Home Entertainment Yoon Jong Bin, Kdrama dan Filem Yang Diarahkannya

Yoon Jong Bin, Kdrama dan Filem Yang Diarahkannya

0

Setahun sudah berlalu sejak drama siri Narco-Saints arahan Yoon Jong Bin mencipta fenomena di seluruh dunia

Pengarah Yoon Jong Bin yang berasal dari Korea Selatan ini khabarnya akan membuat comeback (kemunculan semula). Pada 26 Mei 2003, pengarah ini telah mengumumkan bahawa perkembangan drama terbarunya, Nine Puzzle, sedang dalam proses memilih barisan pelakon.

IMG 9277Pada waktu yang sama, pasukan penerbitan Nine Puzzle juga telah mengesahkan bahawa Son Sok Ku dan Kim Da-mi telah terpilih untuk bersama sama bergandingan dalam drama siri Nine Puzzle nanti.

Termasuk drama terbaru ini, berikut merupakan senarai filem dan juga drama siri arahan dan juga terbitan Yoon Jong Bin:

89a4f134 3cc3 4170 8d11 a4b8720daa6f1. Kisah mengenai ahli perniagaan Korea dan pertemuannya dengan ketua penyeludupan dadah yang bertopengkan imej seorang pastor dan diwarnai ketegangan serta pelbagai babak mencemaskan dalam drama siri Narco-Saints (2022)

47fe75cf a8ff 42b6 8204 aa56c19862ae2. Sedang lagi dalam proses pemilihan para pelakon, drama siri Nine Puzzle garapan pengarah Yoon Jong Bin bakal membawa kisah mengenai seorang profiler jenayah yang dahulunya pernah dituduh sebagai seorang pembunuh

c629a8d6 92b9 405d 9efa b64c344aa7943. Nameless Gangster: Rules of the Time (2012) menceritakan tentang komplot petugas jabatan cukai dan mafia dalam usaha jenayah penyelundupan dadah

69a3bff2 db81 4543 b490 7d2096f763984. Nuansa penuh suasana cemas menyelimuti jalan cerita filem The Spy Gone North (2018) melalui penyamaran perisik di tengah-tengah kerja sama pegawai tinggi yang mengamalkan rasuah

d9b59d7d 5534 4de3 9511 2cc766d85a035. Pendakwa raya menjadi salah seorang tahanan hingga bekerja sama dengan ketua banduan, anda wajib menonton filem A Violent Prosecutor (2016)

bd939059 961c 400e b85b fd798e61697b6. Filem yang membawa genre jenayah Korea, Money (2019), menceritakan tentang kisah seorang pemuda yang ingin menjadi kaya dengan melakukan manipulasi dan penipuan pasaran saham

d4b1ecc1 0d0f 44d5 a411 c58277e5e7fb7. Sekumpulan pencuri memperjuangkan keadilan pada abad ke-19 dalam filem sageuk
Kundo: Age of the Rampant (2014)

Yoon Jong Bin

Yoon Jong Bin adalah antara pengarah tersohor dari Korea Selatan. Pengarah ini dilahirkan pada 20 Disember 1979 dan merupakan lulusan Universiti Chung-Ang. Yoon Jong Bin juga telah memenangi beberapa anugerah seni berprestij seperti Anugerah Filem Terbaik untuk 39th Blue Dragon Film Awards (2018), Anugerah Pengarah Terbaik untuk 38th Korean Association of Film Critics Awards (2018) dan bermacam anugerah lain.

Baca Lagi: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini

Baca Juga: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan