Home Entertainment 5 Filem Misteri Terbaik Hollywood, Pasti Buat Anda Berteka-Teki

5 Filem Misteri Terbaik Hollywood, Pasti Buat Anda Berteka-Teki

0

Misteri adalah salah satu genre filem yang sangat digemari penonton. Selain kerana jalan ceritanya yang memerlukan penonton memerah otak untuk berfikir dan sering merasa curiga, plot twist mengejutkan hadir di sepanjang filem juga merupakan daya tarikan yang tersendiri.

Sampai saat ini, terdapat puluhan hingga ratusan filem misteri yang sudah ditayangkan oleh studio filem besar dan juga studio filem bebas. Banyak di antaranya memenangi pelbagai anugerah dalam industri perfileman.

Bagi anda yang meminati filem misteri yang memerlukan anda berfikir bersungguh-sungguh dan memang memacu adrenalin, berikut adalah pilihan lima filem misteri terbaik dijamin bakal membuat anda berteka-teki sepanjang filem ini berlangsung. Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

1. Memento (2000)

9ce10ec1 289f 4f7f b916 a43717129640
Memento adalah filem misteri, psikologi, dan thriller arahan sutradara Christopher Nolan yang memang terkenal dengan filem-filem blockbuster dengan gaya penceritaan yang kompleks.

Memento mengisahkan tentang Leonard Shelby yang tekad untuk membalas dendam terhadap pembunuh isterinya. Namun Shelby mengidap amnesia jangka pendek yang memerlukannya mencatat, memotret, hingga mentatu tubuhnya.

Dibintangi oleh Guy Pearce dan Carrie-Anne Moss, Memento menyajikan dua timeline saling berkaitan antara satu-sama lain seperti puzzle. Memento mengajak para penonton untuk memecahkan teka-teki penuh twist dan menaruh kecurigaan kepada setiap watak dalam filem ini.

2. The Green Mile (1999)

Filem misteri
The Green Mile adalah filem drama misteri mengisahkan tentang konflik yang terjadi di sebuah penjara pasca kedatangan seorang banduan. Filem yang dibintangi oleh Michael Clarke Duncan dan Tom Hanks ini diadaptasi dari novel karya Stephen King dengan judul yang sama.

Campuran drama dan misteri dalam filem The Green Mile berhasil memberi filem ini nominasi Best Pictures Oscar. IMDb bahkan memberi rating 8.6/10 dan Rotten Tomatoes memberi 94% audience score. Filem ini dinobatkan sebagai salah satu filem drama misteri terbaik sepanjang zaman.

3. The Usual Suspects (1995)

Filem
The Usual Suspects adalah filem arahan Bryan Singer mengisahkan tentang soal siasat yang dilakukan kepada Roger “Verbal” Kint, seorang survivor tragedi rompakan berdarah. Filem ini berupaya menyingkap dalang dari rompakan besar penuh twist mengejutkan tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Stephen Baldwin, Gabriel Byrne, dan Benicio del Toro ini menggondol lebih dari 30 anugerah termasuk anugerah terbaik dari Oscar. Selain itu, filem yang ditayangkan di Cannes Film Festival 1995 ini berjaya di box office dengan pendapatan mencapai 10 kali ganda dari kos pembuatannya.

4. Rear Window (1954)

b1d4b85f 7819 43dc bccf 4d76c3a6c0a9
Rear Window adalah salah satu karya terbaik pengarah Alfred Hitchcock. Filem ini mengisahkan tehtang L. B. Jeff Jefferies, seorang juru gambar yang perlu menerima rawatan di rumah kerana kakinya patah.
Sewaktu berada di rumah, Jeff memantau aktiviti jiran tetangganya melalui jendela. Hingga pada suatu saat, Jeff menyaksikan kejadian tidak menyenangkan yang mengarah kepada pembunuhan.

Filem misteri terbaik ini mendapat empat pencalonan Oscar dibintangi oleh James Stewart, Grace Kelly, Wendell Corey, dan Thelma Ritter. Filem ini bahkan mendapat rating 8.5 di IMDb dan 95% audience score serta 98% tomatometer di Rotten Tomatoes.

5. Se7en (1995)

45f7eeb6 813f 4b6c 9f4c 6d2c22773a68
Se7en mengisahkan tentang dua orang detektif berbeza sikap dan pendapat, William Somerset (Morgan Freeman) dan David Mills (Brad Pitt), harus bekerja sama untuk memburu pembunuh bersiri yang menggunakan seven deadly sins sebagai alasannya untuk membunuh.

Filem ini diarahkan oleh David Fincher, pengarah dikenal kerana hasil garapannya yang tajam, adegan mengerikan, dan plot twist mengejutkan. Klimaks Se7en bukan calang-calang bahkan masih digunakan sebagai rujukam filem-filem misteri di masa kini.

Demikian sahaja lima filem misteri terbaik khas buat anda para pecinta filem yang suka memerah otak untuk berfikir segala misteri. Dari kelima-lima filem yang disenaraikan, anda pernah menonton filem yang mana satu?

Baca lagi: 10 Filem Zombi Yang Boleh Bergerak Pantas
Baca juga: 5 Filem Thriller Berbaloi Ditonton Di Netflix