Home News “Semoga cepat sembuh Bieber!”, Justin Bieber Batal Konsert kerana sakit.

“Semoga cepat sembuh Bieber!”, Justin Bieber Batal Konsert kerana sakit.

0

Justin Bieber dijadualkan memulakan Justice World Tour pada minggu ini dengan beberapa “shows” di Toronto, namun segalanya telah ditunda sementara menunggu Bieber sembuh dari sakitnya.

Secara spesifik, Bieber telah dilaporkan menghidap “Ramsay Hunt Syndrome” keadaan yang telah membawa kepada lumpuh bahagian muka akibat virus varicella-zoster (virus sama dengan chicjen pox dan shingles) yang menyerang bahagian saraf muka berdekatan dengan telinga.

Di dalam video pendek yang dimuat naik di instagram Bieber, beliau telah menerangkan dan juga telah menunjukkan demo bahawa separuh dari mukanya lumpuh dan beliau tidak boleh melakukan persembahan buat seketika.

Sumber: StereoGum 

Justin Bieber 1654891219 1000x625 1