Home Artis Korea Yu Na Menang Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik Baeksang Arts Awards 2024,...

Yu Na Menang Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik Baeksang Arts Awards 2024, Ini 3 Drama Korea Terbaik Lakonannya

0

Pelakon wanita muda yang berbakat besar, Yu Na, kimi sedang mendapat sorotan kerana bakat lakonannya yang semakin berkembang. Dia baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik (Best New Actress) di Baeksang Arts Awards yang diadakan secara gilang gemilang pada hari Selasa, 7 Mei 2024. Sebelum ini, dia juga pernah meraih anugerah sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di APAN STAR Awards 2023.

Yu Na terjun ke dunia seni pada usia yang masih sangat muda. Namanya semakin dikenali ramai selepas membintangi drama Korea The Kidnapping Day (2023).

Buat anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang pelakon manis ini, berikut dibawah ini adalah tiga buah drama Korea popular yang pernah dibintangi Yu Na.

 

1. Pachinko (2022)

YunaYu Na muncul dalam drama adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya Lee Min Jin iaitu Pachinko. Drama Korea tersebut tayang pada bulan Mac-April 2022, dengan dibintangi oleh Lee Min Ho, Kim Min Ha, Youn Yuh Jung, Jin Ha, dan pelakon-pelakon lain.

Drama siri Pachinko menceritakan tentang liku-liku kisah asmara dan kehidupan asam garam yang dilalui oleh Kim Sun Ja (Kim Min Ha) sebagai seorang imigran. Dalam drama ini, Yu Na membawa watak sebagai Kim Sun Ja semasa kecil.

 

2. Green Mothers Club (2022)

eed368a5 285a 4c69 a992 1e324c3c9340Yu Na menjadi pelakon pembantu dalam drama JTBC yang berjudul Green Mothers Club. Drama Korea tersebut juga ditayangkan secara streaming di platform Netflix pada bulan April-Mei 2022. Dibintangi oleh pelakon utama iaitu Lee Yo Won, Choo Ja Hyun, Kim Gyu Ri, Jang Hye Jin, dan Joo Min Kyung.

Jalan cerita drama ini mengisahkan tentang lima orang ibu yang memiliki anak bersekolah di tempat yang sama. Mereka saling berkongsi cerita kehidupan masing-masing hingga kemudian lama-kelamaan membentuk komuniti yang mendorong untuk tumbuh dan berkembang bersama. Yu Na membawa watak sebagai seorang anak yang bernama Oh Sae Bom.

 

3. The Kidnapping Day (2023)

Yu naYu Na mendapat watak utama pertamanya melalui drama Korea The Kidnapping Day. Di sana dia menunjukkan keserasian yang baik sebagai pasangan bapa dan anak dengan Yoon Kye Sang. Jalan cerita drama ini adalah tentang seorang bapa yang terpaksa melakukan jenayah penculikan terhadap seorang anak dari keluarga yang misteri. Misi penculikan tersebut membawanya masuk ke dalam sebuah situasi yang sangat rumit.

The Kidnapping Day tayang pada bulan September-Oktober 2023 yang lalu. Dibintangi juga oleh Park Sung Hoon dan Kim Shin Rok. Hasil lakonannya dalam drama Korea tersebut, Yu Na membawa pulang trofi Pelakon Baru Wanita Terbaik di Baeksang Arts Awards 2024.

Yu Na dikatakan akan menjadi salah seorang pelakon wanita muda Korea berbakat yang namanya berpotensi terus meroket naik. Adakah dia bakal mendapat tawaran projek drama baru? Kita nantikan drama-drama terbarunya di masa depan ya!

Baca lagi: 9 Kdrama Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Kisah Sedih hingga Pembunuhan Bersiri
Baca juga: Anugerah Seni Baeksang ke-60: “12.12: The Day” dan “Moving” Memenangi Daesang Grand Prize, “Exhuma” Memperoleh 4 Anugerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here