Home Kdrama/Kmovie Watak Shin Ha Ri Dalam Business Proposal Asalnya Bukan Untuk Kim Sejeong,...

Watak Shin Ha Ri Dalam Business Proposal Asalnya Bukan Untuk Kim Sejeong, Tetapi Aktres Lain

0

Dalam drama ‘Business Proposal’, Kim Sejeong memegang watak utama sebagai Shin Ha Ri, seorang gadis ceria, kelakar dan caring.

1 7

Keserasian antara Kim Sejeong dan hero drama tersebut, Ahn Hyo Seop menjadi tarikan utama drama ini dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Baca lagi: Peminat Mengakui Akan Kecantikan Dan Fesyen Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Yang Memukau

Tetapi tahukah anda, Kim Sejeong bukan pilihan asal untuk watak heroin tersebut? Media Korea melaporkan pada mulanya produser menawarkan watak berkenaan kepada Jo Bo Ah dan pelakon itu mempertimbangkannya.

1 9

Bagaimana pun aktres tersebut menolak watak tersebut sebelum menjadi rezeki Kim Sejeong untuk bersinar.

Manakala Jo Bo Ah menyertai drama Military Prosecutor Doberman yang mempunyai jadual penggambaran dan waktu tayangan yang hampir serentak dengan Business Proposal. Mustahil untuk dia berlakon dalam kedua-dua drama itu.

Baca lagi: Sinopsis Military Prosecutor Doberman: Membongkar Rahsia Kelam Dalam Dunia Ketenteraan

3 7

Peminat berspekulasi kemungkinan Jo Bo Ah memilih Military Prosecutor Doberman kerana mahu meningkatkan skilnya dan membuktikan keupayaanya sebagai pelakon serba boleh.

5 4

Kebanyakan peranan yang dibawa Jo Bo Ah sebelum ini berkisar imej gadis anggun, popular dan kaya seperti dalam drama All About My Mom dan Temperature of Love.

2 8

Perlahan-lahan dia mengembangkan portfolionya dengan menjadi penerbit dokumentari dalam Tale of The Nine-Tailed dan terbaru, dia menyarung uniform tentera untuk menjadi pendakwa raya di mahkamah tentera dan handal bertarung dalam drama Military Prosecutor Doberman.

4 6

Sumber: [1], [2]