Home Movie 10 filem Seram tentang Serangan Serangga, Lain Macam

10 filem Seram tentang Serangan Serangga, Lain Macam

0

Suka filem seram tentang serangan makhluk serangga?

Tahukah anda bahawa ada dua jenis makhluk yang lebih menyeramkan dari hantu dan jembalang? Makhluk tersebut adalah mereka labah-labah dan serangga.

Labah-labah dan serangga adalah haiwan yang hidup di pelbagai jenis habitat. Makhluk ini hadir dalam bermacam bentuk, warna, dan ukuran, serta masing-masing mempunyai kebolehan yang luar biasa. Namun, di sebalik keindahan dan keajaiban mereka, ada juga sisi gelap yang boleh membuatkan bulu roma anda berdiri. Apakah akan terjadi jika labah-labah dan serangga berubah menjadi musuh buat manusia?

Sepuluh filem seram tentang labah-labah dan serangga di bawah ini dapat mengubah pandangan anda terhadap haiwan kecil tersebut. Dari lalat, lebah, hingga labah-labah, filem-filem berikut menyoroti bagaimanakah makhluk ini boleh menjadi ancaman bagi manusia.

 

Seram
1. Diarahkan oleh Dario Argento, Phenomena (1985) mengisahkan tentang seorang gadis dengan bakat istimewa untuk berkomunikasi dengan serangga. Jalan ceritanya sangat luar biasa!

 

Filem seram
2. Membawakan suasana tegang dari minit pertama lagi, Mimic (1997) mengikuti kisah seorang saintis yang perlu berhadapan dengan serangga misteri yang boleh meniru manusia

 

a601d220 171a 4046 9e4b 645ee3596778
3. Jangan menonton Arachnophobia (1990) jika tidak mahu bermimpi buruk. Filem ini menampilkan kisah pertarungan antara manusia dan koloni labah-labah beracun

 

c0b44e3e 3349 43c7 a2db becbf20c0323
4. Bandar kecil yang tenang tiba-tiba terganggu oleh kedatangan serangga raksasa pemakan daging. Dari manakah asalnya? Tonton The Mist (2007) untuk mengetahui jawapannya.

 

70b28717 b160 4d68 bdab 637ddf2ac86b
5. Sebuah filem yang agak disturbing, The Fly (1986) menceritakan tentang saintis yang berubah menjadi makhluk mengerikan selepas melakukan percubaan teleportasi dengan lalat

 

b20a1d2d f505 4bb3 9b10 3319c5a9dabe
6. Pembikin filem dari Jerman, Benni Diez, menampilkan kisah mengerikan tentang gangguan raksasa lebah dalam Stung (2015). Pasti anda lebih berwaspada apabila ke kebun atau masuk ke hutan!

 

32d02879 b3aa 45ac a9b6 38a838bed2da

7. Premis The Swarm (2020) sangat menyeramkan, kisah tentang ibu tunggal yang menternak belalang, tetapi dia mendapati bahwa ternakaannya hauskan darah

 

dc32b558 36da 4dcc b832 fe6708d5b099
8. Akibat terdedah dengan radiasi dari hujan meteor, labah-labah yang menjadi objek eksperimen NASA berubah menjadi mutan. Jangan lupa untuk menonton Spiders (2000)

 

ee430f20 730c 4e6d a745 7a60af2a9f6a
9. Bug (2006) fokus pada veteran perang dan wanita kesepian yang mengalami halusinasi akibat serangan serangga yang tidak kelihatan. Sarat dengan aspek psikologi!

 

f237dec6 33fd 4f8d 9916 36549c510701
10. Tayang di pawagam pada 12 April nanti, Sting (2024) tampilkan kisah gangguan labah-labah raksasa yang mengancam nyawa keluarga seorang gadis kecil

Filem seram tentang gangguan labah-labah dan serangga di atas mungkin membuatkan anda berfikir dua kali sebelum mengganggu haiwan-haiwan kecil tersebut. Mereka mungkin kelihatan lemah dan tidak berdaya, tetapi mereka juga memiliki cara untuk bertahan hidup yang luar biasa. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: Baca juga: 8 Filem Seram tentang Penjenayah Seksual Kanak-Kanak, Penuh Pengajaran
Baca juga: Suka Panjat Gunung? 10 Filem Seram ini untuk Anda