Home Entertainment 9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”

9 Watak Pembantu Yang Mencuri Perhatian Dalam “Dr Cha”

0

“Dr Cha” telah berjaya menjadi salah satu drama siri dengan rating tinggi untuk tahun 2023 ini. Sajian kisah yang menceritakan tentang perjuangan seorang suri rumah tangga yang mengejar kembali impian untuk merealisasikan kariernya sebagai seorang doktor setelah berhenti kerja selama 20 tahun.

Selain watak-watak utama yang dilakonkan oleh Uhm Jung Hwa, Kim Byung Chul, Myung Se Bin, dan Min Woo Hyuk, terdapat beberapa watak pelakon pembantu dalam drama siri ini yang berjaya mencuri perhatian para penonton.

Jom sama-sama kita lihat senarai yang telah tersedia ini:

6e4830a2 160a 4245 bce5 0b85de52569e1. Seo Jung Min (Song Ji Ho) bukan hanya menyokong, malah dia juga turut merasa bangga melihat kerja keras ibunya sebagai seorang doktor pelatih

f70f1b0b c17d 451b 9047 2fb27b19565a2. Walaupun selalu muncul dengan kata-kata kasar pada juniornya yang selalu berbuat salah, Jeon So Ra (Jo A Ram) adalah seorang doktor muda yang pintar dan cemerlang

3de7ebb7 5764 411e b51c f225278a24083. Seperti anak lelakinya, Kwak Ae Sim (Park Joon Geum) adalah seorang mertua toksik dan selalu mengambil kesempatan ke atas menantunya iaitu Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa)

f2ce9eeb 1457 4bf6 a82b 8944919b2e0c4. Oh Deok Rye (Kim Mi Kyung) adalah ibu Cha Jeong Suk yang memberi sokongan terbesar kepada kebahagiaan dan kehidupan anaknya

afae07ed d734 44b9 8828 722c9bb863435. Satu-satunya anak gadis yang mempunyai sikap manja dan sangat bergantung dengan ibunya iaitu Cha Jeong Suk, banyak kali Seo I Rang (Lee Seo Yeon) merajuk kerana ibunya memulakan kerjaya sebagai seorang doktor dan tidak dapat menumpukan perhatian kepadanya, tetapi dia tetap sangat menyayangi ibunya

01990f89 fd63 425a 88ad 524109648e396. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya Seo In Ho (Kim Byung Chul) mempunyai anak lain dari hasil kecurangannya. Anaknya itu benama Choi Eun Seo (Seo A Rin)

3f22de7b 25f8 4a2f b8cc f2e77bd3ade27. Bersahabat sejak zaman belajar lagi, Baek Mi Hee (Baek Joo Hee) yang kini merupakan seorang doktor pakar kecantikan selalu memberi sokongan kepada Cha Jeong Suk

562803d3 abf2 4183 80fc f573dd3a5af58. Yoon Tae Sik (Park Chul Min) adalah ketua jabatan bedah yang berfikiran terbuka, baik hati, serta sangat ramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakannya yang lebih junior

e4888819 cb24 4608 a1c3 63145588c55b9. Ketua jabatan rawatan keluarga iaitu Lim Jong Kwon (Kim Byung Chun) adalah seorang yang kolot dan selalu meremehkan Cha Jeong Suk kerana menjadi seorang doktor pelatih pada usia yang sudah lewat

Walaupun screen time untuk semua sembilan watak pembantu di atas tidak banyak, tetapi mereka berjaya menambah seri dan juga mencuri perhatian dalam drama siri Dr Cha. Siapakah watak pembantu kegemaran anda?

Baca Lagi: 9 Kdrama Menghiburkan Sama Seperti “Dr Cha”

Baca Juga: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023