Home Cdrama 10 Drama China Terbaik Lakonan Song Weilong Yang Harus Ditonton

10 Drama China Terbaik Lakonan Song Weilong Yang Harus Ditonton

0

Bagi para penggemar drama dari China, nama Song Weilong pastinya tidak asing lagi. Pelakon muda berbakat ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, malah kebolehannya dalam menghayati pelbagai watak turut memukau penonton.

Dari genre romantik yang menyentuh hati hinggalah ke dunia fantasi yang mendebarkan, Song Weilong terus mencuri perhatian dalam setiap naskhah lakonannya. Walaupun drama terbaharunya Youthful Glory sedang hangat diperkatakan, hakikatnya Song Weilong telah membintangi banyak lagi drama menarik yang patut diberikan perhatian.

Buat anda yang sedang mencari tontonan berkualiti untuk mengisi masa lapang, berikut ialah sepuluh drama bersiri terbaik lakonan Song Weilong selain Youthful Glory,  sesuai untuk sesi maraton hujung minggu bersama keluarga.

1. Go Ahead (2025)

Song Weilong

Berkisarkan tentang tiga remaja dari latar belakang keluarga bermasalah yang membina hubungan seperti sebuah keluarga pilihan.

Rating MyDramaList: 8.9

Genre: Komedi, romantik, drama

Platform penstriman: Netflix, WeTV, Viki, iQIYI, TVING

2. A League of Nobleman (2023)

0bd6090e 94f2 4e3d b510 575d1c4ec796

Seorang pemuda bijak dari desa menyiasat misteri besar di sebalik kisah hidupnya di Beijing.

Rating MyDramaList: 8.3

Genre: Sejarah, misteri, drama

Platform penstriman: WeTV, Viki, Prime Video

3. The Seven Relics of Ill Omen (2025)

cc85f30f 756a 481f b6f8 9f42ec134ee8

Benda misteri dari zaman purba mengganggu jiwa manusia dan mencetuskan huru-hara di Fengzi Ridge.

Rating MyDramaList: 8.1Genre: Fantasi, sains fiksyen, pengembaraan

Platform penstriman: YOUKU, Viki

4. In a Class of Her Own (2020)

IMG 0270

Seorang gadis menyamar sebagai lelaki demi menyara keluarga dan bertemu anak lelaki Perdana Menteri.

Rating MyDramaList: 8.1

Genre: Sejarah, komedi, romantik, remaja

Platform penstriman: iQIYI, Viki, Prime Video


5.
Find Yourself (2020)

a1e4418c 4063 4936 b4ce 6c8d69c9850a

Kisah cinta seorang wanita berkerjaya dengan lelaki yang lebih muda di tengah tekanan kerja dan masyarakat.

Rating MyDramaList: 7.9

Genre: Romantik, kehidupan, drama

Platform penstriman: Netflix


6.
Everlasting Longing (2025)

39f77363 e477 481e 98c5 cb8a79c19837

Seorang wanita bijak dalam penyamaran menjadi penyelamat perniagaan keluarga dalam suasana zaman dinasti.

Rating MyDramaList: 7.9

Genre: Sejarah, misteri, romantik, drama

Platform penstriman: Viki, Tencent Video


7.
The Bionic Life (2023)

0a7a9dc6 d432 4402 b5ad 81bd0b2519e7

Tahun 2035 menyaksikan dunia dikuasai teknologi bionik, menimbulkan krisis kemanusiaan dan etika.

Rating MyDramaList: 7.6

Genre: Sains fiksyen, misteri, drama

Platform penstriman: Viki, iQIYI


8.
Untouchable Lovers (2018)

a524fc74 65bf 43e5 811e 3b4f7bcd93b8

Kisah penyamaran dan pergelutan kuasa di zaman kerajaan yang sarat emosi dan konflik politik.

Rating MyDramaList: 7.4

Genre: Sejarah, misteri, romantik, melodrama

Platform penstriman: Viki


9.
Demon Girl Musim 2 (2017)

8702a1b1 4157 47a6 b738 135e83e5ccf3

Pertarungan cinta dan takdir antara manusia dan iblis dalam kisah yang tragis dan penuh aksi.

Rating MyDramaList: 7.3

Genre: Sejarah, aksi, romantik, fantasi

Platform penstriman: Hunan TV

10. Long for You (2017)

IMG 0271

Seorang gadis abadi mencari cinta sejatinya yang telah hilang lebih seribu tahun lalu.

Rating MyDramaList: 7.2Genre: Drama, romantik, fantasi

Platform penstriman: Letv Official

Jika anda peminat setia Song Weilong atau sekadar ingin menikmati lakonan berkualiti, senarai ini pasti akan memuaskan hati. Sediakan kudapan kegemaran dan nikmatilah dunia drama China yang memikat ini!

Baca lagi: 12 Drama China Wuxia dan Xianxia Hebat, Aksi, Cinta dan Dendam dalam Dunia Pendekar
Baca juga: 6 Drama China Bertemakan Kerajaan yang Sarat Emosi, Penuh Cinta dan Strategi Licik