Home Kdrama/Kmovie Selepas Arab Saudi, Brunei Dan Kuwait, Kini China Dan Pakistan Pula Mengharamkan...

Selepas Arab Saudi, Brunei Dan Kuwait, Kini China Dan Pakistan Pula Mengharamkan Filem Doctor Strange Atas Dua Sebab Yang Berbeza.

0

Selain negara Arab Saudi, Kuwait dan juga Brunei, filem Doctor Strange juga akan turut tidak ditayangkan di negara China dan Pakistan.

Di China, filem ini mungkin tidak akan ditayangkan atas sebab yang bukan berkaitan dengan LGBTQ+.

Menurut sumber, filem ini diharamkan di China kerana terdapat satu babak di awal filem yang menunjukkan sebuah kiosk jualan surat khabar yang menunjukkan surat khabar The Epoch Times dalam tulisan bahasa Cina yang mana merupakan sebuah akhbar anti Parti Komunis China.

SRV 16866 R H 2022

Marvel Studio nampaknya cuba untuk mengambil pendekatan yang cukup agresif dan bermain dengan sensitiviti negara.

China mungkin antara penyumbang jualan tiket terbesar yang terpaksa dilupakan. Malah, pengharaman di Arab Saudi sendiri sudah merugikan Marvel Studios sebanyak USD 500 ribu (RM 2,185,000.00)!

Walaupun tanpa tayangan di China, Marvel Studios membuktikan yang mereka boleh menguntip untung dengan gah di negara lain seperti apa yang dibuat oleh filem Spider-man: No Way Home. Setakat ini, jualan tiket ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’ sudah melebihi USD42 juta (RM 183,540,000.00) di seluruh dunia.

Screenshot 2022 05 08 122151

Yang terbaru, Pakistan pula mengharamkan filem tersebut. Ia dijangka akan ditayangkan pada 6 Mei 2022, namun filem itu terpaksa dibatalkan kerana kemunculan watak LGBTQ+ dan juga dialognya.

Pengharaman ini juga mungkin untuk memberi ruang kepada lima filem Pakistan sendiri yang ditayangkan pada hari sama sempena Aidilfitri untuk tidak bersaing dengan filem luar.