa15 d978 4f2e bbbb feadee2d83d4

Seong Yoon Oh dalam Somebody adalah anak yatim piatu. Sewaktu masih bayi, dia diambil oleh pasangan suami isteri kaya raya dari luar negara. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dunia kerana kemalangan, seluruh harta kekayaan diwariskan kepada Seong Yoon Oh. Dia kembali ke Korea Selatan.

Berbekalkan warisan harta ibu bapa angkatnya, Seong Yoon Oh menggunakan harta tersebut untuk melakukan hobinya iaitu fotografi. Kepakarannya berkembang dan dia melakukan perniagaan hiasan dalaman.

Sementara itu, Seo Do Young dalam Evilive merupakan anak kepada orang biasa. Ayah Seo Do Young adalah nelayan. Dia pernah dimarahi dan dipukul oleh ayahnya kerana mencuri sotong untuk jurulatih besbol. Sayangnya, dia tidak boleh menggapai impiannya sebagai pemain besbol.

 

2. Kedua-duanya adalah psikopat, tetapi dengan perangai yang berbeza

Kim Young Kwang

Seong Yoon Oh dalam Somebody suka bersendirian. Dia suka bekerja sendirian. Penampilannya pula kelihatan ramah terhadap sesiapa sahaja. Ramai wanita yang jatuh hati kepadanya kerana paras rupa dan perlakuannya yang manis.

Berbeza dengan Seo Do Young dalam Evilive, dia digambarkan sebagai seorang lelaki dingin. Sewaktu berada di penjara, semua banduan takut dengannya. Selepas bebas, dia menjadi ketua geng menggantikan ketua Yuseong yang sedang kritikal. Dia hanya ramah terhadap sesiapa yang membuatnya selesa.

 

3. Permulaan digelar sebagai psikopat

2ace38e5 abeb 4da5 b21c 7ec1a1469c6c

Seong Yoon Oh dalam Somebody terungkap sebagai psikopat sewaktu dia membunuh seorang wanita dengan cara yang sadis. Mangsa tersebut ditemui mati direndam di dalam tong air penuh dengan darah. Ternyata, mereka bertemu menggunakan aplikasi dating.

Berbeza dengan Seo Do Young dalam Evilive, label psikopat diberikan sejak dia memukul pengadil perlawanan besbol dengan teruk hingga berlumuran darah. Sejak dari itu, dia terus mengganas dan sesiapa sahaja yang mengkhianatinya akan dibunuh.

Walau kedua-dua watak tersebut adalah watak psikopat, fakta watak Kim Young Kwang dalam kedua-dua drama ini sangat berbeza. Dalam Evilive, dia tampil lebih sadis sewaktu membunuh seseorang.

Jika anda peminat psychological thriller dan crime drama, anda wajib menonton Kdrama ini! Dan anda boleh stream di Astro Go atau ditonton di K-Plus HD (CH 396) di Astro. Semuanya sebanyak 10 episod sahaja.

Baca lagi: Evilive: 3 Sebab Utama Seo Do Young Pilih Han Dong Soo Jadi Rakan Subahat
Baca juga: Harus Tonton Evilive, Kim Young Kwang Bawa Watak Psikopat Kejam