Home Entertainment Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Dari Bintang Kpop

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Dari Bintang Kpop

0

Umat Islam menjalankan ibadah puasa apabila tibanya bulan mulia bulan Ramadhan. Sudah ramai idol KPop yang mengetahui kebiasaan (berpuasa di bulan Ramadhan) itu daripada peminat-peminat mereka.

Mereka tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat menyambut bulan mulia Ramadhan buat semua peminat-peminat yang beragama Islam. Sikap prihatin dan toleransi yang ditunjukkan oleh para idol Kpop ini amat menyenangkan hati dan membuatkan para peminat berasa gembira.

Ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan daripada idol KPop tentu sahaja membuatkan para peminat semakin bersemangat untuk menjalani bulan puasa. Setiap ucapan itu juga membuatkan idola Kpop ini semakin dihormati kerana mereka telah membuktikan betapa idola Kpop ini peduli dan menghormati peminat-peminat Muslim seperti mereka.

Baca Lagi: Yoo Ah In Dijangka Bayar 10 Bilion Won Sebagai Penalti Pecah Kontrak Iklan

Jom kita lihat ucapan-ucapan selamat menyambut Ramadhan dari para idola Kpop kesayangan ramai ini!

1. Menghormati peminat-peminat muslim, BTS mengucapkan penghargaan terima kasih dan berharap mereka mendapat berkat di bulan suci Ramadhan.

2. IMFACT berharap para peminat dapat menjaga kesihatan dan merasakan berkat di bulan Ramadhan. Singkat, tapi sangat berkesan!

3. DONGKIZ juga mengucapkan harapannya agar para peminat boleh menjaga kesihatan dan menghadapi bulan suci Ramadhan dengan baik.

4. B.I.G menyarankan para peminat beragaama Islam untuk terus bersemangat dengan mendengarkan lagu mereka. Mereka juga berharap para peminat boleh menjalani Ramadhan dengan penuh berkat.

5. APRIL membuat para peminat yang menjalani ibadah puasa bersemangat dengan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan di dalam video ini!

6. D-CRUNCH juga memberikan ucapan selamat dengan sungguh ikhlas, supaya para peminat boleh menyambut bulan suci Ramadhan dengan penuh semangat!

7. Selain memberi semangat untuk para peminat menghadapi masa-masa yang sukar, ASTRO juga menyatakan harapan dan ucapan supaya umat Islam boleh menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh kebahagiaan.

8. Chanyeol EXO mengetahui bahawa setiap umat muslim akan menghargai bulan Ramadhan yang istimewa. Dia dan ahli kumpulan lainnya juga berharap para peminat mendapat berkat pada bulan suci ini.

9. Sorn yang merupakan bekas anggota kumpulan CLC sempat berpuasa di bulan Ramadhan. Dia juga berharap umat Islam mendapat kebahagiaan di bulan suci ini.
Setiap momen ucapan di atas telah berjaya membuatkan para peminat KPop yang beragama Islam terkesan. Selain merasa dihargai, mereka juga menyanjungi sikap toleransi beragama yang ditunjukkan oleh setiap idola pujaan mereka.

7411AB5E 6DDF 4148 B918 79301694405D

Baca Juga: 12 Pelakon Yang Melakonkan Watak Sebagai Jurulatih Sukan