Home Entertainment Yuqi (G)I-DLE ‘Marah’ Pelawak Senior Park Myung Soo Kerana Disuruh Tampil Dalam...

Yuqi (G)I-DLE ‘Marah’ Pelawak Senior Park Myung Soo Kerana Disuruh Tampil Dalam Satu Program TV Ini

0

Pada 6 Mei, pelawak Park Myung Soo telah menjemput Miyeon dan Yuqi dari (G)I-DLE ke saluran channel YouTube-nya. Terdapat satu babak dimana Park Myung Soo memberi satu cadangan kepada Yuqi, tapi Yuqi malah ‘marah’.

Dalam video yang telah disiarkan, Park Myung Soo bertanya kepada Yuqi, “Ada tak lagu yang terlintas di fikiran awak ketika memikirkan musim bunga?” Yuqi menjawab, “Ketika musim bunga tiba, saya memikirkan lagu yang sesuai dengan diri saya. Ada lagu berjudul ‘Tomboy.'”

Screenshot 2022 05 08 163727

Park Myung Soo tidak dapat memahami dengan baik kata-kata Yuqi kerana sebutan Koreanya yang tidak jelas. Maklumlah, idola di bawah Cube Entertainment itu berasal dari China.

Pelawak itu berkata, “Jaurim? Kenapa timbulkan ‘Tomboy’ apabila kita bercakap tentang Jaurim?” Miyeon kemudian menjelaskan, “Bukan ‘Jaurim’, tetapi ‘jaleoulrineun’. Lagu yang ‘sesuai’. Harap maklum, dia berasal dari luar negara.”

Park Myung Soo sangat terkejut mendengar ini dan memuji, “Betul ke? Tapi, bahasa Korea awak sangat bagus.” Yuqi yang bangga dengan kemampuan bahasa Koreanya kemudian berkata, “Saya pun kadang-kadang terkejut dengan diri sendiri.”

Park Myung Soo kemudian berkata kepada Yuqi, “Awak sepatutnya muncul di ‘South Korean Foreigners,'” Dia juga meminta maaf kerana tidak menyedari bahawa Yuqi bukan orang Korea.

Baca Lagi: Selepas Arab Saudi, Brunei Dan Kuwait, Kini China Dan Pakistan Pula Mengharamkan Filem Doctor Strange Atas Dua Sebab Yang Berbeza.

Baca Lagi: 2 Bintang Running Man Ini Kongsi Sebab Kenapa Mereka Tak Aktif Di Media Sosial

Screenshot 2022 05 08 163752

Tetapi apabila Yuqi mendengar kata-kata Park Myung Soo, dia “marah” dan menjerit, “Ya. Saya dah pernah muncul di sana!”, memalukan Park Myung Soo.

Ini kerana, Park Myungsoo sudah menjadi pengacara program hiburan MBC Every1 “South Korean Foreigners” itu sejak 2018 lagi, tetapi dia tidak ingat akan Yuqi.