Menurut SupChina, “Seorang wanita telah dipukul dengan kejam oleh sekumpulan lelaki di Tangshan selepas dia tidak melayan salah seorang daripada mereka. Hal tersebut telah dirakam oleh kamera CCTV.”

Serangan itu telah mencetuskan kemarahan dan orang ramai menuntut agar masalah ‘kebencian dan keganasan terhadap perempuan’ di China ditangani.

Semasa gadis itu dipukul, tiada seorang pun lelaki di kedai itu tampil membantu; mereka hanya melihat keganasan tersebut. Hanya beberapa wanita yang tampil untuk membantu menghentikannya, tetapi mereka juga diserang.

Kes ini telah menjadi ‘viral’ di platform media sosial China Weibo, dengan banyak suara marah dan kecewa atas apa yang berlaku. Shuhua (G)I-DLE telah menggunakan akaun Weibonya dan menyuarakan pendapat peribadinya tentang situasi itu.

Shuhua turut meluangkan masa menjawab komen peminat mengenai insiden tersebut. Menjelaskan bahawa dia mahu menjalani hidupnya dengan jujur ​​dan membela ketidakadilan.

Baca lagi: Artis Korea Ini Tiada ‘Job’ Kerana Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik

Baca lagi: “Semoga cepat sembuh Bieber!”, Justin Bieber Batal Konsert kerana sakit.

Syukurlah, kesemua sembilan lelaki itu telah ditahan polis.

Sumber: [1], [2]

Previous article“Kawan saya kata sis balik dari umrah husb sis nak ceraikan sis”… Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri
Next articleWah! 10 Artis Korea Selatan ni Ada Bayaran Diaorang yang Tersendiri!