Dipetik dari portal Soompi, Yoon Park telah mengumumkan rancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan pujaan hatinya Kim Soo Bin pada waktu musim luruh tahun ini.

Seterusnya agensi Yoon Park iaitu H & Entertainment juga telah mengesahkan kesahihan pengumuman berita perkahwinan tersebut. Pengumuman bahagia ini pastinya disambut dengan gembira oleh setiap peminat di seluruh dunia.

Berikut ini merupakan beberapa fakta menarik mengenai kedua-dua bakal mempelai Yoon Park dan Kim Soo Bin serta perancangan perkahwinan mereka. Jom sama-sama kita lihat:

2a74f4e6 a337 40d3 8162 30a403e05fd8

1. Yoon Park adalah pelakon lelaki yang dilahirkan pada 18 November 1987, kini usianya sudah mencecah 36 tahun

a1e3de68 5bdf 441f a576 6de0eb77b547

2. Sedangkan bakal isterinya iaitu si cantik jelita Kim Soo Bin lahir pada tahun 1993 dan kini baru sahaja berusia 30 tahun, perbezaan usia sebanyak enam tahun dengan Yoon Park langsung tidak menjadi penghalang buat mereka berdua

c491fbbf a92d 449e 8350 749d0fdc8cff3. Yoon Park telah membintangi banyak drama siri popular seperti Fanletter Please (2022), Forecasting Love And Weather (2021) dan juga Delightfully Deceitful (2023)

ca7a5858 b7d6 4fe3 95d8 b19276bcee3c4. Manakala Kim Soo Bin adalah model dibawah naungan agensi YG KPLUS, iaitu anak syarikat kepada YG Entertainment

58b16030 a55b 4009 b37f b8e4a0c3571b5. Mereka berdua tidak pernah dilihat bersama atau keluar berjanji temu, identiti bakal isteri Yoon Park ini baru sahaja terungkai selepas pegumuman dibuat

f27090da 154d 4ef7 8b53 80c16de4fc3f6. Melalui tulisan tangan di lama Instagram milik pelakon terkenal tersebut pada 3 Mei 2023, Yoon Park secara rasmi telah mengumumkan perkahwinannya yang akan berlangsung pada musim luruh tahun ini

a4e52361 8a98 4491 9e61 11a5b78274147. Secara tepatnya majlis perkahwinan merpati dua sejoli Yoon Park dan Kim Soo Bin akan diadakan pada 2 September 2023

c2f21cfb 725e 4853 a768 ef956ae4f5b58. Yoon Park juga menulis bahawa selama ini Kim Soo Bin telah memberinya cinta, kepercayaan dan kebahagiaan

4fa928b8 bde2 4851 b5ce 48d5b1721e6f9. Pelakon ini meminta sokongan penuh daripada para peminat yang sentiasa bersamanya supaya turut sama-sama merasa kebahagiaan dan kegembiraan di atas perkahwinannya dan mohon doa supaya dia dapat membina keluarga yang bahagia

970608d5 7166 4596 bee0 73563e395f5d10. Sementara itu Agensi Yoon Park, H & Entertainment mengumumkan perkahwinan Yoon Park akan diadakan secara tertutup di Seoul

Demikian sahaja beberapa fakta mengenai Yoon Park dan Kim Soo Bin serta rancangan perkahwinan mereka. Kini laman Instagram Kim Soo Bin sendiri belum lagi dimuat naik tentang berita gembira ini. Mungkin sahaja si gadis sedang sibuk dengan urusan peribadinya. Kita doakan semoga majlis perkahwinan mereka berdua lancar, dan semoga berdua bahagia selalu!

Baca Lagi: 9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”

Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023

Previous article9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”
Next article12 Watak Wanita Berpendidikan Yang Menjadi Perempuan Perampas Dalam Kdrama