Bagi para penggemar drama dari China, nama Song Weilong pastinya tidak asing lagi. Pelakon muda berbakat ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, malah kebolehannya dalam menghayati pelbagai watak turut memukau penonton.
Dari genre romantik yang menyentuh hati hinggalah ke dunia fantasi yang mendebarkan, Song Weilong terus mencuri perhatian dalam setiap naskhah lakonannya. Walaupun drama terbaharunya Youthful Glory sedang hangat diperkatakan, hakikatnya Song Weilong telah membintangi banyak lagi drama menarik yang patut diberikan perhatian.
Buat anda yang sedang mencari tontonan berkualiti untuk mengisi masa lapang, berikut ialah sepuluh drama bersiri terbaik lakonan Song Weilong selain Youthful Glory, sesuai untuk sesi maraton hujung minggu bersama keluarga.
1. Go Ahead (2025)
Berkisarkan tentang tiga remaja dari latar belakang keluarga bermasalah yang membina hubungan seperti sebuah keluarga pilihan.
Rating MyDramaList: 8.9
Genre: Komedi, romantik, drama
Platform penstriman: Netflix, WeTV, Viki, iQIYI, TVING
Seorang pemuda bijak dari desa menyiasat misteri besar di sebalik kisah hidupnya di Beijing.
Rating MyDramaList: 8.3
Genre: Sejarah, misteri, drama
Platform penstriman: WeTV, Viki, Prime Video
3. The Seven Relics of Ill Omen (2025)

Rating MyDramaList: 8.1Genre: Fantasi, sains fiksyen, pengembaraan
Platform penstriman: YOUKU, Viki

Rating MyDramaList: 8.1
Genre: Sejarah, komedi, romantik, remaja
Platform penstriman: iQIYI, Viki, Prime Video
5. Find Yourself (2020)
Kisah cinta seorang wanita berkerjaya dengan lelaki yang lebih muda di tengah tekanan kerja dan masyarakat.
Rating MyDramaList: 7.9
Genre: Romantik, kehidupan, drama
Platform penstriman: Netflix
6. Everlasting Longing (2025)
Seorang wanita bijak dalam penyamaran menjadi penyelamat perniagaan keluarga dalam suasana zaman dinasti.
Rating MyDramaList: 7.9
Genre: Sejarah, misteri, romantik, drama
Platform penstriman: Viki, Tencent Video
7. The Bionic Life (2023)
Tahun 2035 menyaksikan dunia dikuasai teknologi bionik, menimbulkan krisis kemanusiaan dan etika.
Rating MyDramaList: 7.6
Genre: Sains fiksyen, misteri, drama
Platform penstriman: Viki, iQIYI
8. Untouchable Lovers (2018)
Kisah penyamaran dan pergelutan kuasa di zaman kerajaan yang sarat emosi dan konflik politik.
Rating MyDramaList: 7.4
Genre: Sejarah, misteri, romantik, melodrama
Platform penstriman: Viki
9. Demon Girl Musim 2 (2017)
Pertarungan cinta dan takdir antara manusia dan iblis dalam kisah yang tragis dan penuh aksi.
Rating MyDramaList: 7.3
Genre: Sejarah, aksi, romantik, fantasi
Platform penstriman: Hunan TV
10. Long for You (2017)

Rating MyDramaList: 7.2Genre: Drama, romantik, fantasi
Platform penstriman: Letv Official
Jika anda peminat setia Song Weilong atau sekadar ingin menikmati lakonan berkualiti, senarai ini pasti akan memuaskan hati. Sediakan kudapan kegemaran dan nikmatilah dunia drama China yang memikat ini!