Home Entertainment Wanita Korea Ini Memiliki Rupa Yang Comel Tapi Sangat Berotot, Ini Gambarnya.

Wanita Korea Ini Memiliki Rupa Yang Comel Tapi Sangat Berotot, Ini Gambarnya.

0

Siapa kata hanya lelaki boleh mempunyai otot badan yang besar? Wanita Korea Selatan ini telah membuktikan bahawa dia juga boleh memiliki tubuh badan yang tegap.

bina 3

Di sebalik wajah cantiknya, wanita bernama Yeon Woo Jhi ini sebenarnya mempunyai sixpack. Lengan, bahu, peha, betis, dan bahunya, jelas berotot.

Yeon-woo Jhi ialah seorang ahli bina badan wanita IFBB profesional, yang berjaya memperoleh gelaran itu dengan kerja kerasnya.

Screenshot 2022 03 01 143217

Wajahnya yang comel dan feminin serta badan yang tegap memberikan kesan yang istimewa kepadanya.

Tidak hairanlah dia kini menjadi seorang selebriti, dan mendapat gelaran “Muscle Barbie” atau barbie berotot.

Screenshot 2022 03 01 143255

Sebelum tampil dengan tubuh tegap seperti sekarang, wanita berusia 37 tahun ini merupakan seorang gadis yang berbadan kurus dan kelihatan lemah.

Tetapi itu semua berubah 17 tahun lalu apabila dia mula pergi ke gim berhampiran rumahnya, dengan harapan untuk menjadi lebih kuat.

bina 2

Dan yang mengejutkannya, dia berjaya, malah dapat bersaing dalam pertandingan bina badan utama.

Kekuatan dan staminanya bertambah, dia lebih yakin mempamerkan penampilan tubuhnya di atas pentas.

Dia bekerja lebih keras apabila dia memenangi pertandingan bina badan buat kali pertama. Dia terus memenangi Arnold Classic Europe Amatur pada 2013, dan menjadi profesional pada tahun 2015.

Screenshot 2022 03 01 143148

Yeon-woo Jhi telah bersaing dalam acara bina badan selama lebih sedekad, tetapi hanya beberapa tahun yang lalu dia telah menjadi selebriti online.

Gambar wajah jelitanya telah menjadi viral. Wajahnya yang comel seperti anak patung dan badan berotot menyukarkan orang ramai untuk melupakannya.

Kini Yeon-woo Jhi kini mempunyai lebih 140,000 pengikut di Instagram dan sering juga muncul di media TV.