Home Entertainment Walaupun Kumpulannya Sudah Terkenal, Salah Seorang Anggota Kumpulan Perempuan Ini Berjaya Memegang...

Walaupun Kumpulannya Sudah Terkenal, Salah Seorang Anggota Kumpulan Perempuan Ini Berjaya Memegang Gelaran Profesor Di Sebuah Universiti..

0

Pada 1 Mac, seorang anggota kumpulan perempuan ini telah muncul sebagai tetamu di rancangan radio ‘Choi Hwa Jung’s Power Time’ SBS Power FM.

59ddf475f1f65e073bf26af5816646ac

Selebriti itu ialah Solji dari kumpulan EXID. Ia merupakan kali pertama Solji kembali ke rancangan itu selepas kira-kira dua tahun.

Solji memberikan ‘update’ terkini tentang apa yang dia telah lakukan dan menjelaskan, “Saya dalam keadaan yang baik.

1592439994 20200617 solji

Saya cuba untuk menjadi sihat dan melakukan perkara yang saya mahu lakukan. Saya juga membuat lagu saya, dan saya menghabiskan masa dengan gembira.”

Kemudian, salah seorang daripada pendengar telah menghantar mesej kepada siaran radio tersebut dengan berkata, “Profesor Solji, saya mendengar siaran ini kerana semakan kehadiran.”

Sebagai tindak balas, MC Choi Hwa Jung bertanya, “Adakah anda menjadi profesor ketika kami tidak melihat anda?” dan menyatakan betapa terkejutnya dia.

20141124 dsc 4762

Solji menjawab dan menjelaskan, “Saya perlu mengajar di jabatan yang baru mulai tahun ini. Apabila saya pergi ke universiti (tempat mengajar), saya banyak memberikan perhatian kepada pemakaian saya.

Saya fikir saya perlu berpakaian untuk kelihatan serius dan tegas. Jadi saya fikir saya perlu berpakaian profesional.”

Baca Lagi: “Mereka Menggunakan Jeon So-min Sebagai Alasan Untuk Mereka Dating…”, Kata-Kata Yoo Jae Suk Mengejutkan Kim Jong-kook Dan Song Ji-hyo

Baca Lagi: Lee Jung Jae Dan Jung Ho Yeon Dari Squid Game Berhadapan Dengan Soalan Yang Biadap Di Anugerah SAG, Netizen Korea Benggang

2b6d38aa340b2a014d53c1628483fc91

Solji, yang dilahirkan pada tahun 1989 dan mencecah usia 33 tahun pada tahun ini, dilantik sebagai profesor di Jabatan Muzik Praktikal dan Vokal di Universiti Seni dan Sains Yongin tahun lalu dan telah memulakan pada kelas tahun ini.

SumberL Allkpop