Home Video Wanita Mengadu Anak Sering Main Telifon Bimbit, Sekali Tindakan Pegawai Penjara Buat...

Wanita Mengadu Anak Sering Main Telifon Bimbit, Sekali Tindakan Pegawai Penjara Buat Kanak-Kanak Ini Menangis

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok fisza83, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita bersama anak dan suaminya melawat sebuah Muzium Penjara, pada masa yang sama salah seorang pegawai penjara di Muzium tersebut menunjukkan cara sebatan yang betul dibuat oleh mereka. Serta wanita ini pula mengadu pada pegawai itu bahawa anaknya sering bermain telifon bimbitnya dan ingin memberikan pengajaran buat beliau.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan membuatkan orang ramai terhibur melihat reaksi anaknya setelah melihat contoh sebatan dibuat oleh pegawai penjara tersebut.

Screenshot 2023 07 16 162241
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan terhibur melihat reaksi anaknya selepas wanita ini mengadu pada pegawai penjara tersebut bahawa anak beliau sering bermain telifon bimbitnya. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, dan perkara ini sememangnya bagus untuk kesedaran pada kanak-kanak agar mereka tahu ia adalah satu keburukan apabila terlibat dengan gejala sosial.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 758.5K penonton, 39.7K sukaan dan 1200 komen.

Baca lagi: “Kena Paksa Lari Ke Dik”-Reaksi Kanak-Kanak Menangis ‘Berjemaah’ Ketika Acara Larian Buat Ramai Yang Terhibur

Baca lagi: “Maju Dah Ultraman Naik Mvi Pergi Kerja”-Ultraman Naik Myvi Tarik Perhatian Netizen

Lihat klip durasi pendek reaksi anaknya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Lee: yg marah plak wak misai, memang termimpi mimpi le bdk tu nnt

@Eddie Rasip: ptotnye mak bapak kena serious…br anak 2 takot… serious warden..tbaik..ptot djarkan dkat murid² yg laen jg…

@HAFIZZSEVEN: Boleh bawa ke setiap sekolah2..untuk pengajaran untuk anak2

@Madu Tualang Bani: lepas insaf…berjaya nanti pasti dia cari warden ni utk ucap terima kasih

@Atanhasri..: sma la dngan ank sya.. baru lima taun.. hp tk lepaih dkt tngan.. kdang2 smpai tngah mlm .. suruh tido baru tido..

@Yoghurt77: Boleh pertimbang utk pendidikan kesedaran. Supaya dr kecil lagi tahu keburukan terlibat dgn gejala sosial

@madelanjamrin: bagus pegawai2 penjara buat ceramah ke setiap sekolah macam ni…budak2 sekarang main hp dah tak boleh nak kata apa dah

@Mohd Hamdan Dan: bagi aku ini la cara didik anak yg baik .. teman sokong

@Ayongs: auto insaff member.. hahaha.. pom pom pom bunyi die. ..

@Ibnu Murhalim: sian dia sebut “ayahhhhh…” minta bekap lah tu. ayah dia ketawq

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram