Home Kdrama/Kmovie Welcome To Samdalri, 9 Fakta Menarik Watak Ji Chang Wook dan Shin...

Welcome To Samdalri, 9 Fakta Menarik Watak Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun

0

JTBC, salah satu stesyen televisyen Korea Selatan akan menayangkan drama Korea terbaru Welcome to Samdalri pada 2 Disember 2023. Drama yang digarap oleh sutradara Cha Young Hoon ini menarik perhatian ramai kerana menunjukkan 2 aktor ternama untuk menjadi pemeran utama, iaitu Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun.

Dalam Welcome to Samdalri, Ji Chang Wook berperanan sebagai Jo Yong Pil, salah satu warga yang tinggal di desa Samdalri, Pulau Jeju. Selama hidupnya, dia berusaha untuk melindungi penduduk desanya. Kemudian, Shin Hye Sun sebagai Jo Sam Dal, rakan kecil Jo Yong Pil yang memutuskan untuk mempunyai kehidupan di Seoul. Saat pindah, Jo Sam Dal mengubah namanya menjadi Jo Eun Hye.

IMG 3774

Secara keseluruhan, Welcome to Samdalri akan bercerita tentang persahabatan Jo Yong Pil dan Jo Sam Dal yang renggang kerana satu insiden dan memilih berpisah. Namun, ketika Jo Sam Dal kembali ke kampung halamannya, dia menyedari bahawa dirinya masih mempunyai rasa kasih sayang dengan sahabat kecilnya, Jo Yong Pil.

Jom sama-sama kita lihat kisah cinta menarik antara Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun yang sangat membahagiakan dalam drama siri Welcome To Samdalri!

 

Ji chang wook
1. Yong Pil dan Sam Dal kedua-duanya lahir pada hari yang sama dengan hanya perbezaan waktu lima minit sahaja, takdir yang indah!

 

 

93467ee8 17bf 4bff be11 2f512df2f8e6
2. Yong Pil dan Sam Dal selalu bersama-sama sejak mereka kecil lagi, tidak kiralah dalam keadaan mereka gembira ataupun bersedih

 

 

8185af03 b578 45eb 936b 801c0f791135
3. Bahkan mereka berdua nampaknya semakin rapat apabila menginjak ke usia dewasa, Sam Dal selalu kelihatan mengikuti Yong Pil dengan tatapan dan senyuman manisnya

 

 

726a8e78 8c0e 42ed 8e4d 08866c4c6625
4. Hingga akhirnya Yong Pil memberanikan diri meminta Sam Dal untuk menjadi kekasih hatinya dengan tatapan yang serius

 

 

Welcome to Samdalri
5. Yong Pil dan Sam Dal sangat bahagia sebagai pasangan kekasih, mereka sering tersenyum dan bahagia berdua!

 

 

40f720c3 1e24 4384 8ae8 a549d70937bb
6. Kisah romantik mereka berterusan dengan adegan ciuman sewaktu hujan, membuatkan para penonton cair dan turut bahagia!

 

 

ba6c585d 1119 46e0 942f d6b993534b3d
7. Namun, tiba-tiba Sam Dal pergi membawa diri dan menyatakan bahawa dia sudah tidak menyukai Yong Pil lagi

 

 

f7a76926 b897 47c9 b833 70c423036e88

8. Pertemuan semula antara mereka selepas putus cinta kelihatan sangat kekok dan semakin membuatkan penonton ingin tahu

 

 

0373134c e432 4235 926a a6a96efbcf8a
9. Rasa sakit dan terluka yang membuatkan Sam Dal membenci Yong Pil membuatkan penonton berteka-teki dan ingin tahu apakah sebenarnya yang membuatkan mereka putus

IMG 3773

Drama siri Korea Selatan dengan tema romantik tidak akan membuat para penonton merasa bosan kerana drama-drama jenis ini mempunyai daya tarikan yang berbeza dan sangat istimewa secara tersendiri. Perkara atau elemen penting yang membuatkan drama siri dengan genre romantik ini semakin menarik adalah latar dengan pemandangan yang indah yang membuatkan para penonton dapat merasakan sensasi percutian dan ketenangan.

Kisah romantik yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu dan sama-sama berlawan emosi dalam Welcome To Samdalri semakin membuatkan mereka tidak sabar. Welcome To Samdalri ini akan ditayangkan di Netflix pada 2 Disember 2023 akan datang!

Baca lagi: Ji Chang Wook dan BIBI Disahkan Bintangi Siri Jenayah ‘BULK”
Baca juga: 6 Drama Korea Yang Paling Dinantikan Bulan Disember 2023