Home News Harus Tonton Evilive, Kim Young Kwang Bawa Watak Psikopat Kejam

Harus Tonton Evilive, Kim Young Kwang Bawa Watak Psikopat Kejam

0

Penyiaran perdana drama siri Evilive pada 15 Oktober 2023 dengan jumlah 2 episod telah mendapat perhatian ramai.

Pada siaran perdana tersebut “Evilive” yang dibintangi oleh Kim Young Kwang ini telah berjaya meraih pujian dan mendapat tempat dihati para penonton.

EviliveDrama siri Genie TV ini secara jelas dan tidak teragak-agak dalam menampilkan adegan brutal dari watak-watak yang dibawa oleh para pelakon dengan berkesan. Drama siri ini memang dikemaskan sebagai drama yang mengetengahkan watak psikopat.

Evilive yang merupakan drama siri noir thriller ini dibintangi oleh tiga orang pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Shin Ha-kyun, Kim Young-kwang, dan Shin Jae-ha sebagai pelakon utama.

Salah satu watak yang sangat menjadi perhatian adalah watak yang dibawa oleh Kim Young Kwang yang bernama Seo Do Young, watak ini diperkenalkan pada episod kedua drama tersebut. Kim Young Kwang perlu membawa watak yang menarik iaitu watak seorang bekas pemain besbol yang kini merupakan orang ke 2 paling penting dalam organisasi jenayah.

e78397cc 0fc3 4493 a5ee 99c30a5262acDisebalik wajahnya yang tampan, Seo Do Young berjaya memperlihatkan bagaimanakah dia menghukum orang-orang yang telah mengkhianatinya. Keganasannya boleh dilihat dari salah satu adegan, dimana dia menyeret meja hingga rapat ke dinding dengan tujuan untuk menakutkan Shin Ha Kyun dan membuatnya sesak nafas. Adegan tersebut mengejutkan para penonton dengan senyuman sinis dan renungan tajam seorang psikopat.

Sementara itu, Shin Ha Kyun membawa watak seorang peguam malang yang diberikan tugas untuk mengawasi teman wanita Kim Young Kwang dan akhirnya dia menemui sebuah kebenaran yang mengejutkan. Kebenaran tersebut adalah teman wanita Kim Young Kwang curang dengan orang bawahannya sendiri dan bekerjasama untuk memerangkapnya ke penjara.

Evilive digarap oleh pengarah terkenal, Kim Jeong Min yang sebelum ini telah mengarahkan drama siri Bad Guys (2014) dan The Bride of Black (2022).

IMG 8418 1

Aksi tiga watak utama dalam drama siri yang bertema noir jenayah thriller ini tidak perlu diragukan lagi dan pastinya berjaya membawa lakonan yang sangat berkesan di hati para penonton. Para peminat drama Korea pasti akan jatuh hati dengan barisan pelakon dan juga jalan cerita yang ditampilkan!

Jika anda peminat psychological thriller dan crime drama, anda wajib menonton Kdrama ini! Dan anda boleh stream di Astro Go atau ditonton di K-Plus HD (CH 396) di Astro.

Baca lagi: 12 Kdrama Seperti Reply 1988, Komedi dan Air Mata Silih Berganti
Baca juga: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023