Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Whale Star: Gyeongseong Mermaid, Mun Ka Young Bakal Terajui sebagai Puteri Laut...

Whale Star: Gyeongseong Mermaid, Mun Ka Young Bakal Terajui sebagai Puteri Laut dari Gyeongseong

0

Akhbar hiburan MYDAILY melaporkan pada 30 Julai bahawa pelakon jelita Mun Ka Young berkemungkinan besar akan memegang watak utama dalam sebuah drama baharu berjudul Whale Star: The Gyeongseong Mermaid (tajuk sementara).

Menjawab laporan tersebut, wakil dari agensinya PEAK J Entertainment berkata,

“Mun Ka Young telah menerima tawaran untuk membintangi Whale Star: The Gyeongseong Mermaid dan kini sedang menimbangkannya dengan teliti.”

Drama ini merupakan adaptasi daripada webtoon popular yang diinspirasikan daripada kisah dongeng klasik The Little Mermaid karya Hans Christian Andersen. Cerita ini berlatar pada tahun 1926 di Gyeongseong (kini dikenali sebagai Seoul), ketika Korea berada di bawah penjajahan Jepun.

The Gyeongseong Mermaid

Whale Star mengisahkan perjuangan Kang Ui Hyeon, seorang lelaki yang mengabdikan dirinya kepada tanah air, dan Su A, seorang wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi melindungi Ui Hyeon.

Mun Ka Young dilaporkan bakal membawakan watak Heo Su A, seorang pelayan wanita yang lahir dalam keluarga yang menyokong penjajah Jepun di Gunsan. Su A sangat mencintai laut dan percaya bahawa dirinya sebenarnya adalah seekor ikan.

Walaupun tidak tahu membaca dan tidak pernah merasai cinta, Su A tetap hidup dengan hati yang suci dan menghargai kehidupan yang serba sederhana. Namun, nasibnya berubah apabila dia kehilangan suara selepas berpaling daripada laut kesayangannya. Sebagai seorang pelayan bisu, Su A kemudiannya terseret ke dalam kancah dendam yang menyala-nyala.

The Gyeongseong Mermai IMG 4241

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon lelaki popular Choi Woo Shik turut dikatakan sedang dalam rundingan untuk memegang watak utama lelaki, Kang Ui Hyeon – seorang pejuang kemerdekaan yang mengendalikan sebuah studio foto. Di sebalik kerjayanya sebagai jurugambar, Ui Hyeon sebenarnya ialah seorang mata-mata pakar dalam bidang fotografi dan penyahsulitan kod rahsia.

Menurut satu sumber industri penyiaran,

“Kami sedang berbincang untuk memilih pelakon yang benar-benar menepati watak dalam drama ini. Akhirnya, kami memilih Choi Woo Shik dan Mun Ka Young sebagai calon utama. Chemistry antara mereka sangat serasi dan mereka berdua memberikan maklum balas yang positif terhadap naskhah ini.”

Whale star

Drama ini akan diarahkan oleh Heo Jin Ho, seorang pengarah ternama yang pernah menghasilkan karya menyentuh hati seperti My Mister dan When Life Gives You Tangerines.

Gabungan lakonan hebat Mun Ka Young dan Choi Woo Shik, disulami latar sejarah yang penuh makna serta sentuhan moden terhadap kisah klasik dongeng, menjadikan Whale Star: The Gyeongseong Mermaid antara drama paling dinanti oleh para peminat.

Kini, penonton hanya menunggu pengumuman rasmi daripada kedua-dua pelakon serta maklumat lanjut mengenai produksi drama adaptasi “Whale Star: Gyeongseong Mermaid” ini.

Baca lagi: LEGEND OF THE FEMALE GENERAL, Genre Wuxia Penuh Tipu Daya, Romantis dan Aksi Heroik
Baca juga: Demi Anak Zombie, Seorang Ayah Melawan Dunia, Filem Komedi Emosi Ini Gegarkan Pawagam Korea